Thursday, July 14

Rupa=X factor

Eh, betul ke rupa tu sebenarnye X factor dalam go.men service? Ni bukan aku saja-saja nak cakap. Tapi banyak benda dah berlaku depan mata aku yang aku nampak. Memang rupa tu adalah the crucial part untuk kau being selected. Tak macam private. Your effort, strength and absolutely your 'brain' was needed and your look maybe not the utmost important. Unless you keje customer service kan. Hehehehe.

Why i said this?

Kejadian 1

Pada satu pagi yang hening, kelihatan seorang gadis mendaki tangga menuju ke tingkat 4 sebuah bangunan go.men. Bangunan itu adalah HR bagi sebuah kemen.terian. Gadis merupakan pelajar sebuah universiti yang memohon untuk melakukan latihan industri di kemen.terian tersebut. Bidang yang dipohon adalah dibawah Unit komunikasi korporat kerana pelajar merupakan pelajar di bidang tersebut.

Pelajar berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab. Tetapi, pegawai tiada kerana bertugas diluar kawasan. Staff memproses permohonan sambil menambahkan note buat pegawai sekembalinya beliau dari bertugas. 

"pelajar ini cantik.Bak model.Tinggi lampai.Berkulit putih. Sila lihat gambar dalam resume. Malangnya die minat untuk berpraktikal di UKK bukan Bahagian kita."

Balas pegawai. "Ahh, tak kira. Kita mesti letakkan die ditempat kita. Tak perlu sebarang tapisan. Tak perlu lihat resume dan kelayakan sebagainya. Telefon sekarang. Kata permohonan diterima dan minta lapor diri pada tarikh yang dimohon."

Staff menurut arahan. Balasan dari pelajar adalah negatif. Pelajar dinasihatkan oleh pensyarah sendiri untuk menolak permohonan sekiranya tawaran tidak selari dengan bidang pelajaran.

Pegawai menggigit jari. Mengarahkan permohonan ke Unit yang sepatutnya dipanjangkan dengan nada yang kecewa dan marah. Berharap akan ada lagi yang secantik pelajar memohon untuk Latihan Industri.

Di dalam fail ada sejumlah surat pelajar yang memohon untuk Latihan Industri di bahagian tersebut. Tapi kerana tiada rupa paras menarik persis model. Permohonan dihantar ke cawangan-cawangan lain.

Betul atau tidak. Rupa paras adalah penting.Bagaimana yang tiada rupa paras menarik tapi berkebolehan, berwibawa dan bervisi besar? Sila back off. Tiada tempat buat anda di HR kemente.rian tersebut.

Kejadian 2

Dia adalah seorang pelajar praktikal di Bahagian tersebut. Latihannya bakal tamat dalam masa sebulan lagi. Dia agak cantik. Kurus dan bermekap. Bergaya dan pandai memainkan peranan apabila berhadapan dengan berlainan gender. Tidak ringan tulang tapi rupa paras dan presenting of PR menutup segala cacat cela. Menggunakan konsep 'im try to entertain you as you pleased and like'.

Sebelum latihan praktikal tamat ditawarkan untuk menjawat jawatan yang menajadi buruan semua penganggur. Tanpa sebarang tapisan, temuduga dan permohonan. Ditawarkan secara lisan dan jawatan khas untuk dia diwujudkan. Tawaran dibuat oleh Big boss. No one can object this order.

People out there send their application. Photocopy their qualification cert and all that. Send their application. Finally, the letter were send to waste basket. No person in charge will look for their application. Alasan?
Tarikh dah tamat. Tak perlu tengok application lagi.

Adil atau tidak terpulang untuk anda menilainya. Saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan. Anda baca, anda simpulkan. Tidak perlu provokasi. Ini cuma pandangan seorang pekerja biasa yang bertaraf kontrak. Tiada jaminan diterima masuk bekerja secara tetap.

Jika ada yang membaca menuduh saya iri hati dengan kecantikan orang lain dan mengharapkan saya mendapat layanan sebegitu juga. Silakan. Itu hak anda. Tapi sila baca semula tajuk di atas.


Tidak ada rupa.




Wednesday, July 13

Demam drive.

Selalu aku bawak kereta kat KL ni masa kereta dah tak banyak.Maksudnya, sama ada aku bawak masa hari minggu yang sangat pagi atau aku bawak masa dah tengah malam. Aku nak bawak masa peak hour?? takde la...

Nak dijadikan cerita, aku bertekad nak bawak time peak hour. So, aku decide nak bawak kereta waktu orang lepas balik kerja. Masa mula-mula aku start kereta tu aku dah start berdebar-debar. Rasa macam nak tercabut jantung lepas tu jantung tu bole pulak jatuh bergolek-golek. Mula-mula aku nak ikut mahameru. Wahh!! laju je aku rasa. Tapi bila dah start masuk highway aku dah blur. Aku nak masuk ke jalan yang sebelah sana. tapi takkan aku nak lompat kan kereta pulak. Aku try cari cara camne nak keluar dari jalan tu. Aku dah nampak jalan duta. Sekali aku blur kat bulatan. Aku tak taw cmne nak kuar dari bulatan tu nak ke Jalan Kuching. Last-last aku sesat sampai bulatan Segambut.

