Saturday, July 31

Nak tango kena 2 orang bhai..kalau sorang-sorang..tu poco-poco...

In a relationship..it takes two to tango..
Perhubungan takkan jadi kalau satu pihak je yang beria-ria..bersungguh-sungguh. Am i right?

Peoples always think about themselves first..its normal..emm..this statement is my opinion...
Then ada one group of peoples yang selalu fikir pasal orang lain dulu..baru their need. Dalam most of the situation this group of person selalu lebihkan orang lain..more than diri mereka.."ohh..takpe..biarlah..nantilah..its okay.." this are words yang akan selalu keluar dari mulut mereka.

There is one person yang i kenal..dia pernah cakap.."i nak tukar jadik bad person sebab i rase penat jadi orang baik" Kenapa cakap macam tu? "because..bila i jadi orang baik, orang buat i sakit hati, peoples around me make me sick..lukakan hati i sampai tak boleh sembuh. Dats why i want to create a new person..physically same, but inside...totally different"
wohaa!! need to say that ke? why turning to bad person..? just because orang buat taik dekat u..then u nak buat mende yang sama dekat orang lain juga?


Omg..i tengah cakap pasal apa ni? hahahaha

Its just a reflection of my thought..

Thursday, July 29

Punch Card itu hampir membunuh...

Sebenarnya pagi tadi dah bangun awal. Macam hari-hari sebelum ini. Ntah apa yang aku belek kat dalam bilik pun aku tak tahu. Sedar-sedar je jam dah menunjukkan pukul 7.08.. Wahh...aku terus capai beg, masukkan laptop semua. Keluar dari rumah masa nak sarung kasut..check dalam beg, wallet takde. Eih..masuk balik, cari wallet. Ok done!.. Keluar nak sarung kasut balik, Alamak, alamak, adapter laptop!! Eih..masuk balik capai adapter gulung-gulung masuk dalam beg. Keluar nak sarung kasut lagi sekali. Ok fine!I hate U la jam!! Dalam hati dah tak tahu nak cakap apa...Menyumpah-nyumpah, istighfar campur-campur. Muka dah separuh kelam. Kepala dah ligat fikir.. Amacam kalau aku MC harini? Idea tu macam best jugak kan?? HAHAHA Syuh..syuh syaitonnirajim...

Tengah dok kalut lalu tepi rumah nak pi start motor, boleh pulak tak ambil kunci motor. Okay..jeling jam dah pukul 7.15..Weh..aku nak MC la camni..aku dah mula nak gelabah katak.Katak pun tak gelabah macam tu. Adrenalin dah merembes-rembes, peluh jantan pun dah merenik-renik dekat dahi. Cabut kasut (terlempar sampai ke tengah laman) lari masuk dalam rumah, licin sebab lari atas tikar getah pakai stokin, nasib baik tak tersungkur..capai kunci motor lari keluar lagi sekali..**agaknya kalau kasut boleh bercakap mesti dia cakap "Berapa banyak kali sarung bukak sarung bukak daa..."** Berlari ambil kasut yag dilemparkan tadi.Marahkan diri sendiri sebab lempar jauh-jauh. Lalu tepi longkang.Jeng jeng jeng.......aku terpelecok..Pergh!!!!!

Woot..woott..ini bukan terpelecok nyah..ni menggelecek!!

Cepat-cepat seimbangkan badan yang macam tong deram ini, lari pergi belakang rumah, start motor, terus membelah jalan raya.....Kuuuuu Jejaaakkk Jalan yang Berliku...Membaraaaa jiwaakuuu..memburu impian...Fewwwitt....abang kaza!!nak sainnnnn....

ni memburu impian ke merempit equinox?

Namun begitu, perjalanan menuju ke medan ilmu tetap kurasakan lama. Kenderaan ku seakan tidak mahu bergerak seiring dengan peningkatan kelajuan yang kurasakan. Kurasakan angin seperti sangat kuat. Dalam kepala dah celaru, keliru malah buntu memikirkan. Mengapakah seperti kuat sahaja angin pada pagi ini? Adakah kerana DIA mahu memberikan rahmat-Nya buat ku dengan memuntahkan bebanan yang terkandung di dalam awan komulonimbus tersebut? lalu....menghasilkan proses kitaran air secara semulajadi dan tersejat semula melalui proses pengewapan menjadi awan yang menjadi pelindung buat umat sekalian alam...? Heyy heyy...Tanya sama pokok..apa sebab hujan...Nanti jawab pokok..Tanya lah awan....Awan nanti kata....aku Kandung air..(**matilaa..kecik-kecik dulu selalu fikir yang pokok-pokok ni akan ada mulut bile die nak tanya awan**)

Kotak fikiran masih menerawang jauh..Semakin lama kurasakan angin semakin kuat. Kereta dari arah bertentangan memberikan lampu tinggi kepada ku.Ko pesal lak kereta nak main-main lampu pulak . Aku dah lambat ni..Marah ku di dalam hati. Aku merasakan peluh jantan ( kalau pompuan pun kena cakap peluh jantan jugak..takde peluh betina hokayy!) mula mengalir pantas. Detak jantungku makin kuat. Kepala ku gatal... Lantas dengan pantas tangan kiri ku membuat tindakan refleks menggaru kepala yang gatal.

