reality bites, truth hurt
Monday, October 11
Saturday, October 9
Saje carik pasal.
muke saje macam mintak penampar kan.
muke adalah hepi sebab lepas amek gambar nak keluar.
kene belanja makan sate.
dah la adik beradik jenis kalau makan tak cukup der mintak 20 batang sate.
wajib 50. kalau tak cukup baru tambah.
er..termasuk aku lah yang pelahap tuh.
tuh jek.
entry ada. tapi dalam draft.
nanti je la post.
hehe
Monday, October 4
Wonder..
wonder...wonder pett. Kami tak kuat dan kami tak besar. Bila bekerjasama suma jadik mudah....WONDERPETT!! hahahaha
Aku rasa macam pelik sangat.
Pelik dengan orang yang berhutang dengan orang lain.
Tapi ade duit sikit semua labur ke lain. Bukan fikir nak bayar hutang tu ke apa. Takde duit is considered as makan tak mewah macam boleh makan Sate Hj. Samuri yang harganya 70sen sebatang. Mampu berkaraoke bersama rakan-rakan semusibat. Itu boleh considered as takde duit nak bayar hutang ke?
Pelik..pelik.
Okay. Kenapa la si pemiutang tu bongok sangat tak pergi tuntut hutang pada yang berhutang tu kan?
Sedangkan dalam hadith ada sebut yang, Harus bagi pemiutang menuntung hutang yang tidak dibayar penghutang apabila melihat penghutang mampu membayar balik pinjaman untuk mengingatkan kembali yang berhutang.
But.....the matter here...perlu kah sampai nak jejak kembali si penghutang sedangkan yang berhutang tu mampu je menjelaskan hutang.?? Ini bukan masalah memahami masalah tak memahami masalah.
Kadang-kadang setiap orang tu ada je masalahnya. Cuma malas dan tak kuasa jek nak canang satu donia.
eih..apesal macam telus dan jujur ko cakap ni Equinox? Hahahaha
Sunday, October 3
Kejar jangan tak kejar..
Itu buku persediaan mengajar yang aku kene buat. Since aku ganti mengajar subjek Pendidikan Islam dan guru agama semua tulis pakai tulisan jawi, aku teruskan je la. Tak boleh cakap tak nak.
Sekarang dah masuk bulan 10. Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi, student akan hadapi Final year Exam dan aku kene kejar syllabus. Nak ikotkan aku tak boleh kejar syllabus. Sebab subjek agama kena pemahaman. Tak boleh sebarang-sebarang main sukati jek nak laju-laju ajar.Tapi nak buat macam mana. Kalau tak habis ajar dan keluar exam. How? Mereka akan salahkan cikgu cikgi ni jugak sebab tak ajar.
Jadi, aku terpaksa ambil pendekatan lain. Tajuk core macam akidah, ibadat tuh aku ajar sampai 2 waktu pun takpe. Tak boleh tidak. Sebab budak-budak kene paham betul-betul.Macam akhlak dan adab tu, aku terpaksa bagi handout yang ada notes then minta dorang jawab soklan based on notes. At least masa nak jawab soklan tu, depa akan baca jugak note tuh kan? Hopefully macam tu la. Dah takde cara lain dah.
Motipppp cikgu gembira di sekolah??
Hahahaha. Hari jumaat takde kelas nyah.. Kecuali kene jaga kelas untuk amali solat. Itu yang muka gembira semacam sahaja.
Saturday, October 2
Cabaran.
sambung dalam entry lepas..
**matila saje buat entry bersambung-sambung sebab nak nampak post banyak..hahahahaha
Alaa..standard la kan..sebab kalau kat sekolah tu mengajar 1 jam, setengah jam pertama je student dengar sampai nganga-nganga mulut. Masuk setengah jam kedua masing-masing dah rengsa.Tengok kiri kanan ngalahkan ada duri bawah bontot masing-masing.So, aku pun apa lagi, terus buat aktiviti suka-suka dalam kelas macam teka teki, sape betul dapat gula-gula. Or buat kuiz siapa paling banyak betul dapat pen sebatang. At least student dapat memorize balik ape yang kita ajar kat depan tu. Lagipun apa salahnya sedeqah dekat budak-budak tu. Hehehe
Eh, kejap..yang aku punye panjang cerita pasal dalam kelas kenapa. Melencong sampai Uganda dah ni.
