"Aku nak kau simpan sebelah..aku akan simpan lagi sebelah kasut ni.."
Perkenalan yang mulanya adalah perkenalan formal antara rakan sekelas, membibitkan perasaan mesra yang mula bercambah. Sementelah si gadis adalah dari sekolah yang kesemuanya perempuan membuat kan dia sedikit pendiam di dalam kelas dan kurang bercakap dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Berbeza pula dengan rakan baru nya itu. Kata-katanya sering menghiburkan rakan-rakan yang lain. Ada-ada sahaja lawak yang dibuatnya. Kelas akan menjadi seperti dilanggar garuda kalau dia tidak hadir ke kelas. Sampai begitu sekali penangan si lelaki!!
**********************************************
Sekolah itu banyak meninggalkan kenangan manis, pahit suka dan duka buat mereka berdua.Mereka pernah bergaduh sampai tidak bertegur sapa. Si gadis sering menangis, katanya si lelaki selalu mengusik nya. Pernah si gadis bersemuka dengan si lelaki.
"Kenapa kau selalu kacau aku? Aku ada buat salah dekat kau ke?"
"Takla ..kau tak buat salah apa-apa pun dekat aku. Ntah...aku suke jek kacau kau"
Tapi pergaduhan dan masam muka mereka itu tidak bertahan lama. Cukup seminggu, masing-masing dah tergelak-gelak sebab mengenangkan perangai masing-masing yang 'cakap tak serupa bikin'.Mereka selalu berbual bersama-sama. Macam-macam topik dibincangkan. Ada sahaja yang idea. Tak pernah kering dan basi. Kadang-kadang ada yang bertanya,
"Apa sahaja yang kau dua orang borakkan. Tak pernah habis aku tengok"
Mereka hanya tersengih. Hands off. Kadang-kadang keserasian itu tidak perlu diungkapkan. Cukup sekadar pandangan dan sama-sama mengangguk tersenyum tanda memahami.
**********************************************
"Okay-okay. Sekarang kelas kita akan main game "secret admirer". Semua orang kena cabut undi. Maksudnya setiap individu akan ada secret admirer dan kamu akan jadi secret admirer seseorang. Ini sempena jamuan kelas kita."
Begitu arahan yang dikeluarkan oleh Penolong Ketua Kelas pada satu malam. Ada yang menumpukan sepenuh perhatian, ada yang mengangkat muka seimbas dan langsung meneruskan contengan di buku dan ada yang berbisik-bisik.
"Apa kita nak buat dengan "secret admirer" kita tu? Mengingtip?"
"hahahahaha" disambunt dengan hilai tawa yang lain.
"Tak..tak....terpulang la pada korang. Nak hantar surat ke. Tak nak buat apa-apa pun tak kisah. Tujuan kita buat benda ni, nak eratkan silaturrahim. Lepas tu. nanti end of the game, kita akan ada buat tukar-tukar hadiah. Jadi fair and square. Semua orang dapat." Dengan tegas Penolong Ketua Kelas menerangkan. "jadi..aku nak semua terlibat. Faham?"
"allrite!"
"okay"
"hmmmm"
"yes, maaam"
"hehehehe...minta-minta la dapat perempuan"
Dan pada kelas persediaan malam itu semua mendapat secret admirer masing-masing.
**********************************************
"Sampai hati kau main-mainkan aku. Aku tak sangka selama ini kau yang tulis atas meja aku. Kawan tak buat macam ni dekat kawan dia. Aku tak suka kau. Aku tak akan maafkan kau. Mati-mati aku ingat secret admirer aku yang tulis."
Menitik dua butir air jernih dari kelopak mata si gadis. Si lelaki terdiam kaku.
"Aku ingat kau tahu. Sorry la wei...aku tak sengaja"
Si lelaki cuba menerangkan duduk perkara yang sebenar.
"Sudah la..Aku tak mahu dengar apa-apa lagi" sambil berlalu pergi.
Hati si gadis amat sakit sekali. Dikhianati rakan baik sendiri memang amat pedih. Si lelaki berbuku perasaaan yang amat bersalah di dalam hati. Tidak disangka perkara yang disangkakan gurauan untuk si gadis telah membuatkan si gadis amat kecewa. Sesal tak sudah dirinya. Di dalam kepala si lelaki merangka-rangka idea untuk meminta maaf dari si gadis.
"Maaf kan aku la. Jangan la tak nak cakap ngn aku lagi. Aku tak de kawan lagi nanti. Please.."Si lelaki cuba memujuk sambil mengekori si gadis di Dewan Makan.
"Apa ni? Kau cakap ngn aku ke?" si gadis tidak mengangkat muka langsung. Dia sedang sibuk mengemas untuk membuat persiapan terakhir sempena makan malam formal bersama-sama Pengetua.
"Alaaa..sampai hati kau kan tak nak maafkan aku.Okay-okay aku tahu aku salah. Aku gurau je. Tak sangka kau ingat tu betul-betul. Aku minta maaf. Betul ni. Aku serius. Maafkan aku" terus sahaja di ekori kemana si gadis pergi.
Si gadis yang mula rimas kerana banyak mata-mata yang memerhatikan gelagat mereka. "okay. aku maafkan. Janji. Lepas ni, jangan buat macam tu lagi?"
"Yeay!! Betul ni kau maafkan aku?"
"Yela. Betul. Dah jangan ikut aku lagi la. Orang tengok la"
"Okay-okay. Hehe...Kau dah maafkan aku..Yeay"
**********************************************
Di dalam surat itu..
k.lah. Straight to the point. aku tau ko marah ngan aku. sumernye salah aku. aku tau. Pasal yang tulisan atas meja tue aku mengaku aku yang buat. tapi aku tak berniat pun nak mainkan ngko dan tak sangke sampai ko marah camni sekali. aku ingat ko tau sape yang tulis atas meja. rupenye ko tak tau. aku betul-betul mintak maap kat ngko. rasa bersalah. sorry....
ngko tanye nape aku tulis atas meja ngko dan bukan atas meja budak lain . sebab aku suke....aku tak tau naper aku suke. aku rase dah banyak sakitkan ati ngko kan....dan ngko pun marah kat aku sampai tahap kesempurnaan 99 petala langit. ngko mesti tertekan duduk dalam kelas sebab aku selalu kaco ngko. aku tak kesah ngko marah aku dan menyalahkan aku atas apa yang berlaku kat ngko( kalau ade). tapi yang penting ngko maapkan aku...
**********************************************