Thursday, July 12

damn!!!


aku benci masa lalu aku..

aku nak putarkan masa supaya aku tak perlu rasa pedih mcm sekarang.

satu ayat yang boleh membuatkan aku benci diri aku sampai bila2.

terima kasih tolong ingatkan saya.

saya akan sentiasa ingat hari ni sampai bila2.

terima kasih sekali lagi.

Posted via Blogaway

Monday, June 18

Bukan untuk ku

Ewah, tajuk tak boleh blah kan?

Takde apa sangat pun. Cuma nak cakap aku tak dapat untuk 2nd stage inter view em qiu aa tuh. Lepastu exam pitido pun tak lepas jugak. hik3.

Emm, dah agak dah kot. Sebab, aku biasa buat admin walaupun aku ada IT punye degree. Then nak lompat balik masuk IT punya line. Memang susah la. Their point nak cari orang pun untuk buat kerja. Bukan untuk train. So, yang tak tertrain macam saya ni, sila nyah dari sini. Giteww. Mengetahui nasib diri awal-awal.hahahaha

Untuk exam pitido tu pun sama je. Tapi peduli ape hakak. Hakak tetap tulis situ nak jadi pitido. * matila dah kertu nanti takde sape nak amek. Hahahaha.

kesimpulan cerita ni. kira berapa banyak kali aku gelak.

cepatla kawen. nak dok umah jaga anak. boleh cecita mcam tu?

Wednesday, May 23

intebiu emm q a part2

Bukan ape sampai ada 2 part(mengade jek sampai 2 part kan,kan kan).Semalam tu tulis masa ade orang block cik bibah kat parking. Sondol karang. heii..pandai-pandai je nak block2 cik bibah. cik bibah marah taw!!

Okay sambung. Semalam tu lepas perkenalkan diri kan. Soklan seterusnya dia tanya, if kita dah siapkan satu2 sistem tu, nak hands over to customer. How we want to convince them that system dah realiable, robust and good. Camtu la lebih kurang. Dia tanya dalam BM. So terpulang nak jawab in BM or BI. Sebab panel tu ada cakap kalau jawab in BI ada markah lebih sikit. Saya? rojak2 la. Sebab biasala technical term takkan awak nak bantai cakap BM? Masa tu awak takkan terfikir punye nak jawab laman sesawang, pemacu keras, pelayan, gelintar web segala. Awak akan kuar dengan common terms like user, developer, phase2, and so on. Expect je la panel2 dalam tu semua expert in IT. Kalau rasa macam technical sangat penerangan awak  tu awak explain a bit more gune inlay term la. Bagi analogi yang mudah. Ni saya nampak dekat salah sorang candidate. Dia memang dah ada Master in IT. Saya tak pasti Uni mana.Tapi penerangan dia nampak meyakinkan. Saya pun tak tahu penerangan saya macam mana. Memang takde ciri-ciri penerangan yang baik la. Main bantai cakap yang mana terlintas dekat kepala.

Oh ye, masa ni dia more to discussion in the group. Please show ur respect to other eventhough awak banyak sangat point nak cakap. Andd..masa nak bagi peluang dekat orang lain, uolls buat la such pergerakan like hint supaya the other group members to give a point also. So that panel akan nampak yang uolls takde la nak caras orang je kejenya. Like dalam meeting, we try to give others chance to spill up their ideas. When they finish je, uolls give such a bit pergerakan like a hint to others that awak nak cakap jugak. So others will stop and give u the chance to explain. Sebab yang kita nak tonjolkan kat sini, how u respect others opinion and at the same time u have the good point too. Dia bagi masa tak lama. Lebih kurang 20 minit untuk kembangkan soalan tu untuk come up with the solution and new idea. Bila uolls rasa dah lama sangat dengan solution, uolls try la jadi person yang cuba change the scenario. Keluarkan idea atau pun apa sahaja inovasi yang uolls terfikir time tuh. This 20 minutes sangat precious. Sebab ada 7 orang dan bincang 1 soalan dalam masa 20 minit. Mesti ada yang tak dapat bagi idea pun time nih.

