Okay harini sambung coretan perjalanan aku ke Ipoh dan Kaw. Tanah Tinggi.
Khamis.
Mak Busu pesan kitorang akan gerak seawal mungkin sebab kekdahnya nak feeling orang penting negara. Celik mata kat Ipoh, breakfast kat Cameron . Kau mampu? Hahahahahaha So pagi tu bangun la seawal yang mungkin sebab nak gerak awal. Tapi ada ke gerak awal? Nan hadonya…sebab sume sibuk nak tengok Maharaja Lawak. Masa tu repeat yang minggu pertama. Since aku tak pernah tengok lagi…aku pun jadi terpaku depan tv.Mak Busu dan Pak Busu..macam panjang la pulak nama. Apa kata aku kasik nama The Couples. Orait..Disebabkan The Couples faham perasaan aku..jadi diorang biarkan je aku dok depan TV sambil gelak kuat-kuat tak pandang kiri kanan.
Habis cite tu around 9.Lepas je abes cerita tu, kitorang pun cargas bergerak gerak gerak khas ke destinasi yang dituju. Aku dok diam-diam kat seat belakang. Nak naik Cameron tak jauh dari rumah The Couples. Masuk ikut Simpang Pulai. Oh, by the way jalan dari Simpang Pulai ni boleh tembus sampai Gua Musang, Kelantan. Ada lagi satu jalan nak naik Cameron ni jugak. Masuk dari Tapah. So choose la either way yang nak lalu. Ada dua tu je. Kalau dari KL naik la dari Tapah. So takde la berpusing-pusing lalu Ipoh pastu nak patah balik pulak lalu Simpang Pulai. Ape? Tak paham? Meh tengok Map yang aku gugel ni. Ha..nampak tu?
Dia Satu jalan je. Tu je la jalan Utama lepas tu yang lain-lain adalah gunung-ganang dan interesting place yang kau rasa nak singgah boleh je singgah. Kot-kot rasa tak cukup interesting..kau lalu je sambil buat lambaian ratu.
Masa on the way nak naik ke atas, kau akan lalu jalan yang sangat la memeningkan kepala kalau tak biasa. Ehhh..jangan cakap yang tak biasa..Mak Busu aku yang dah 6 kali naik pun tak boleh tahan dengan jalan ni.Dia awal-awal lagi dah cakap dia surrender..Maka dia tutup je mata sepanjang jalan. Tak tidur pun..just lelapkan mata tak nak kasik pening sampai boleh mabuk lepas tu muntah. Dah satu hal pulak ha.Bau minyak angin Cap Kapak tu memang semerbak la kan satu kereta.
Aku pun ada la rasa pening-pening lalat sikit. Jalan die memang sikit punya curam. Lepastu berbelit-belit macam ular kene palu. Pak Busu pulak kasik pusing stereng macam kan dia tengah racing F1.Sampai berdecit bunyi tayar. Turun kereta bau dekat tayar, bau hangit je. Ye la..mana nak potong Lori yang tengah mendaki lagi, potong kereta yang kejap-kejap brek..padahal tengah mendaki bukit.Kitorang sempat singgah dekat Bharat Tea Plantation atau lebih dikenali as Cameron Valley pada packaging teh dia ni. Ni ladang Teh dia kecik sikit. Mungkin just untuk view customer dan sikit-sikit dia proses jugak la kot .
Sedang menikmati secangkir madu merah...haha..takde la secangkir teh madu lemon. Sangat sedap!! ditambah angin yang sepoi-sepoi bahasa bertiup.
Kat atas ni kau akan nampak bunga sangat banyak lawa-lawa. Padahal bunga tu biasa je nampak kat bawah. tapi maybe sebab cuaca dan juga tanah yang sesuai, dekat sini bunga-bunga nampak segar sangat.Macam bunga plastik.
Amende aku tengok pun aku tak tahu..Oh!! mungkin mencari MKH! gatall ko kannn...
With Busu. Belakang tu pintu gerbang dia dari morning glory original. Aku rasa kalau dekat bawah ni, waktu-waktu macam aku amek gambar tu, dia dah kuncup balik. Tapi sebab dia kat atas kan. Segar sentiasa. Aku tak nampak pun ada bunga-bunga yang layu atau macam kuning-kuning. Best kann...^__^
Yang kat belakang tu semua pokok teh. Masa ni around pukul 10 ke 11 macam tu.
Saksikan la pokok-pokok Teh yang sedang menghijau tu. Lawa kan. Melaut je tengok pokok-pokok tu. Kat sini takde la sejuk sangat. The Couples cerita,dulu-dulu Cameron lagila sejuk. Macam tengah winter kat overseas. Kena pakai baju 2,3 lapis. Siap ada asap keluar-keluar dari mulut. Tapi sekarang dah takde dah semua tu.Sedih je kan bile tahu macam tu.