Sebenarnya nak cerita yang aku terkejut alamak terkedu, stune jadik batu kejap bila aku lapor diri kat sekolah tu. Actually before aku lapor diri tu pun aku dah call one of cikgu yang ada kat sekolah tu.Tanya siapa yang bersalin recently and she said it was Kak Jun . And i suddenly notice that Kak Jun ajar subjek agama. Aku pun positif je la pergi sekolah lapor diri tak nak fikir apa-apa dulu.
Bila aku sampai je sekolah lapor diri, akak dekat office sekolah pun dah recognize aku and terus jemput aku duduk. In a few minutes later aku jumpa dengan Pengetua, say Hi and all that. Then he ask me, can i teach subjek Agama which is make it easier for pentadbiran and other teachers because he don't want any new arrangement for new timetables. By the way, that school dah tukar timetables about 7 times since January 2010. So i can imagine betapa peningnya budak-budak sebab cikgu asyik bertukar for certain subject and boleh effect pada pembelajaran jugak sebenarnya. Huhu
Takut sebenarnya nak menerima tugas dan tanggungjwab ni. Bukan calang-calang subjek . Perlukan guru yang benar-benar arif agar cerah masa depan budak-budak ni. Tapi setelah mempertimbangkan masalah nak tukar jadual dan taknak menyusahkan orang lain then, i make a quick decision, "boleh tuan haji, InsyaAllah..saya akan cuba sehabis baik" and the rest is history.
So, bermulanya jalan baru dalam hidup aku. Kontrak adalah selama 2 bulan sampai cuti sekolah dan aku kene prepare student utk Final Year Exam. Mula-mula rasa cuak, takut tapi aku kuatkan semangat dan take it as a challenge. Sebelum mengajar memang aku buat background reading habis-habisan dan aku banyakkan bertanya pada Ustazah Mazlina. Kak Maz banyak tolong aku, guide aku, bagi semangat dekat aku. Alhamdulillah setakat ni tiada masalah. Cuma aku kene kejar syllabus yang ada sebelum peperiksaan yang tak sampai sebulan pun lagi .Semoga jalan ku di permudahkan oleh Allah. Amin....
Friday, October 1
Pendidik?
Yes , i am.
Currently aku bergelar pendidik.Dapat call on 21 Sept lebih kurang pukul 3 petang. Masa tuh aku tengah rilex-rilex layan FB , sambil tengok cerita Korea. Masa dapat call tu aku pelik jugak. eh. elaun yang before ni dah bayar. So, nak call ape lagi kan. Then the caller cakap die from PPD. Okay okay, terus betulkan suara.
........................................................................................
Ye cik, ade ape ye?
Kami nak tawarkan cik Equinox untuk menjadi guru ganti selama 2 bulan. cik nak tak? Cik dah bekerja ke sekarang?Cik berada di mana ye sekarang?
Err...nak jawab mana satu ye..(sempat buat2 lawak kiut)
Hehe..cik nak tak.
Jap ea..saya fikir jap.
Cik tak keje lagi kan?
Blom...blom ade rezeki.
Cik ada di mana tu?
Aaarrr..(fikir lagi..nak buat loyar buruk ke serius?Okay la serius.Karang kene maki sesia jek..) Saya ada kat mersing sekarang ni.
Okay, kalau macam tu takde masalah lah ye cik. esok cik lapor diri kat sekolah anjung. Surat saya hantar kemudian. Terima kasih cik ye. Semoga berjaya dan selamat datang ke dunia pendidikan. Assalamualaikum..Tuut..tuut..tuuut..
...................... Eh..aku ada cakap aku terima ke? Ah, kire boleh je la...yang penting aku ade keje. Sape nak bagi weh duit kalau dok saje2. Yeayy..esok sekolah!!!
then on 22 aku datang senyum-senyum lapor diri kat sekolah. Rezeki weh.
Subscribe to:
Posts (Atom)