sambung dalam entry lepas..
**matila saje buat entry bersambung-sambung sebab nak nampak post banyak..hahahahaha
Alaa..standard la kan..sebab kalau kat sekolah tu mengajar 1 jam, setengah jam pertama je student dengar sampai nganga-nganga mulut. Masuk setengah jam kedua masing-masing dah rengsa.Tengok kiri kanan ngalahkan ada duri bawah bontot masing-masing.So, aku pun apa lagi, terus buat aktiviti suka-suka dalam kelas macam teka teki, sape betul dapat gula-gula. Or buat kuiz siapa paling banyak betul dapat pen sebatang. At least student dapat memorize balik ape yang kita ajar kat depan tu. Lagipun apa salahnya sedeqah dekat budak-budak tu. Hehehe
Eh, kejap..yang aku punye panjang cerita pasal dalam kelas kenapa. Melencong sampai Uganda dah ni.
Sebenarnya nak cerita yang aku terkejut alamak terkedu, stune jadik batu kejap bila aku lapor diri kat sekolah tu. Actually before aku lapor diri tu pun aku dah call one of cikgu yang ada kat sekolah tu.Tanya siapa yang bersalin recently and she said it was Kak Jun . And i suddenly notice that Kak Jun ajar subjek agama. Aku pun positif je la pergi sekolah lapor diri tak nak fikir apa-apa dulu.
Bila aku sampai je sekolah lapor diri, akak dekat office sekolah pun dah recognize aku and terus jemput aku duduk. In a few minutes later aku jumpa dengan Pengetua, say Hi and all that. Then he ask me, can i teach subjek Agama which is make it easier for pentadbiran and other teachers because he don't want any new arrangement for new timetables. By the way, that school dah tukar timetables about 7 times since January 2010. So i can imagine betapa peningnya budak-budak sebab cikgu asyik bertukar for certain subject and boleh effect pada pembelajaran jugak sebenarnya. Huhu
Takut sebenarnya nak menerima tugas dan tanggungjwab ni. Bukan calang-calang subjek . Perlukan guru yang benar-benar arif agar cerah masa depan budak-budak ni. Tapi setelah mempertimbangkan masalah nak tukar jadual dan taknak menyusahkan orang lain then, i make a quick decision, "boleh tuan haji, InsyaAllah..saya akan cuba sehabis baik" and the rest is history.
So, bermulanya jalan baru dalam hidup aku. Kontrak adalah selama 2 bulan sampai cuti sekolah dan aku kene prepare student utk Final Year Exam. Mula-mula rasa cuak, takut tapi aku kuatkan semangat dan take it as a challenge. Sebelum mengajar memang aku buat background reading habis-habisan dan aku banyakkan bertanya pada Ustazah Mazlina. Kak Maz banyak tolong aku, guide aku, bagi semangat dekat aku. Alhamdulillah setakat ni tiada masalah. Cuma aku kene kejar syllabus yang ada sebelum peperiksaan yang tak sampai sebulan pun lagi .Semoga jalan ku di permudahkan oleh Allah. Amin....
No comments:
Post a Comment