Wednesday, April 14

Perjalanan baru

Sekarang aku berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah menengah di Johor.Pekerjaan ini sememangnya menuntut kecekalan dan kesabaran yang tinggi sementelah aku masih baru dalam bidang ini. Namun, semua itu tidak sekali-kali mematahkan semangatku untuk mendidik anak bangsa.

Eceehhh....amacam karangan?? Boleh dapat markah berapa ni? Tu baru pendahuluan. Ada lagi..ada...HAHAHAHA

Takde la, mari kita ringkaskan cerita. Aku mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 1 dan 2. Merangkap guru kelas Tingkatan 1. Tugas hakiki, mengajar Bahasa Melayu. Tapi ada je tugas-tugas sampingan kat sekolah tu. Jaga student....bab ni aku pun pelik sikit. Masa solat, rehat pun nak ada cikgu jaga. Haish..tak paham aku. Tapi tu la...betul la kalau orang cakap, Budak-budak sekarang tak macam budak-budak dulu. Beza sangat-sangat.

Pengalaman pertama aku berada dalam Bilik Guru dah cerita pun kan dalam entry sebelum ni. Okay, pengalaman pertama aku berada dalam kelas. Kelas pertama aku, kelas Tingkatan 2.
Aku masuk je..budak-budak ni terus tanya aku. Cikgu baru ke? Aku jawab Ya. Saya cikgu baru awak. Lepas tu aku dapat tangkap ada suara-suara la..cakap aku macam akak-akak form 5 yang ada kat sekolah tu. FINE. Aku sabar lagi. Diorang bagi salam.Aku jawab dan suruh diorang duduk. Bila diorang start je duduk. Diorang terus buat bising. Aku macam terkejut dan terkujat kat situ. Serius. Selama aku belajar berbelas-belas tahun. Aku tak pernah berada dalam situasi ini. Pelajar, langsung takde rasa hormat dan takut pada guru.


**********************************************

Sebelum tu....

"Cikgu Equinox, cikgu baru ye? Hari ini ada masuk kelas apa?"
"Kelas 2F'
"Ohh. Nanti kalau masuk kelas tu. Jangan senyum-senyum langsung. Buat muka garang je. Lepas tu jangan baik-baik sangat dengan budak-budak tu. Garang-garang je. Nanti diorang naik lemak."
"Ehh..kena sampai macam tu ke??"
"Ha'ah..cikgu tengok je la sendiri nanti kalau dah masuk kelas tu"
"ekh??" -___-"


**********************************************

Terbukti lagi sahih. Aku mengurut dada, mengucap panjang sahaja. Bukan la nak ceritakan keburukan diorang. Tapi bayangkan..sudah Tingkatan 2. Ada 16 orang yang dikenal pasti tak boleh membaca. 16 orang ni, ada yang baca masih merangkak-rangkak lagi, ada yang susah nak mengeja ayat-ayat yang panjang dan agak bombastik. Contoh. sofistikated. (jgn harap la nak suruh diorang baca ayat macam ni). Aku suruh bace petikan yang ada kaitan dengan integriti. Ejaan yang mudah dan senang di bunyikan pun..ada yang keruk-keruk kepala cakap.."cikgu kenapa susah sangat nak eja integriti ni? bagi la saya eja bola cikgu. bola senang" Ada ke macam tu??-___-"

Itu la cabaran sebenar dalam dunia pendidikan. Mungkin kita nampak senang dan mudah jadi guru ni. Kalau kita dapat sekolah yang agak kehadapan muridnya mungkin tak ada masalah. Tapi kalau murid-murid yang semacam ini. Pertama sekali kena attract attention diorang dalam kelas. Kalau kena gaya, mereka boleh bagi kerjasama. Cuma macam mana kita nak menggayakan sahaja. Kedua, bila diorang dah boleh bagi perhatian. Masa ni la kita suntik vaksin-vaksin yang boleh buat mereka rasa belajar adalah seronok. Bukan perkara yang membosankan. Pergh...macam pakar psikologi pulak kan...huhu

Buat masa sekarang itu je yang aku boleh kongsi. Karang panjang berjela. Macam la ada yang nak baca. Tsk...T_T


Buat muahasabah diri aku sendiri dan mari kongsi bersama.

Surah Ar-R'ad

Ayat 11:
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


credit to:Projek MyMasjid

Salam.

7 comments:

Anonymous said...

ko ajar je subnet weyh.
konpem dorg senyap..
=P

_PRINCESS_

ryan said...

hahahaha...
takde..takde...aku nak ajar wireless network...biar sume nganga...

**aduih..mmg pling xle lupa exam wireless network tuh..gile nightmare...wawawawa

R3alfarhha said...

cik equinox, mau tau nama sekolah boleh enggak?

sekolah di mersing kah?

ryan said...

cik r3alfarhha: yup.. sekolah kat mersing. SMK Anjung Batu. Hek3..

**abesla...jgn sampai ade warga sekolah lepas masuk sini sudah...^___^

karipap pusing said...

WEH KALO DLU TYM FORM 4 CEKGU SLALU BUAT AKTIBITI TYM BM SAMBIL2 KELUAR KELAS.AGAK BEST LA GAK SBB BAB2 KE"SUSAH"TERAAN TUH MMG DADAH LA..ZZZZZZ

KOT2 LA KO LEH APPLY

EH2 MAHAP LA BARU PASAN SUMER URUP BESO

SELAMAT PAGI CIKGU!

ryan said...

karipap: masalahnye..aku pelik..budak2 ni suke bab ke'susah'teraan tuh pulak...masing2 melopong mulut bile aku dok cite plot cerpen.(mcm kan aku tgh present prtndingn bercerita)
bile aku suoh start buat tatabahasa, ringkasan sume mengeluh....

Dinasorcute said...

saya sokong anda sebagai calon pengetua..
opsssss