Thursday, July 29

Punch Card itu hampir membunuh...

Sebenarnya pagi tadi dah bangun awal. Macam hari-hari sebelum ini. Ntah apa yang aku belek kat dalam bilik pun aku tak tahu. Sedar-sedar je jam dah menunjukkan pukul 7.08.. Wahh...aku terus capai beg, masukkan laptop semua. Keluar dari rumah masa nak sarung kasut..check dalam beg, wallet takde. Eih..masuk balik, cari wallet. Ok done!.. Keluar nak sarung kasut balik, Alamak, alamak, adapter laptop!! Eih..masuk balik capai adapter gulung-gulung masuk dalam beg. Keluar nak sarung kasut lagi sekali. Ok fine!I hate U la jam!! Dalam hati dah tak tahu nak cakap apa...Menyumpah-nyumpah, istighfar campur-campur. Muka dah separuh kelam. Kepala dah ligat fikir.. Amacam kalau aku MC harini? Idea tu macam best jugak kan?? HAHAHA Syuh..syuh syaitonnirajim...

Tengah dok kalut lalu tepi rumah nak pi start motor, boleh pulak tak ambil kunci motor. Okay..jeling jam dah pukul 7.15..Weh..aku nak MC la camni..aku dah mula nak gelabah katak.Katak pun tak gelabah macam tu. Adrenalin dah merembes-rembes, peluh jantan pun dah merenik-renik dekat dahi. Cabut kasut (terlempar sampai ke tengah laman) lari masuk dalam rumah, licin sebab lari atas tikar getah pakai stokin, nasib baik tak tersungkur..capai kunci motor lari keluar lagi sekali..**agaknya kalau kasut boleh bercakap mesti dia cakap "Berapa banyak kali sarung bukak sarung bukak daa..."** Berlari ambil kasut yag dilemparkan tadi.Marahkan diri sendiri sebab lempar jauh-jauh. Lalu tepi longkang.Jeng jeng jeng.......aku terpelecok..Pergh!!!!!

Woot..woott..ini bukan terpelecok nyah..ni menggelecek!!

Cepat-cepat seimbangkan badan yang macam tong deram ini, lari pergi belakang rumah, start motor, terus membelah jalan raya.....Kuuuuu Jejaaakkk Jalan yang Berliku...Membaraaaa jiwaakuuu..memburu impian...Fewwwitt....abang kaza!!nak sainnnnn....

ni memburu impian ke merempit equinox?

Namun begitu, perjalanan menuju ke medan ilmu tetap kurasakan lama. Kenderaan ku seakan tidak mahu bergerak seiring dengan peningkatan kelajuan yang kurasakan. Kurasakan angin seperti sangat kuat. Dalam kepala dah celaru, keliru malah buntu memikirkan. Mengapakah seperti kuat sahaja angin pada pagi ini? Adakah kerana DIA mahu memberikan rahmat-Nya buat ku dengan memuntahkan bebanan yang terkandung di dalam awan komulonimbus tersebut? lalu....menghasilkan proses kitaran air secara semulajadi dan tersejat semula melalui proses pengewapan menjadi awan yang menjadi pelindung buat umat sekalian alam...? Heyy heyy...Tanya sama pokok..apa sebab hujan...Nanti jawab pokok..Tanya lah awan....Awan nanti kata....aku Kandung air..(**matilaa..kecik-kecik dulu selalu fikir yang pokok-pokok ni akan ada mulut bile die nak tanya awan**)

Kotak fikiran masih menerawang jauh..Semakin lama kurasakan angin semakin kuat. Kereta dari arah bertentangan memberikan lampu tinggi kepada ku.Ko pesal lak kereta nak main-main lampu pulak . Aku dah lambat ni..Marah ku di dalam hati. Aku merasakan peluh jantan ( kalau pompuan pun kena cakap peluh jantan jugak..takde peluh betina hokayy!) mula mengalir pantas. Detak jantungku makin kuat. Kepala ku gatal... Lantas dengan pantas tangan kiri ku membuat tindakan refleks menggaru kepala yang gatal.

Tidak semena-mena rentak jantungku seakan terhenti. Pada waktu itu jugak lah kenderaan ku seperti terhoyong-hayang. Mahu brek secara mengejut kujeling cermin sisi, kenderaan lain masih bertali arus di belakang. Kereta dari arah bertentangan masih memberikan lampu tinggi sampai 2, 3 kali. Okay..okay..tahu lah motor dah terhoyong hayang ni. Ku lihat medan perjuanganku..berbalam-balam di sebelah kanan.
Aku kena bertindak tepat dan tidak terburu-buru dalam situasi ini. Tersilap langkahku..Kutakuti nyawa ku bakal melayang..desis hati kecil ku.

Akal ku ligat berfikir. Kelajuan motorku semakin berkurangan. Ku beri lampu signal untuk membelok ke kanan. Tapi aku tidak terus masuk ke dalam pagar sekolah. Aku membuat pusingan U lantas memberhentikan motor ku di sebelah perhentian bas. Ku berhentikan enjin dan menarik nafas lega. Alhamdulillah..aku tidak mengalami apa-apa kecelekaan sepanjang perjalanan.Ku keluarkan handphone ku lalu mendail nombor pejabat sekolah.
Kurasakan sesak nafasku..Ku ambil keputusan untuk duduk di perhentian bas tersebut bagi meredakan ketegangan yang kurasakan.

Aku: Hello..Kak Jue ye? Kak Jue.. Ni saya..Equinox...saya datang sekolah taw.. Saya tak MC..tapi saya lambat sikit...ada masalah.
(nada resah bercampur baur dengan suara yang seakan mahu menangis)

Kak Jue : Kenapa?

Aku : Saya dah sampai depan pintu pagar ni.. Tapi saya kena balik semula ke rumah..Kalau tak....payah lepas ni..Takut ada apa-apa yang berlaku. Bahaya..
(suaraku tersekat-sekat..sedaya upaya cuba bercakap mohon difahami situasi ku ketika itu)

Kak Jue : Ye la..kenapa?(nada resah mula kedengaran)











Aku : Saya tak pakai helmet kak!!patut la kuat je angin rasa tadi.


bunyi cengkerik kedengaran...








Waaah..waaah..pakcik gumbira nampak bawak adek manisss naik moto....
Motippppppppp ko letak gambar ni Equinox?

3 comments:

R3alfarhha said...

hadeh, hadeh...bila bace yg line kaler merah tu kan, tetibe rase mcm nk kluar air mate gelak tp tak kluar suara... hadoi~~ la cik equinox nih, tu laaa..belek lagi cermin lame2 waktu bersiap tuh, kan dah lupe smua...

pasni, sentiasalah beringat yer...kang tak pasal2 tetibe kene saman ngan mak sendiri kang, laen pulak citernye....

Dinasorcute said...

adoiii....
kalau si princess baca nie misti dia gelak goleng...
same je perangai..

dinasor nak pesan:-
1.bila lambat jangan terlalu gopoh nak ke opis...lambat sekali sekala xpe kan..bukannye selalu.kan kan kan
2.hati2 membawa motorsikal

Ms.Khayra said...

okeh. kenapa la sy selalu cepat pcik up...**keji2..

first high beam tu da agak da ni msti xpkai helmet.

cik equinox.. sygilah kepala anda.. ingt org tersyg...

*ni nak gelak ke nak kena buat muka risau??..huhu