Blog ni aku rasa dah boleh masuk kategori boleh diupuskan je. Berbulan-bulan aku tak update. Bukan aku tak nak update..(ayat biasa / alasan-alasan biasa kalau tak update blog) tapi ..
1. internet macam siput sedut kat rumah aku kan sen.tul tu..aku pun tak tahu kenapa. Padahal nak ikutkan rumah aku mengadap tempat yang lapang. Patut lagi senang la kan nak dapat line. Ni tidak. kejap ada, kejap idle. Line mesti congested.
2. tak elok update blog kat office.Takde la cakap aku ni skema, berintegriti ke. Kadang-kadang tu, bila takde keje, langsung takde. Bila ada keje....nak tarik napas pun tak sempat. Tu yang tak dapat meluangkan masa. ;)
3. idea ada...tapi ada sesetengah benda yang aku nak cerita tu aku rasa macam sulit kot. Tu yang aku tak berani nak kogsi cerita kat sini. Tapi hati aku membuak-buak nak cerita. Kekangan dari pelbagai sudut. Membantutkan hasrat dan niat murni aku. Penghabisannya, tak cerita.
4. aku dah ada tempat atau lebih spesifik lagi, telinga yang dapat aku luahkan segala cerita, kisah-kisah sedih, gembira, pencapaian aku, masalah aku.. Walau kadang-kadang aku kene marah balik sebab cerita yang bukan-bukan. Eh??? hahahahahaha -sayang, jangan maraahh aa...
itu lah antara sebab kenapa aku tak update. agak-agak boleh dimaafkan tak?
No comments:
Post a Comment