Kebiasaan manusia begitu kan?
Aku pernah terbaca status Facebook seorang rakan yang dia hampir selalu dipanggil untuk bermesyuarat hanya kerana pihak-pihak tertentu sengaja dengki sebab fikir yang si rakan ni tak buat kerja. Walhal hakikatnya..bertimbun-timbun kerja dia kena hadap setiap hari. Hanya kerana 1, 2 request yang pending, dia dituduh tidak melakukan kerja dengan baik dalam mesyuarat sedangkan kerja-kerja yang berjaya dilakukan tidak pula dibangkitkan. Itu contoh soal kerja.
Ada pula, pernah aku terbaca dalam satu entry blog, soal jejaka yang selalu sahaja berhabis demi si gadis tercinta. Gaji yang diperoleh setiap bulan, sedikit sahaja di peruntukkan buat keluarga di kampung. Hampir separuh gaji di serahkan pada si gadis. Setiap bulan ada sahaja permintaan yang perlu ditunaikan. Beg sudah outdated. Handphone sudah tidak canggih. Kasut sudah nampak buruk. Walhal, semuanya masih dalam keadaan baik. Kalau tidak dipenuhi permintaan, rajuk si gadis akan berpanjangan , malah semakin parah,si gadis sudah pandai menggertak mahu putuskan hubungan berlandaskan cinta pula. Agaknya semua kebaikan si jejaka sebelum ini tidak difikirkan. Hanya kerana yang satu itu tidak disediakan semua kebaikan si jejaka dibutakan dengan satu permintaan yang tidak ditunaikan.Kalau masih berpasangan sudah begitu rupa , bagaimana pula kalau sudah berumahtangga?
Ini lah yang dinamakan manusia.
Aku pun tidak terkecuali.
Kerana sudah suka yang salah pun diamkan sahaja.
Tapi kalau dah kata tak suka, benda baik pun nampak tak betul sahaja.
No comments:
Post a Comment