weh! aku pernah marah-marah tak?
kali ni aku tak peduli.aku nak cakap je semua. penat kot aku pendam.
aku nak duit aku balik la weh. aku tahu la ko takle nak bayar sampai abes pun. tapi aku dah considerate sangat dah. tapi please laaa...ko tu paham tak problem orang?? lain kali...tolong ingat sikit. Bile dah dapat je duit. Benda pertama sekali ko kena buat adalah bayar hutang orang!! paham? bukan spend kat benda lain. aku tak peduli la ko nak belikan orang ape-ape pun. thats not my business! cakap nak bayar. aku ni tunggu la macam orang bodoh. sibuk dok tanya ko bile nak bayar. once ko text aku cakap ko nak bayar...aku dah rancang dalam pale otak aku amende aku nak buat dengan duit tuh. aku bukannye keje cop duit setiap masa.
kalau pun bukan in hurry aku nak duit tu. aku pegang pada janji. ko dah cakap nak bayar. sila bayar. perlu aku cerita hal aku nak pakai duit. nak bayar duit sewa rumah, bil api air, tenet, phone, tambang segala?? perlu ke cerita??? aku bukan mintak duit ko!! aku mintak duit aku.
hah. puas ati aku. dah..biar aku calm down. aku nak pi buat milo. sekian
No comments:
Post a Comment