hai-hai...tajuk mesti gempak kan??takpe..saya paham....kadang-kadang kita kene exaggerate kan sikit mood tu pada awal-awal masa agar semangat adalah tinggi...jadi bile dipertengahan ia menurun..takde la terus menjunam kan...okeh...tak payah cerita semua teori kuantum kamu Msz..teruskan pada isi utama
haa..masa zaman sekolah dulu..kan ada waktu senggang..ehm..free time kan...contoh waktu rehat, waktu sebelum masuk kelas..waktu lepas abes kelas..dan juga kadang-kadang waktu kelas..erk..maksudnye..time cekgu cekgi meeting,cuti, kursus dan sebagainya...hiks!mcm karangan la...
okay..lets start....

capter..ehmm..bulu ayam ni..dulu saya sebut cap-tay...eh...saya pun tak tahu pronounce yang betul..
permainan ni dimainkan oleh kanak-kanak lelaki biasanya..err...budak perempuan tak main sebab akan menyebabkan akan berlaku riot di sekolah kelak..Main ni macam main sepak raga la kan...kena buat bulatan dan pass pass antara satu sama lain dan bertahan seberapa lama yang mungkin..jangan bagi die jatuh atas tanah.
next,

ini adalah getah pemadam pada sapa-sapa yang tak tahu.(ada yang tak tahu ke?-__-")
cara permainan adalah dengan menekan hujung getah pemadam tu sampai la salah satu getah pemadam naik atas pemadam lagi satu. Kire siapa yang berjaya buat begitu, pemadam dirampas dan pemenang akan ada koleksi getah pemadam yang amat banyak.
next,

ok..tahu kan budak ni tengah main apa.Dia main batu seremban.Ada nama lain ke?Saya tahu nama dia Batu seremban, dan permainan die ada level-level tertentu sampai la level 10. Nak mainkan permainan ni, keseimbangan dan ketelitian amat penting sebab kalau terlepas kire kalah. Biasa batu-batu seremban ni akan dibuat pakai kain perca dan isi dia kacang hijau.^___^
pasir pun boleh, tapi nanti terkeluar dekat serat-serat benang, berterabur.(kene marah la pastu)
next,

ni nama dia gasing. Selalu main gasing pangkah.dan kompem kalah.Dan oleh kerana saya perempuan yang cembeng, maka apabila gasing saya dipangkah dan terbelah dua maka saya akan menangis minta gasing itu diganti kembali.Apakah???-__-" tskk..
next,

ceper atau penutup botol. cara permainan, ceper ditimbang atas tangan.Berapa banyak yang tak jatuh akan dikira. Selepas itu akan di baling er..serakkan ke ek yang lebih sesuai? Lepas tu akan di jentik la. Alaah..saya pasti, kebanyakan dari kita memang tahu pun permainan ni kan?
So, ada sesiapa yang mahu kongsi permainan mereka waktu sekolah dulu? Kongsi-kongsi la cerita.
Kebanyakan permainan dulu-dulu sume DIY. Tak perlukan modal yang besar. Kadang-kadang main congkak dengan kutip biji saga sebagai buah nya. Kita lebih menghargai permainan yang ada sebab kita usaha sendiri material yang digunakan. Anda pula bagaimana? ^__^