Lastly, dia tanya soalan, language ape guna. Platform apa. Masa ni uolls berterus terang je la. Kalau pernah guna PHP cakaplah. Then give urself a range ability to use that language. Kalau uolls ada guna opensource cakap je la. Sebab one of the candidate macam malu-malu nak cakap yang dia develop system guna opensource but it turns to good point for her sbb the panel nak tahu more about opensource yang dia guna. Ade sorang candidate tu...dia pernah jadi Site Project Manager, so dia cakap, die experience with oracle..(wow!) and linux server. (**kuis resume sendiri letak tepi). Hahahahaha

After that dia tanya, ada apa-apa soalan then tanya la apa yang patut. Mungkin dia nampak saya macam rebel sket kot. Dia tanya sambil point kan dekat saya. *hamboiii. Saya terkedu sengih-sengih sebab tak tahu nak tanya apa. Jangan ye anak-anak. Kalau boleh tanya je la carrer development kat agensi tu macam mana. How far we will involve with the system kalau dapat position tuh. Masa ni ramai la yang tanya. Jawatan tetap ke tak, penempatan kat mana and so on. Dia jawab cepat-cepat macam malas nak layan. Hahahahaha.

Lastly, cakap terima kasih dan keluar. Gituu je pengalaman saya. hahaha. Simple kan? Saya tak tahu la kalau tempat lain cam mana. Respon saya terhadap interview ni. Tak dapat kot. Sebab banyak candidate lain yang lebih ada big potential.Lagipun post dia ada 1 tempat je. 5 lagi yang lain sementara. Ada satu candidate tu PiTiDi dekat KPT. Of course la dia ada orang dalam...ehh..bukan ada orang dalam. Memang dia pun orang dalam nya. Hahahaha. Em Qi A ni one of the agencies bawah KPT ye anak-anak. Pulak tu, that PiTiDi memang pegawai yang control perjawatan dekat agensi. (Macam kelakar pulak.)

Okay tu je. Nanti update lain. Mood blog dah lama lari. Sedeyy~~~

Tuesday, May 22

intebiu Em Q A ptm

Tadi baru pas intebiu. Meh saya cite camne intebiu dia.

First, datang die suruh daftar dulu. Masa daftar tu diq susun meja kat depan dan sorang2 kene pi depan serahkan sijil semua. Masa ni kalau sape2 tak susun ikut dalam surat panggilan intebiu tu leceh sket la. Bukan apa, die mmg akan cek satu2 especially keputusan spm, stpm dan pointer grad. Kalau kite tipu2 masa isi borang online menjawab la time tuh. Masa ni jugak dorang akan cek salinan sijil2 tu dan misti disahkan.. Nanti dia tanya kalau x sahkan. Sambil tu dia tanda ape tah. Saya nampak semua proses sebab saya dok depan sekali. Haha **semangattaw.

Second, lps abes cek2, die akan bg satu simple test. Banyak tanya pasal database. Contoh sdlc, die bagi table dan ad query. So pilih jawapan select query tuh. Tak susah. Simple tapi memang kne taw. Kalau tak memang tak tahu nak bulat ape. Ade subjektif ngn objektif. Yang subjektif tu pasal sldc tu. Terangkan la sket2.

Third, dah habis tu die akan bgi ikot group..satu group ade 7 orang. Die panggil masuk sekali semua 7 orang tu. Dalam tu dia tak akan point sorang2 masa nak jawab. Terpulang sapa nak start or mulakan. Mule2 dia suruh duduk. Terpulang la nak dok mana2. Then, dah ready semua, dia mintak perkenalkan diri. Ni soalan die tujukan kat semua taw. So, kene la amek step tersendiri utk kenalkan diri. Disebabkan ramai, fokus dekat background keje. Takyah cte dok mana sume sebab sume tuh ada dalam borang depan mata panel. Oh, by the way ada 5 panel semua. 2 lelaki dan 3 perempuan. Sorang tu maybe KP kot. Patutnya before masuk tu please ringankan mulut tanya urusetia ada dato' ke datin dlm tu. So, kite akan alert utk address org tu berdasarkan pangkat. Bukan apa, berdasarkan pengalaman this people yg ada title will be proud if u entitled them with their title. Bukan senang ye this people nak dapat title sbb diorang bukan bisnesman yg ada untung juta2. So they need to achieve something yang impressive or really great achievement for their organization to earn that title. Get what i mean?

