the unravel me
Thursday, July 12
damn!!!
aku benci masa lalu aku..
aku nak putarkan masa supaya aku tak perlu rasa pedih mcm sekarang.
satu ayat yang boleh membuatkan aku benci diri aku sampai bila2.
terima kasih tolong ingatkan saya.
saya akan sentiasa ingat hari ni sampai bila2.
terima kasih sekali lagi.
Posted via Blogaway
Monday, June 18
Bukan untuk ku
Takde apa sangat pun. Cuma nak cakap aku tak dapat untuk 2nd stage inter view em qiu aa tuh. Lepastu exam pitido pun tak lepas jugak. hik3.
Emm, dah agak dah kot. Sebab, aku biasa buat admin walaupun aku ada IT punye degree. Then nak lompat balik masuk IT punya line. Memang susah la. Their point nak cari orang pun untuk buat kerja. Bukan untuk train. So, yang tak tertrain macam saya ni, sila nyah dari sini. Giteww. Mengetahui nasib diri awal-awal.hahahaha
Untuk exam pitido tu pun sama je. Tapi peduli ape hakak. Hakak tetap tulis situ nak jadi pitido. * matila dah kertu nanti takde sape nak amek. Hahahaha.
kesimpulan cerita ni. kira berapa banyak kali aku gelak.
Wednesday, May 23
intebiu emm q a part2
Okay sambung. Semalam tu lepas perkenalkan diri kan. Soklan seterusnya dia tanya, if kita dah siapkan satu2 sistem tu, nak hands over to customer. How we want to convince them that system dah realiable, robust and good. Camtu la lebih kurang. Dia tanya dalam BM. So terpulang nak jawab in BM or BI. Sebab panel tu ada cakap kalau jawab in BI ada markah lebih sikit. Saya? rojak2 la. Sebab biasala technical term takkan awak nak bantai cakap BM? Masa tu awak takkan terfikir punye nak jawab laman sesawang, pemacu keras, pelayan, gelintar web segala. Awak akan kuar dengan common terms like user, developer, phase2, and so on. Expect je la panel2 dalam tu semua expert in IT. Kalau rasa macam technical sangat penerangan awak tu awak explain a bit more gune inlay term la. Bagi analogi yang mudah. Ni saya nampak dekat salah sorang candidate. Dia memang dah ada Master in IT. Saya tak pasti Uni mana.Tapi penerangan dia nampak meyakinkan. Saya pun tak tahu penerangan saya macam mana. Memang takde ciri-ciri penerangan yang baik la. Main bantai cakap yang mana terlintas dekat kepala.
Oh ye, masa ni dia more to discussion in the group. Please show ur respect to other eventhough awak banyak sangat point nak cakap. Andd..masa nak bagi peluang dekat orang lain, uolls buat la such pergerakan like hint supaya the other group members to give a point also. So that panel akan nampak yang uolls takde la nak caras orang je kejenya. Like dalam meeting, we try to give others chance to spill up their ideas. When they finish je, uolls give such a bit pergerakan like a hint to others that awak nak cakap jugak. So others will stop and give u the chance to explain. Sebab yang kita nak tonjolkan kat sini, how u respect others opinion and at the same time u have the good point too. Dia bagi masa tak lama. Lebih kurang 20 minit untuk kembangkan soalan tu untuk come up with the solution and new idea. Bila uolls rasa dah lama sangat dengan solution, uolls try la jadi person yang cuba change the scenario. Keluarkan idea atau pun apa sahaja inovasi yang uolls terfikir time tuh. This 20 minutes sangat precious. Sebab ada 7 orang dan bincang 1 soalan dalam masa 20 minit. Mesti ada yang tak dapat bagi idea pun time nih.