Then lepas tu kitorang terus gerak nak check in. Nak ikotkan lambat lagi tapi since nak lepak-lepak letak barang dulu, kitorang terus cargass ke Hotel. Hotel yang kitorang pergi ni nama dia De La Ferns. Dah nama die pun ferns kan..kau akan Nampak design dia memang ferns je la memanjang. Sana ferns..sini ferns..Mana mana pun ferns.
:pic credit to google.
Amacam ada gaya macam mem besar tak? Busu cakap takde gaya mem, gaya penyangak lagi ada.Hahaha. tapi yang aku dok amek gambar ni ada kat lobby hotel. Cosy kan look die. Simple and nice. Aku suka interior dia. Tak nampak berat tapi still look nice.
Ni perempuan perasan. Aku rasa bunga tu lagi lawa dari pompan tuh! hahaha
Dah lepak –lepak macam tu, perut pun dah mule berkeroncong, so kitorang pun keluar nak cari makan. Kitorang duduk kat area Brinchang. The Couples cakap nak makan kat area Tanah Rata. So, kitorang turun.Try cari-cari kedai makan kat area sini. Jam pun dah pukul 2 lebih.Weekdays, pekan ni tak ramai orang. Kereta banyak tapi tak la sebanyak weekends dan public holiday or cuti sekolah.So, senang cari parking dan tempat nak duduk kat gerai pun banyak. Pilih je la nak makan apa. The Couples kata sejuk-sejuk macam tu sedap makan tomyam.So, kitorang makan la set 3 orang makan kat kedai tomyam ni. Set untuk 3 orang ni ada Daging Masak Merah, Tomyam Campur, Sayur Campur , Telur dadar dan nasi untuk 3 orang harga dia 25 hengget.Okay kan harga makanan dia?Dah ada atas ni takde de nak mintak ais-ais ni. Sume bantai minum air suam je. Hehehe Kau nak terkencing 2,3 kali pat kejap kalau minum ais bagai?
Lepas makan, agenda seterusnya adalah menuju ke air terjun Lata Iskandar.Baju nak tukar mandi memang dah siap-siap packing dalam satu beg siap dengan selipar kot-kot nak tukar. Takde la kasut basah nanti kan. Sepanjang on the way turun aku dah start rasa lalok. Kenyang makan+pening jalan berbelit-belit. Aku surrender. Terus lelapkan mata. Masa ni pun hujan dah renyai-renyai. Aku bangun-bangun je, tengok dah sampai dah kawasan Lata Iskandar ni. Tukar selipar siap-siap..terus keluar jalan-jalan senyum tengok air terjun. Hahaha Tapi kat sini air dia sangat sejuk.
Tengok-tengok keliling takde orang pun mandi manda.Dah kitorang datang pun weekdays, of course la takde orang ramai kat sini. Busu cakap selalu ramai je orang. Maybe diorang belum sampai lagi. Kitorang pun terus rasa malas nak mandi. Karang kalau kitorang je mandi, kitorang pulak jadi tontonan umum. Last-last kitorang duduk je kat batu-batu sambil amek-amek gambar. Hahahahaha
Muke lepas bangun tidur lepas tu terus cargass posing amek gambar.
Ni pompan gedik yang peha die besar nak arwah!
Lepas dah puas bergambar sakan, Kitorang naik balik. Sempat singgah kat satu kedai ni minum Teh. Perut macam ada rasa lapar gak time ni. Almaklumlah tempat sejuk kan. Perut cepat je rasa lapar. Lepas habis minum, kitorang terus gerak balik hotel. Mandi, salin baju apa yang patut. Aku sempat cuba bath tub tapi dah setting baik punye siap buih-buih dalam bath tub. Tinggal takde lilin aromatheraphy dengan bebunga je. Aku berendam dalam air tu lebih kurang 5 minit…terus aku bangun buang air, mandi pakai shower! Hahahah Aku rasa macam tak puas je mandi berendam-rendam macam tu.Membazir je setting air bagai. Nasib baik aku pakai sabun Hotel tu bagi. Hahahaha.
Lepas proses pemandian yang agak lama, aku keluar macam segar sikit la. Kena air panas kan. Bergilir-gilir la ni take turn mandi sume. Lepas siap-siap dah ready semua, kitorang gerak nak pi makan. Kali ni kitorang tak turun sampai tanah rata. The Couples ajak aku makan Steambot kat Brinchang. Ye la..tempat sejuk-sejuk macam ni lawan dia benda panas-panas macma Steambot tu la. Steambot menu dia macam biasa je la. Bola-bola api pelbagai perisa, sayur, udang , sotong, Ketam. Kuah dia agak sedap la. Lepas makan, Busu nak beli barang sikit. Kitorang jalan-jalan je la dekat kedai-kedai yang ada dekat situ. Lepas tu, Kitorang balik hotel terus. Dah malam, takde nak pi mana-mana dah.
Saje Camwhore amek gamba sendiri sementara tunggu Steambot tuh masak. Sluurpp!!!
tetibe teringin nak makan steamboat kat sini.
how??
hmpfft..nak buat kat rumah la nanti....
hehe