Err, orang dah kuarkan kete. Saya balik dulu. Nanti sambung lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 4

Cekodok sotong

Aku namakan bende alah ni cekodok sotong sebab seriously die goreng sotong ni pakai tepung buat cekodok tuh.


Tahu harga sepinggan macam ni berapa? Harga dia adalah 5 hinggit uolls. Masa ni aku macam teringin gila-gila nak makan sotong goreng tepung. Almaklumlah baru lepas dapat makan yang dekat Bagan Lalang, terus rasa jaki nak kan sotong goreng tepung ni bila makan kat luar.


Masa tengok menu kedai ni ad tulis sotong terus aku sengih macam squidward dkt MKH nakkan sotong ni.MKH cakap,nak try orderla. Kalau okay kita makan sini lagi.Aku pun apa lagi..pucuk dicita ulam.mendatang..laju-laju order one set yang rege 5 hinggit. Sambil tu sempat cakap dengan MKH,'awak, kalau tak cukup saya nak lagi one set taw. ' Punye la tamak. Sebab aku fikir okay. Sekali...sampai je sotong ni kat meja aku terus aku rasa nak hantuk-hantuk pala kat dinding. Ni sotong ke apa??  Apesal macam cekodok pisang je aku tengok.


Haih!! Kemon la..kedai kemain gah lagi aku tengok. Tapi ni je sotong goreng tepung yang kau boleh bagi? Dalam menu tu lain pulak gambar aku tengok bila dah sampai berbeza gila!! Memang masa sampai tu terus spoil mood aku. Aku cakap dengan MKH, ni last kite makan sini. Lepas ni toksahla. Buat sakit hati je. MKH gelak-gelak tengok aku. Haih..sabar je la.


Aku memang tobat la nak makan kat kedai ni lagi. Kalau nak makan baiklah pergi tempat lain. Dari segi presentation tempat memang dah okay la. Tapi kalau macam ni la makanan yang di sediakan, aku tak rasa nak datang lagi.


Lepas dari kejadian tu, aku memang lalu je la depan kedai ni. Takde singgah-singgah der..takde rasa langsung nak cuba menu lain..terus aku tawar hati. Heh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 2

Turun naik kehidupan


Ada masanya secara tiba-tiba kita akan rasa mcm ada something yang tak kena dengan kehidupan kita. Pada waktu ini kita akan rasa dan pandang kehidupan orang lain begitu sempurna pada mata kita. Kita akan rasa kita lah yang paling loser sekali. There's nothing much about our life. No colours. Its just plain and straight with the same routine every single day.

Somehow im the one yang feel like that. Theres no achievement that i can proud of. Be in the comfort zone. Thats the place that i want to be sit. Among of my uni friends, i feel that im the worst. School? Im out from the list. Lol..

What is the heck that im doing right now? I dont know. Seriously. Try to get back to the right path. No nerve. Thats me!!

Oo Allah please embrace me with ur hidayah, ur guide. Lead me with the right path. Ameen.

Posted via Blogaway

Tuesday, March 27

Tika ini

serasa ada yang tidak kena
semangat yang datang kadang-kadang menjunam tiba-tiba.
sedang elok menganyam impian datang ujian yang tanpa diduga  meresahkan seluruh jiwa.
andai dapat ku tetap kan pendirian ku
tidak perlu aku terluka begini
menyendiri sedih dan sepi
kata-kata yang disalah erti
mengundang bahana yang tidak terjangka
laksana pungguk yang memuja sang bulan.
tidak kesampaian hajat di hati
harapan tanpa penyampaian
tidak akan dapat dikesan
ini bukan permainan teka teki
yang perlu difahami oleh insan lain
hanya dengan perkataan
segala yang terpendam dapat diakhiri.

Sunday, February 26

Rumah


Korang boleh bayangkan x duduk dgn orang yg mmg xnak brkms lgsung?? Kalau lelaki boleh thn lg..ni perempuan der..

Sanggup tu cover habuk dgn sorokkan bwh karpet. Huiii...ni mcm mana ni?