Tidak semena-mena rentak jantungku seakan terhenti. Pada waktu itu jugak lah kenderaan ku seperti terhoyong-hayang. Mahu brek secara mengejut kujeling cermin sisi, kenderaan lain masih bertali arus di belakang. Kereta dari arah bertentangan masih memberikan lampu tinggi sampai 2, 3 kali. Okay..okay..tahu lah motor dah terhoyong hayang ni. Ku lihat medan perjuanganku..berbalam-balam di sebelah kanan.
Aku kena bertindak tepat dan tidak terburu-buru dalam situasi ini. Tersilap langkahku..Kutakuti nyawa ku bakal melayang..desis hati kecil ku.

Akal ku ligat berfikir. Kelajuan motorku semakin berkurangan. Ku beri lampu signal untuk membelok ke kanan. Tapi aku tidak terus masuk ke dalam pagar sekolah. Aku membuat pusingan U lantas memberhentikan motor ku di sebelah perhentian bas. Ku berhentikan enjin dan menarik nafas lega. Alhamdulillah..aku tidak mengalami apa-apa kecelekaan sepanjang perjalanan.Ku keluarkan handphone ku lalu mendail nombor pejabat sekolah.
Kurasakan sesak nafasku..Ku ambil keputusan untuk duduk di perhentian bas tersebut bagi meredakan ketegangan yang kurasakan.

Aku: Hello..Kak Jue ye? Kak Jue.. Ni saya..Equinox...saya datang sekolah taw.. Saya tak MC..tapi saya lambat sikit...ada masalah.
(nada resah bercampur baur dengan suara yang seakan mahu menangis)

Kak Jue : Kenapa?

Aku : Saya dah sampai depan pintu pagar ni.. Tapi saya kena balik semula ke rumah..Kalau tak....payah lepas ni..Takut ada apa-apa yang berlaku. Bahaya..
(suaraku tersekat-sekat..sedaya upaya cuba bercakap mohon difahami situasi ku ketika itu)

Kak Jue : Ye la..kenapa?(nada resah mula kedengaran)











Aku : Saya tak pakai helmet kak!!patut la kuat je angin rasa tadi.


bunyi cengkerik kedengaran...








Waaah..waaah..pakcik gumbira nampak bawak adek manisss naik moto....
Motippppppppp ko letak gambar ni Equinox?

Friday, July 23

Aktiviti kemasyarakatan setempat

Skang aku dah mengajar pagi...Maka petang-petang kena rajin..buat cekodok pisang..buat cekodok udang...cekodok ikan bilis..cekodok biasa...**berapa banyak cekodok daa..**

Kalau cuaca baik kena rajin-rajin kan tulang membantu ibu dan bapa menguruskan rumah tangga..eeewaahh..membantu sahaja bukan mengambil alih pun..-__-"

Ibu dan bapa selalu menaruh harapan yang tinggi kepada aku agar menjadi anak yang rajin dan ringan tulang..Tapii...mereka dapat anak yang suke ketawa kuat-kuat, pastu malas, pastu suke makan cekodok. Eh..teett..karangan ni kene potong 20 markah. Padan muke!! Bluekk =p

Sebenarnye aku nak cakap ni jek..

semalam aku kena pakse rela kait rumput yang pakcik rosli dah mesin

Ko suke buat cerita tak ikut tajuk kann Equinox? Takpe..nanti boleh suruh budak-budak buat karangan masa waktu Sivik.- aktiviti kemasyarakatan setempat.

Yess!!selamat dah satu waktu aku..HAHAHAHA

Wednesday, July 21

Macham...

......chi!!!

Sunday, July 11

cuci mata



Open new tab; pre-loved book online....
open new tab; kedai buku online..
open new tab; buku
open new tab; buku lagi...
open new tab; buku -buku dan lagi lagi....
open new tab; lagi-lagi buku........
open new tab; video ariel peterpan ngn luna maya...

ops..yang last tab tuh bukan ye...amboi-amboi kau Equinox..bukan main lagi...kot ye pun nak cuci mata tengok buku sudah...kelain pulak die...

****************************************************************************

Aku: Mak, along nak beli buku lagi boleh tak?
Mak: Ko nak beli buku lagi?Buku ape? Berapa banyak buku ko nak beli lagi ni? Buku haritu dah abes baca? Buku tak abes baca lagi dah berangan nak beli buku baru.
(tengok tu...kita tanya sepatah die jawab berpatah-patah..alahai emak....kawen kan along....**tetibe...)
Aku: Alaa....belum abes baca lagi...tapi nak beli jugak.
Mak: Eih-eih budak ni! dah gile buku ke..?
Aku: hik hik hik...boleh la mak...boleh la...boleh ea..ea.....
Mak: Sukati ko la...duit ko...
Aku: Yeayyy!!!!

*******************************************************************************

Equinox = gile buku??
ye la kot...
baca buku.......????? hahahaha itu yang kite tak tahu tu....

sebahagian buku....

ade lagi dalam dua kotak.....
mak dah bising...kata dia....kalau beli buku lagi...nanti pindah...angkat sendiri kotak buku ko!!
huu...

okay..nak pi study cerita kanang...novel tingkatan 3 utk bahasa melayu..


pergh!!!! dalam banyak-banyak buku...buku tu dia baca????