Lastly, dia tanya soalan, language ape guna. Platform apa. Masa ni uolls berterus terang je la. Kalau pernah guna PHP cakaplah. Then give urself a range ability to use that language. Kalau uolls ada guna opensource cakap je la. Sebab one of the candidate macam malu-malu nak cakap yang dia develop system guna opensource but it turns to good point for her sbb the panel nak tahu more about opensource yang dia guna. Ade sorang candidate tu...dia pernah jadi Site Project Manager, so dia cakap, die experience with oracle..(wow!) and linux server. (**kuis resume sendiri letak tepi). Hahahahaha
After that dia tanya, ada apa-apa soalan then tanya la apa yang patut. Mungkin dia nampak saya macam rebel sket kot. Dia tanya sambil point kan dekat saya. *hamboiii. Saya terkedu sengih-sengih sebab tak tahu nak tanya apa. Jangan ye anak-anak. Kalau boleh tanya je la carrer development kat agensi tu macam mana. How far we will involve with the system kalau dapat position tuh. Masa ni ramai la yang tanya. Jawatan tetap ke tak, penempatan kat mana and so on. Dia jawab cepat-cepat macam malas nak layan. Hahahahaha.
Lastly, cakap terima kasih dan keluar. Gituu je pengalaman saya. hahaha. Simple kan? Saya tak tahu la kalau tempat lain cam mana. Respon saya terhadap interview ni. Tak dapat kot. Sebab banyak candidate lain yang lebih ada big potential.Lagipun post dia ada 1 tempat je. 5 lagi yang lain sementara. Ada satu candidate tu PiTiDi dekat KPT. Of course la dia ada orang dalam...ehh..bukan ada orang dalam. Memang dia pun orang dalam nya. Hahahaha. Em Qi A ni one of the agencies bawah KPT ye anak-anak. Pulak tu, that PiTiDi memang pegawai yang control perjawatan dekat agensi. (Macam kelakar pulak.)
Okay tu je. Nanti update lain. Mood blog dah lama lari. Sedeyy~~~
Tuesday, May 22
intebiu Em Q A ptm
First, datang die suruh daftar dulu. Masa daftar tu diq susun meja kat depan dan sorang2 kene pi depan serahkan sijil semua. Masa ni kalau sape2 tak susun ikut dalam surat panggilan intebiu tu leceh sket la. Bukan apa, die mmg akan cek satu2 especially keputusan spm, stpm dan pointer grad. Kalau kite tipu2 masa isi borang online menjawab la time tuh. Masa ni jugak dorang akan cek salinan sijil2 tu dan misti disahkan.. Nanti dia tanya kalau x sahkan. Sambil tu dia tanda ape tah. Saya nampak semua proses sebab saya dok depan sekali. Haha **semangattaw.
Second, lps abes cek2, die akan bg satu simple test. Banyak tanya pasal database. Contoh sdlc, die bagi table dan ad query. So pilih jawapan select query tuh. Tak susah. Simple tapi memang kne taw. Kalau tak memang tak tahu nak bulat ape. Ade subjektif ngn objektif. Yang subjektif tu pasal sldc tu. Terangkan la sket2.
Third, dah habis tu die akan bgi ikot group..satu group ade 7 orang. Die panggil masuk sekali semua 7 orang tu. Dalam tu dia tak akan point sorang2 masa nak jawab. Terpulang sapa nak start or mulakan. Mule2 dia suruh duduk. Terpulang la nak dok mana2. Then, dah ready semua, dia mintak perkenalkan diri. Ni soalan die tujukan kat semua taw. So, kene la amek step tersendiri utk kenalkan diri. Disebabkan ramai, fokus dekat background keje. Takyah cte dok mana sume sebab sume tuh ada dalam borang depan mata panel. Oh, by the way ada 5 panel semua. 2 lelaki dan 3 perempuan. Sorang tu maybe KP kot. Patutnya before masuk tu please ringankan mulut tanya urusetia ada dato' ke datin dlm tu. So, kite akan alert utk address org tu berdasarkan pangkat. Bukan apa, berdasarkan pengalaman this people yg ada title will be proud if u entitled them with their title. Bukan senang ye this people nak dapat title sbb diorang bukan bisnesman yg ada untung juta2. So they need to achieve something yang impressive or really great achievement for their organization to earn that title. Get what i mean?