Kalau dah guna sumtin utk msk,mmg xkemas la lepas guna tuh. Main lambak je dalam sinki. Aku ni pulak yang tak sanggup tengok bende tu berkulat pun basuh la perlahan2.. Kulit aku sampai mengelupas pun takpe. Yang penting aku tengok sink tu clear.

Tapi kalau sekali dua boleh tahan lagi. Ni banyak kali. Aku kalau sekali dua tuh boleh la tahan lagi. Kalau dah banyak kali macamkan kau sengaja je...ape kau ingat aku ni maid kau??

Ni pomps menumpang tu ada lagi. Takpe..aku biarkan dulu. Nanti pomps tuh dah takde..tahu la apa aku nak buat. Kau jangan nak melampau sangat la Jen1. Kau mampooo ada nick macam plate kete?? Hahahaha

Posted via Blogaway

Wednesday, February 15

Menyesal.

Menyesal ku akui...ceh cehh..teringat pulak lirik lagu.

Hari ni cuma nak cerita kan sedikit kekesalan yang ada terguris kat hati aku.

Dulu sebelum kau di panggil ke sini. Orang-orang besar tu tanya aku.
Eh- eh..kamu dulu kenal dia kan? Kamu tahu kan dia macam mana? Kalau saya nak ambil dia untuk tempat saya macam mana?

Aku dengan senang dan ikhlas hati menjawab.
Ya. Dia yang paling bagus dalam hal-hal kerja ni. Kamu, orang-orang besar akan rugi kalau tak ambil dia. Aku jual kau sungguh-sungguh.Supaya kau tak perlu berhadapan dengan segala macam rencam masalah di tempat lama kau.

Nampaknya apa yang aku buat memakan diri aku balik. Terus terang aku cakap. Aku menyesal. Kadangkala aku terfikir. Alangkah bagusnya kalau aku biarkan soalan orang-orang besar itu tidak terjawab. Dan kau kekal di tempat lama.

Terima kasih untuk segalanya. Aku selesa begini. Aku lega dapat meluahkan apa yang aku rasa.

Monday, January 23

pagi dungce dungce

Heheiii...hello peeps. Good morning y'all. Howya doin? Cecehhh..nak speakong nmpk..Xmemasal kan pg2 ni...hihihi


Sekarang ni aku ada kat rumah parents. Seronok y'all. Kih3 Dok kat rumah ni asyikla makan tak sudah2. Pagi aku makan. Tengah hari opkos la makan mesti bertambah la punye. Padahal lauk masa tu biasa-biasa je. Ikan masin,lauk soon ngn telur sambal. Huhu.macam mana ni.. Berat makin bertambah?


Hari tu aku ada beli baju baru. Kain sari warna oren. Cantik sangat baju tu. Aku suke. Baju tu aku beli sebab nak match kan dengan tudung  oren yang aku tersalah beli tapi malangnya tinggal saiz ss je. Tengok kan pada design baju kurung tu jenis baju kurung pahang. Mungkin saiz ss ni muat2 je pada badan aku. Aku pun beli la tanpa fitting baju tuh. Masa dah balik rumah, aku pun try la sarung baju tuh. Sekali amek kau!!! Memang la muat tapi aku tak selesa nak pakai. Adoii... Geram btol aku. Aku kena tuunkan jugak berat yang dah melampau2 tu. Bmi aku memang dah out la. Dahtu takkan aku kene

tukar semua saiz baju aku jadi L pulak lepas ni? Huhu. Nanges banyak kali pun tak guna kalau taknak usaha turunkan berat badan. Huk3


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20

Akhir ini

Sejak akhir-akhir ni aku selalu marah-marah. Benda kecik pun aku terus rasa nak naik angin. Yang selalu jadi mangsanya of course la MKH. Kena layankan kepala angin aku. Kadang-kadang benda yang jadi penyebab tu kecik sangat.

