Ye, aku sengaja private kan.
Sebab aku rasa freedom utk aku bercerita dah takde. Aku nak cerita anything dekat blog. Nak spill everything dekat blog. Tapi bila aku nak start bercerita, i will thinking about what will others say. Aku memang jenis manusia yang suke dengar cakap orang lain. Kau azankan kat telinga aku sejuta kali pun "JANGAN PEDULIKAN ORANG LAIN CAKAP!!!" Aku rasa tak boleh..Serius tak boleh. Aku mesti nak dengar dan ambil peduli jugak. So here the solution. Private is the best thing.
Bukak public balik? Rasanya tak kot. Biar la mcm ni pon..and aku rasa nak buang nuffnang tu. Kalau bukak blog ni pun bukan menatang iklan tu keluar. So baik takde daripada ada kan. Hehehe
will update here as much as i can.
yeayy...
p/s: tibe2 macam suka pulak harini...kenapa ea.....
Thursday, September 30
Friday, September 10
Salam Lebaran.
pic credit: google
Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas ketidaksempunaan diri ini yang pernah mengguris atau mencalarkan mana-mana jua perasaan, jiwa dan hati.
Maaf atas segala kesalahan.
Maaf atas kertelanjuran kata.
Maaf atas perbuatan salah yang dilakukan.
Pemergian Ramadhan yang mengajar aku banyak erti kesabaran dan ketabahan menempuh dugaan. Ramadhan yang memberi aku makna erti sebuah perhubungan.
Ramadhan yang mengajar aku seribu satu keinsafan.
Belajar erti memaafkan memberikan aku satu definisi berbeza tentang satu perkataan.
P.E.R.A.S.A.A.N
Tuesday, September 7
Kuman boleh nampak?
Hari ini kita belajar pepatah melayu yang berbunyi," Kuman diseberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak"
Kebiasaan manusia begitu kan?
Aku pernah terbaca status Facebook seorang rakan yang dia hampir selalu dipanggil untuk bermesyuarat hanya kerana pihak-pihak tertentu sengaja dengki sebab fikir yang si rakan ni tak buat kerja. Walhal hakikatnya..bertimbun-timbun kerja dia kena hadap setiap hari. Hanya kerana 1, 2 request yang pending, dia dituduh tidak melakukan kerja dengan baik dalam mesyuarat sedangkan kerja-kerja yang berjaya dilakukan tidak pula dibangkitkan. Itu contoh soal kerja.
Ada pula, pernah aku terbaca dalam satu entry blog, soal jejaka yang selalu sahaja berhabis demi si gadis tercinta. Gaji yang diperoleh setiap bulan, sedikit sahaja di peruntukkan buat keluarga di kampung. Hampir separuh gaji di serahkan pada si gadis. Setiap bulan ada sahaja permintaan yang perlu ditunaikan. Beg sudah outdated. Handphone sudah tidak canggih. Kasut sudah nampak buruk. Walhal, semuanya masih dalam keadaan baik. Kalau tidak dipenuhi permintaan, rajuk si gadis akan berpanjangan , malah semakin parah,si gadis sudah pandai menggertak mahu putuskan hubungan berlandaskan cinta pula. Agaknya semua kebaikan si jejaka sebelum ini tidak difikirkan. Hanya kerana yang satu itu tidak disediakan semua kebaikan si jejaka dibutakan dengan satu permintaan yang tidak ditunaikan.Kalau masih berpasangan sudah begitu rupa , bagaimana pula kalau sudah berumahtangga?
Ini lah yang dinamakan manusia.

Aku pun tidak terkecuali.
Kerana sudah suka yang salah pun diamkan sahaja.
Tapi kalau dah kata tak suka, benda baik pun nampak tak betul sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)