Kat bulatan Segambut pulak aku lagi sekali salah masuk jalan. Aku dah sesat sampai ke Jalan Ipoh. Aku buat U-turn balik sebab nak masuk ke Bulatan Pahang. Okay masa dekat Bulatan Pahang punye la jam. Aku sukati je berani kan diri aku masuk ke jalan tu. Kalau MKH takde kat sebelah, aku rasa aku berenti kat mana-mana tak nak gerak kot...

Masa masuk balik ke bulatan pahang tu aku dah blur. Nak pi mana ni. MKH kata ikot kereta hitam tu. Aku pun ikut la kereta hitam tu. Sekali kereta hitam yang dia maksudkan adalah lain dengan kereta hitam yang aku nampak. Aku terus je follow kereta hitam tu. Dan...taraaa...aku pi masuk jalan sebelah General Hospital which is akan menuju ke Chow Kit Batu Road yang amat jammed di waktu-waktu sebegitu. Masa aku salah je masuk jalan tu, MKH terus bengang. Aku dah diam je. Aku tahu salah aku. Dah tentu la awal-awal tu aku cakap aku nak masuk jalan depan Titiwangsa tu. Tapi aku dah ke lain. Mane tak bengang nye orang tu. Aku terus buat uturn dekat jalan nak masuk chow kit. Masa buat uturn tu aku diam je. Tapi aku dah start rasa useless. Kepala otak aku dah fikir macam-macam. Macam mana la adik-adik aku yang ada kat Nilai, kat Melaka tu nak harapkan aku.Kalau macam ni la gayanya aku bawak kereta. Simple direction pun aku takle nak ikot.

Bila aku dah start fikir macam-macam tu, terus aku sebak. Mata dah berair. MKH pulak elok tanya aku, awak ok tak ni. Terus la aku banjir masa tu. Teresak-esak aku nanges. Aku tak salahkan MKH. Salah aku jugak. Dah tahu sebenarnye nak masuk mana tapi aku dok ikot jugak jalan lain. Gelabah punye pasal. Aku pun tak tahu kemana-mana aku jalan. Lepas je lepas dari uturn tu aku terus dapat jalan. Lagi sekali aku naik flyover tapi last-last aku turun jugak nak masuk kiri ke pwtc. Dari pwtc tu aku dah ingat jalan nak ke opis. Tapi aku takut nak lalu dalam kampus tu.Kalau lalu dalam campus tu memang short cut betul la jalan aku kan. Aku ikut jalan yang belok-belok. Tapi akhirnya aku sampai jugak. Then aku balik ikut mahameru. Balik memang la senang. Cuma nak pergi tu, aku selalu keliru.

Pastu MKH suruh aku round lagi sekali ikot jalan nak pi ke opis. Bagi confirm betul-betul. Aku keluar ke jalan genting-klang. Aku nak cross tu aku memang cuak. Dari paling kiri jalan nak ke kanan jalan. Pastu dekat lak tu jaraknya. Aku memang gelabah dah. MKH dok sebelah diam je. Bagi aku buat cara aku. Bile aku buat cara aku. Hamek kau!! lagi sikit nak tercium dengan wira. Kene hon panjang la.Aku diam je la. Tak tertekan minyak laju2 ke apa. Nasib baik jugak aku lepas. Then aku ikut jalan yang aku lalu tu lagi sekali. Ada la dalam 10 ke 15 minit perjalanan. Aku rasa lega. Balik tu okay. Aku dah boleh bercakap-cakap masa memandu tu. Then aku balik ke tempat parking. Masa parking lagi satu hal .Sukati aku je nak pusing-pusing stereng. Padahal dah betul dah kedudukan kereta aku tu. Aku pi tengok lori yang senget sebelah. Memang le senget sampai kesudah kann..

Sampai je, aku terus rasa nak termuntah. Lepastu rasa  demam segala. Badan aku dah sejuk-sejuk.Tapi bile rasa panas je membahang. Kepala aku dah denyut kuat sangat. Aku cakap dengan MKH aku tak larat. Nak sampai bilik cepat, nak baring, nak tido nak makan ubat. Aku sampai je rumah, aku salam MKH sume, aku terus duduk sejukkan badan. Dah rasa okay sket aku mandi. Aku makan epal sebijik, makan panadol, then aku tido. Rasanya masa tu pukul 8 lebih kot. Phewww...

First time bawak time jammed gile. Tak ke rasa nak tergelak sebab aku bolek sampai demam sebab bawak kereta???



ohh..tolong la weh..camne aku nak bawak sampai KL nu?



Saturday, July 9

Sesak napas.

Adakah tanpa cinta kita boleh mati? Aku kadang-kadang terfikir jugak pasal benda ni. Kalau takde pasangan serta merta kau tak boleh bernafas? Boleh je kannn? Cuma mungkin kau akan rasa sesak napas sikit la.