Contoh macam mesej. Dia mesej cakap baju dah basuh. Okay. Aku paham. Lepas tu lama sikit aku pun call. Borak-borak hal lain. Tetibe aku cakap. Baju dah basuh kan? Dia kata belum lagi. Ni dalam mesin lagi. Aku terus je cakap. Tadi kata dah basuh? Ni kejap cakap lain..ape ni? Aku membebel-bebel la tak tahu butir bicara. Lepas tu start aku rasa tak puas hati. Rasa macam dia cakap tadi tu tipu aku. Ye la. Saje cari point nak marah. Pastu cakap-cakap lebih kurang, aku dah start tarik muka. Malas nak layan cakap lagi. <---Merajuk la tuh! Ceihh! -___-" . Lepas je letak telefon, aku terus carik mesej yang dia cakap dah absuh tuh. Forward kan dekat dia. Kira macam nak menangkan diri aku. Tengok tuh. Kau kenapa perempuan??Perempuan ni kalau bab cari gaduh memang gigih. Sanggup tuh balas-balas mesej cakap memang dia ada cakap macam tu. Lepas tu kejap tuh mintak maaf. Sebab memang salah sendiri. Secara lojiknya kalau orang cakap dah basuh baju means masuk baju dalam mesin dan sedang dibasuh. Bukan la dah basuh boleh angkat jemur. Ye tak? huhuhu

Adoiyaii..kesabaran semakin menipis. Camane nih? Itu baru cerita pasal mesej salah interpret. Ni kalau marah sendiri takpe. Sampai melibatkan orang lain. Lagi-lagi MKH. Kesian dia. Asyik la bersabar dengan perangai aku yang tak berapa nak siap tu.

Nak kata tertekan. Macam pelik la pulak. Tertekan sebab ape? Ape pun aku akan cuba perbaiki diri aku tuh. Sekarang ni tengah baca buku..





Buku ni aku baru baca sikit. Tapi rasa macam akan cepat-cepat je aku nak habiskan. Memang fiction. Tapi , cerita dia pasal kekuatan seorang wanita yang bangkit dari situasi yang dia tak pernah alami dan terfikir. Baru baca sampai 4th chapter. Dah rasa aura dia. InsyaAllah akan habiskan baca. ^____^


Monday, January 16

Last but not least


Last day on my way to sentul. Dalam bas and try to capture the last moment naik bas all the way from kl to putrijaya.

Petang tu jugak aku kemas barang.last batch punya utk diangkut ke deng.kil. Penat woo..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, January 14

Database


Apesal semua orang senang2 cakap nak database. Hamboii..cer pergi buat sendiri..aku nak tengok, senang ke susah..

Main order-order je kan. Tetibe rasa nak berenti la. Kalau nak gak aku buat..tambah gaji aku weh..ingat senang nak fikir. Nak develop lagi kan. Tu semua ambil masa. Tapi semua nak cepat. Kalau boleh time skang ni jugak dia nak.

Kalau ada yang nak tolong takpe..ni nampak gaya macam aku kena fikir sorang..

Posted via Blogaway

Morib


Perlu terlibat dengan pelan tindakan..macam pelik. Aku bukan nya pegawai pon.

Malam pertama bengkel bila diterangkan overview tu terus aku rasa macam  menyesal tak accept offer member aku tuh. Tak kisah la kalau gaji sikit pun kan. Yang penting aku tak rasa tertekan. Ntah la bukan aku nak cakap yang aku tak bersyukur. Tapi, bila aku fikir-fikir balik lagi banyak bende aku nak buat untuk tahun ni..so aku endure je la ape yang bakal mendatang.

Will be back to write later. Need to focus to the presentation. See ya!

Posted via Blogaway

Thursday, January 12

Mikroskop

Aku dulu adalah seorang pelajar plus kanak-kanak yang blur dan tak pandai. Tu dapat full score masa PMR tu naseebb je. Tak expect pun. Huhuhu.

Masa dapat masuk Matrikulasi, aku pun tak dapat terfikir yang aku dapat tawaran tu. Sebab masa SPM takde nye aku score. Half dari subject yang aku amek sume pun tak score. Bahana lawan cakap mak. Gitu la.

Kat Matriks aku amek Sains Hayat. Maka aku wajib amek Biologi selain dari Maths ngn Kimia. Aku punye intro cerita pasal zaman belajar sebab tetibe aku rasa nak cerita betapa addicted nye aku dengan benda yang dipanggil mikroskop.

 Yes, itu adalah mikroskop.