Err, orang dah kuarkan kete. Saya balik dulu. Nanti sambung lagi.
Wednesday, April 4
Cekodok sotong
Aku namakan bende alah ni cekodok sotong sebab seriously die goreng sotong ni pakai tepung buat cekodok tuh.
Tahu harga sepinggan macam ni berapa? Harga dia adalah 5 hinggit uolls. Masa ni aku macam teringin gila-gila nak makan sotong goreng tepung. Almaklumlah baru lepas dapat makan yang dekat Bagan Lalang, terus rasa jaki nak kan sotong goreng tepung ni bila makan kat luar.
Masa tengok menu kedai ni ad tulis sotong terus aku sengih macam squidward dkt MKH nakkan sotong ni.MKH cakap,nak try orderla. Kalau okay kita makan sini lagi.Aku pun apa lagi..pucuk dicita ulam.mendatang..laju-laju order one set yang rege 5 hinggit. Sambil tu sempat cakap dengan MKH,'awak, kalau tak cukup saya nak lagi one set taw. ' Punye la tamak. Sebab aku fikir okay. Sekali...sampai je sotong ni kat meja aku terus aku rasa nak hantuk-hantuk pala kat dinding. Ni sotong ke apa?? Apesal macam cekodok pisang je aku tengok.
Haih!! Kemon la..kedai kemain gah lagi aku tengok. Tapi ni je sotong goreng tepung yang kau boleh bagi? Dalam menu tu lain pulak gambar aku tengok bila dah sampai berbeza gila!! Memang masa sampai tu terus spoil mood aku. Aku cakap dengan MKH, ni last kite makan sini. Lepas ni toksahla. Buat sakit hati je. MKH gelak-gelak tengok aku. Haih..sabar je la.
Aku memang tobat la nak makan kat kedai ni lagi. Kalau nak makan baiklah pergi tempat lain. Dari segi presentation tempat memang dah okay la. Tapi kalau macam ni la makanan yang di sediakan, aku tak rasa nak datang lagi.
Lepas dari kejadian tu, aku memang lalu je la depan kedai ni. Takde singgah-singgah der..takde rasa langsung nak cuba menu lain..terus aku tawar hati. Heh.
Monday, April 2
Turun naik kehidupan
Ada masanya secara tiba-tiba kita akan rasa mcm ada something yang tak kena dengan kehidupan kita. Pada waktu ini kita akan rasa dan pandang kehidupan orang lain begitu sempurna pada mata kita. Kita akan rasa kita lah yang paling loser sekali. There's nothing much about our life. No colours. Its just plain and straight with the same routine every single day.
Somehow im the one yang feel like that. Theres no achievement that i can proud of. Be in the comfort zone. Thats the place that i want to be sit. Among of my uni friends, i feel that im the worst. School? Im out from the list. Lol..
What is the heck that im doing right now? I dont know. Seriously. Try to get back to the right path. No nerve. Thats me!!
Oo Allah please embrace me with ur hidayah, ur guide. Lead me with the right path. Ameen.
Posted via Blogaway
Tuesday, March 27
Tika ini
semangat yang datang kadang-kadang menjunam tiba-tiba.
sedang elok menganyam impian datang ujian yang tanpa diduga meresahkan seluruh jiwa.
andai dapat ku tetap kan pendirian ku
tidak perlu aku terluka begini
menyendiri sedih dan sepi
kata-kata yang disalah erti
mengundang bahana yang tidak terjangka
laksana pungguk yang memuja sang bulan.
tidak kesampaian hajat di hati
harapan tanpa penyampaian
tidak akan dapat dikesan
ini bukan permainan teka teki
yang perlu difahami oleh insan lain
hanya dengan perkataan
segala yang terpendam dapat diakhiri.