~First sebab selalu hari-hari kau boleh zikir nama pasangan kau. Tiba-tiba pasangan kau buat hal. Contohnya ada awek lain padahal kau dengan dia dah macam laki bini. Mesti kau menggelabah katak. Sampai kau rasa nak bunuh diri. Sebab kau dah takde orang kau boleh anggap macam laki atau bini tu. Karang sape pulak yang nak bagi persembahan lion dance depan kau. Dah takde  maka terpaksa lah kau jadi lion in the desert. huahuahua

~Second, kalau selama ni kau ada tempat bergantung, :: kat sini aku tak nak restrict kan sama ada laki atau bini ::  Tetibe, kau dah takde orang nak support kau. Selama ni ada orang yang tolong topap kalau kau takde duit nak bergayut. Kalau dah takde orang yang kau gantung macam monyet tu, of course la kau akan panas bontot. Karang sape pulak yang nak topap kalau tiba-tiba kau takde kredit ni karang. Pulak tu pakai kereta. Mesti la tanak kalah kan. Sape pulak yang nak penuhkan tangki minyak. Takkan nak tuang air kot. Kot-kot la kau genius tahap petala langit ketujuh boleh setting kat enjin kereta kau jalan pakai air.

~Third, selama ni kau boleh nak tayang kat pesbok yang kau ada laki / bini. Love u Bebeh la...segala bagai. Kalau boleh kau nak buat vlog semata-mata kau nak cakap." Ko kentut bau bangkai" dan secara tiba-tiba kau teringat moment-moment kau dengan dia masa die tercium bau kentut kau tu masa dating. Kalau boleh satu dunia kau nak bagi tahu. Itu pun nasib baik mak dengan ayah kau takde pesbok. Kalau ada, kau mesti post status yang berbunyi alim-alim kucing gitu. Siap letak hadith. Kalau boleh, terjemahan firman Allah pun kau nak post. Mengaburi konon. Eh, tak payah mengaburi pun aku rasa. Kau setting je la...block sekian-sekian nama. Haa..senang!! Kira bodoh kan je la orang yang ada dalam friend list kau tu. :)


~Fourth, kalau selalu kau sakit , ada orang ambil berat. Kalau boleh hujan setitik pun tak boleh kena. Kalau kau kena hujan setitik , kejap je kau rasa macam nak demam .Lepas tu pulak demam kau tu boleh bawak ke mati. Almaklumlah, kalau boleh segala penyakit dalam dunia ni ada kat badan kau. Maka, pasangan kau pun bila dengar je kau merengek-rengek mengadu , cepat-cepat dia hantar bom. Bom kan awan yang menyebabkan kau kena hujan tu.Kalau tak boleh. dia usung kau sambil picit-picit badan kau. Ye la..kau tak boleh kena hujan setitik pun. Kalau kena je, memang lumpuh la badan kau.


Eh, tadi aku rasa macam banyak je idea aku. Tetibe aku boleh bagi 4 je. Agak-agak korang la kan. Kenapa agaknya ada orang sanggup mati sebab cinta?

Ke dia sebenarnya sesak napas macam yang aku tulis tadi tu. Bila dia sesak napas yang terlalu lama, maka secara perlahan-lahan sistem pernafasan dia terhenti. Itu yang sebab kan dia mati sebab cinta. Hmm, boleh pakai jugak teori aku ni kan? hahaha

Friday, July 8

thought ver1

I am a reader
I wonder how the books were writing
I hear giggles
I see comics
I want to giggle too
I am a reader

I pretend i am one of the character
I feel adventorous
I touch the emotion
I worry I cannot handle it 
I cry to go back to reality
I am a reader

Thursday, July 7

boleh masuk kategori 'dilupuskan'

Blog ni aku rasa dah boleh masuk kategori boleh diupuskan je. Berbulan-bulan aku tak update. Bukan aku tak nak update..(ayat biasa / alasan-alasan biasa kalau tak update blog) tapi ..

1. internet macam siput sedut kat rumah aku kan sen.tul tu..aku pun tak tahu kenapa. Padahal nak ikutkan rumah aku mengadap tempat yang lapang. Patut lagi senang la kan nak dapat line. Ni tidak. kejap ada, kejap idle. Line mesti congested.
2. tak elok update blog kat office.Takde la cakap aku ni skema, berintegriti ke. Kadang-kadang tu, bila takde keje, langsung takde. Bila ada keje....nak tarik napas pun tak sempat. Tu yang tak dapat meluangkan masa. ;)
3. idea ada...tapi ada sesetengah benda yang aku nak cerita tu aku rasa macam sulit kot. Tu yang aku tak berani nak kogsi cerita kat sini. Tapi hati aku membuak-buak nak cerita. Kekangan dari pelbagai sudut. Membantutkan hasrat dan niat murni aku. Penghabisannya, tak cerita.
4. aku dah ada tempat atau lebih spesifik lagi, telinga yang dapat aku luahkan segala cerita, kisah-kisah sedih, gembira, pencapaian aku, masalah aku.. Walau kadang-kadang aku kene marah balik sebab cerita yang bukan-bukan. Eh??? hahahahahaha -sayang, jangan maraahh aa...

itu lah antara sebab kenapa aku  tak update. agak-agak boleh dimaafkan tak?