Masa Lab Bio dulu, aku sangat suka dan excited bila ada eksperimen yang menggunakan mikroskop. Misti aku je yang laju kedepan.Ambil Mikroskop dulu.Barang Spesimen kemudian-kemudian baru ambek.

Dah setting baek punya mikroskop atas meje baru aku terhegeh-hegeh pergi amek spesimen. Ada satu mikroskop tu aku dah siap buat tanda pengenalan yang tu mikroskop aku selalu pakai. Hanya aku je yang tahu cara nak kenal mikroskop tuh. So, kalau orang lain terambil mikroskop tuh aku akan cepat-cepat cakap yang power dia dah lari ke, mikroskop tuh pernah disaluti najis dan dah dibersihkan ke. Yang penting, aku boleh dapat mikroskop tuh! bwahahahaha

Bila dah dapat miksroskop idaman hati, mulalah aku godeh sana godeh sini. Bagi member-member yang tak biasa pakai, memang mule-mule tuh blur sesaja. Lecturer suruh tengok spesimen sel tumbuhan lepastu lukis dalam report.Tapi bila aku tengok lukisan member aku tuh, aku pun blur. Amende yang die tengok aku pun tak tahu. Sebab lain pesen sangat lukisan dia tuh aku tengok. So aku pun tanya member aku,

"mikroskop ko apesal?"
"ntah, aku pun tak tahu."
"Rasa dah cantik dah aku setting"
"Hmm, Bak meh aku tengok jap"

Bila aku letak jeh mata aku kat  mikroskop tuh rupanya die tak adjust lense tuh. Dah lah tu tak agak2 nak pakai lense yang paling tinggi je. Patut la blur.Lagipun dia bukan tengok spesimen dia cuma tengok grip tempat letak spesimen tuh je. Kaca Spesimen tu dah senget benget bukan die perasan. Aku pun godeh sana godeh sini baru lah boleh nampak dengan jelas rupa bentuk spesimen sel tu. Kalau tak aku nampak macam alien cacat je. Macam cacar air pun ye jugak kot.

Ada satu hari tu aku dah siap buat eksperimen awal. Orang expert la katakan. Sekejap je 10 spesimen aku tengok. Siap lukis, siap label. Tinggal buat repot je. Aku toleh kiri kanan, semua tengah dok lukis, pusing mikroskop tuh kiri kanan atas bawah. Macam-macam gaya aku tengok. Aku pandang depan nampak lecturer aku dok perati. Pastu dia nampak aku sibuk perati orang bile bertembung mata dengan dia, dia angkat kening. Aku paham tuh maksud dia. Maksudnya, "siap dah ke? sibuk tengok orang lain?" Aku pun ape lagi cepat2 la buat2 tengok kat mikroskop sambil pegang pensil. Lepas tu aku tengok ade budak tanya soalan kat die. Phew, selamat..!!

Bila dah boring sesangat, macam-macam la aku boleh terfikir. Paling best masa tuh aku pi amek kaca. Korek hidung. Letak atas kaca. Letak bawah mikroskop. tergelak-gelak aku tengok rupa bentuk tahi hidung. Buruk nya. Dahla hitam. Ade rambu ramba. (aku percaya itu adalah bulu hidung atau habuk-habuk dalam hidung) Pastu ada macam sawang sikit. Pernah nampak sawang habuk yang tebal? haa..gitu la rupanya. Lepas tengok aku gelak-gelak. Pengotor kan? Tapi perasaan ingin tahu aku menebal betul ditambah pulak boring tunggu nak habis lab. Tu yang tahi hidung pun boleh tengok bawah mikroskop. Tapi lepas je habis eksperimen, aku cuci la kaca tu bersih-bersih. Siap pakai sabun lagi. Hahahahaha

Okay. Entry ni sebenarnya dah lama peram. Aku tengok ada dalam draft. Harini aku habiskan sikit. Terus je publish. Ada lebih kurang 14 lagi entry dalam draft. Bila ntah nak habiskan tulis, Kih3


Kalau la member praktikum aku tahu ape aku buat time tu...



cari dan telefon.

Tajuk dah macam program Gores dan Menang pulak kan? Hah ha.

Harini takde nak cerita pasal kisah Gores menggores tu pun. Ni cerita pasal hal aku cari rumah tu.

