Okay.
Sebelum aku lupa dan cerita jadi basi berkulat-kulat, baik aku cerita.
Aku menghadiri temuduga untuk SPS( Skim Perkhidmatan Singkat) Gred 41 dibawah Kementerian Pembangunan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Kejadian berlaku masa hari Selasa minggu lepas. Aku dapat panggilan masa hari Sabtu. Aci dia telefon hari Sabtu. Aku ada dengar cerita dari kalangan yang datang temuduga tu la. Dia kata memang sengaja dorang telefon hari Sabtu sebab hari Sabtu kan biasanya orang sibuk dan calon-calon yang dorang telefon kalau tak angkat, kira burn la interview la. Hehe . Sebab tu salah satu cara dorang nak cut down the numbers of applicant. Pandai jugak dorang ni.
Masa aku dapat call tu, aku tengah makan kat kebun. Cuba tengok sini.
Cepat-cepat aku basuh tangan then angkat call. Time tu jugak dia suruh catat maklumat. Aku main tulis je atas suratkhabar yang buat alas makan tu. Lepastu aku koyak je bahagian yang aku tulis tu. Hahaha Punya la tak bersedia.
Dan-dan tu jugak abah decide nak balik hari Ahad so that aku boleh beli tiket dan naik bas hari Isnin.
Aku berjaya beli tiket bas hari Isnin, pukul 12 tengah hari. Macam biasa la, aku naik Transnasional. Bas dari Mersing ke KL memang akan lalu Pahan, N9 then baru KL. Tapi kali ni aku naik laluan dia pelik sikit. Selalu bas akan lalu Seremban then naik Highway kat Seremban. Kali ni bas lalu Lekas, then Turun Kajang. Pastu naik balik Highway Kajang Silk, pastu keluar tol tu masuk pulak Plus Highway. Lalu Serdang, then Tol Sg. Besi pastu baru sampai KL. Perjalanan macam biasa jugak, 6 jam. Takde pulak bila lalu tempat lain tu masa perjalanan dipendekkkan. Haih. Macam biasa la, naik kematu punggung duduk dalam bas lama-lama. Haish...
Sebelum aku pi KL tu aku pun tak decide nak dok mana. Aku cakap dengan MKH pasal interview tu. Dia kata nak tolong aku. Aku macam dah..."haih..asyik susahkan dia je.Kerja tak dapat-dapat jugak. Huhu" . Aku ingat masa tu nak duk dengan angah je. Tapi nanti macam susah la pulak kalau aku kene naik public transport.Sebab dari tempat angah memang susah nak dapatkan Public Transport kan. So, aku cakap dengan ummi siap-siap aku nak tumpang rumah dia. In case MKH ada hal /problem masa aku nak pi interview tu aku ade alternatif lain naik Public Transport. hehehe Tapi whatever pun tu suma rancangan dalam otak je sebab aku memang tak plan dan tak ready langsung untuk pergi sendiri. Kira senang cerita sebenarnya aku memang mengharapkan MKH 100% la. Hmm...Terukkan aku?? -____-"
Masa sampai je Bukit Jalil, MKH ambil aku dengan kawan dia. Aku macam segan-segan la sikit. Menyusahkan member tu je. Lagi buat aku rasa bersalah bila MKH cakap yang member tu tak pi amek awek dia pun sebab nak amek aku kat Bukit Jalil. See...aku selalu je menyusahkan MKH. Bila dah susahkan MKH, aku mesti susahkan kawan-kawan dia jugak. Huhuhu
p/s: aku sambung cerita dia nanti. Karang kalau entry cicah lantai, larat ke nak baca? muehehe
2 comments:
haish...
die ni kan...
mne ade ssh la syg...
ghuuu...
kawan sye pown x kisah...
gheee...
tetap rasa bersalah..-___-"
Post a Comment