Aku dah start berkira-kira nak cari rumah bila office pindah ke putrijaya tuh. Masa tu keputusan nak pindah tidaklah begitu menebal. Masih ada ragu-ragu dan malas dan tak kuasa dan macam-macam lagi lah faktor luaran. Lagipun, rumah yang ada kat Sen.tul tu dah elok sangat. Aku suka duduk kat situ. Comfortable.   Affordable. Adorable....? Hah ha.Okay-okay memang adorable la kan. View cantik. Malam-malam boleh nampak KLCC ngn KLIA... Both tower tuh memang cantik dengan lampu kelip-kelip lagi. Warna warni pulak tuh. Okay..Jap. Aku baca semula ayat tadi dan aku perasan KLIA? Mane nampak weh. KL Tower! Ok dats it.Baru betul. Kadang-kadang kalau cuaca malam okay. Langit terang dan tak berawan, boleh nampak lampu-lampu kat Genting Highlands. Ok. Maybe bukan. Tapi, ntah la. Aku tak pernah cek betul-betul. Ape pasal banyak sangat perkataan okay dalam perenggan kat atas?Pfft!! -___-'


Proses pencarian aku mudah je. Sebab aku cari kat mudah.com. Mula-mula memang tension jugak la. Sebab bile aku kecik kan skop searching bilik sewa kat situ , result semua macam tak membuka hati. Ade yang tulis Apartment tapi sebenarnya bila aku datang tengok the block was just a flat. Bukan nak menghina ke apa. Takde niat. Aku tak kisah pun kalau duduk kat Flat. Sebab dari kecik pun aku memang duk kat Flat Kuarters Polis tuh. Tapi tolong lah tulis realiti yang sebenar bila nak iklan kan bilik. Yang mencari macam aku ni senang nak deal dan  senang nak buat keputusan.Sampai 7, 8 bilik jugak la aku pergi semata-mata nak pastikan aku dapat rumah yang okay. Masa searching tu aku dapat idea untuk duduk bukan dalam kawasan putrijaya tapi duduk kat area yang berdekatan dengan ofis aku. Kawasan pejabat aku tuh memang dah ada kat sempadan putrijaya dengan kawasan sekitarnya pun. Aku pun try search bilik yang ada kat kawasan deng.kil, dan ka.jang. Pu.chong pun aku sebat sama. Takpela jauh sikit. Kalau dekat tapi terpaksa menanggung kos lebihan, susah jugak . Masa pencarian bilik tuh, MKH ada teman sama untuk bagi pandangan bilik yang kami tengok tu okay ke tak.

Antara ciri-ciri bilik yang aku nak mesti ada parking space. Ambil pengajaran dari keadaan bilik yang lama. Susahnya nak parking. Bila dah dapat parking mesti jauh. Bila tido malam kat tingkat 16 tu, terfikir-fikir ape la yang jadi dekat kereta tu kan. Ni bila berpeluang cari bilik lain, aku cari with parking space. Alhamdulillah, ada 2, 3 rumah teres yang available parking space. Tapi ada satu rumah tu, siap cakap, siapa cepat, dia dapat parking dalam porch . Dan ada 3 biji kereta untuk satu rumah tu. Huhuhu. Silap-silap aribulan boleh jadi gaduh kan. Ye la..yang selalu balik cepat dari opis la dapat parking dalam porch. Yang lain-lain silalah parking di bahu jalan. Okay, rumah tu reject. Plus rumah lain dengan harga yang lebih kurang sama je boleh bagi bilik yang space nye lagi besar dan parking kereta dalam porch sentiasa. Hah Ha.

Nak dapat bilik sewa rasanya tak susah. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada. Cari dekat internet. Call dan tengok rumah. Plus kena tengok kawasan jugak. Macam kawasan rumah aku sekarang ni komuniti Melayu ramai cuma attitude tu Melayu kawasan kampung la. Yang jenis ahli mesyuarat tingkap tak kira masa. Pasal hal ahli mesyuarat tingkap ni, bila-bila nanti aku snappy-snappy gambar kat rumah tuh dan cerita perihal diorang.

Kekurangan cari rumah melalui internet ni pulak. Kita memang kene berserah pada nasib dan takdir mudah-mudahan Allah kasi Housemate atau Roomate yang baik. Yang boleh bekerjasama dengan kita. Boleh lebih kurang dan tak buat hal yang pelik-pelik dalam rumah. Heh He Alhamdulillah. Setakat ni semuanya okay. Pandai-pandai la kita jaga dan bawak diri. Kalau pun kita ni jenis yang pembersih sangat, tak boleh jugak nak suruh orang lain ikut cara kita sepenuhnya.Bilik dia nak tunggang langgang ke, macam tempat tikus beranak ke suka hati die. Kawasan awam macam ruang tamu ke memang kena jugak kemas sama-sama. Kalau buat sepah jugak mungkin boleh gunakan cara diplomasi untuk bagitahu sama ada kita suka atau tak satu-satu perkara yang rakan serumah kita buat. Dia tak nak bertungkus lumus macam kita pun tak kisah. Cukuplah sekadar sedap mata kita menengoknya.Ye la, kita baru je duduk dengan dia sebulan. Mana nak tahu perangai dia dekat rumah mak ayah dia selama dia hidup tu kan. Kaedah aku senang je.Kalau aku rasa aku nak buat, aku akan buat. Tapi kalau dah banyak kali house chores tu aku yang buat. Kau tengok je tak buat apa-apa sumbangan. Memang aku buat bodoh je la lepas tu. Aku buat pun aku takkan lebih kurang dah. Aku buat yang part aku je. Yang lain-lain sila buat sendiri. Sekian. Aku malas nak merempan lebih-lebih.Karang lain pulak jadinya. Hihihi

so, sekarang ni officially aku nak bagitahu aku dah dok deng.kil. ^___^



Macam ade org kesah kau dok mana pun cik senah oii!!.tddmka. Pfft!!







Tuesday, January 10

Rumah saya.

First day dekat rumah baru. Perasaan? Eh? Macam rumah lama jugak la... Hihihi.

Semalam last batch untuk angkat barang-barang. Berpeluh jugak turun naik angkat barang. Err, walaupun naik lif kan. Tetap berpeluh taw!Ingatkan bila dah dua kali trip angkat barang semalam dah sikit la kan. Sekali hambik kau. Sampai ke seat depan letak kotak. Masa drive tu pun tak nampak cermin belah kiri.Pakai cermin pandang belakang je la.Nasib baik la on the way to dengkil tu takde susur kiri sangat. Cuma nak masuk Mex tu je ada sikit sesak. Tapi, alhamdulillah i manage to drive from Sentul to Dengkil without any problems.

Sampai je kat bilik baru terus unload barang-barang and cepat-cepat angkat semua barang naik kat bilik. Pasang katil and bentang tilam. Rasa macam nak baring time tu jugak. Tapi barang-barang banyak yang belum kemas nya. Takpela sikit-sikit nanti kemas la. Masa kemas barang tu housemate ajak borak. Housemate memang adalah sangat peramah. Sampaikan masa aku tengah iron baju pun die teman borak. Hihi..Habislah macam ni. Ade housemate yang lagi banyak cakap dari aku. Aku ni dah lah tak boleh bila ada orang lebih cakap dari aku. Aku mesti nak lawan. Tapi dalam bab ni nampaknya aku terpaksa surrender awal. Sebab aku memang tak mampu menandingi kehebatan die berborak. Bila aku cakap dengan MKH die reply "Huhu.. Xmaula mengaku kalah sayang.. Lawan balik..Jgn bagi die tido malam nih. Awak b'cerite la kat die sampai esok pagi.. Hehe" Suka suki dia je kan? Dia ingat ni pertandingan bercakap ke? Haish.. -___-"

Masa ambil barang yang last sekali kat rumah Sentul, aku salam dulu dengan ET dan Nawar. Tak dapat jumpa Nadia tapi dah janji, nanti nak datang balik. Takut ada  barang yang tertinggal lagi. Ohh!! baru teringat yang aku ada tertinggal barang kat dalam peti ais kat rumah tu. Takpe nanti nak setelkan bil dan duit rumah kat Nadia, aku ambil lah barang dekat dalam peti ais tu. Rasa sedih pulak masa tu. Perasaan masa tu macam sayu. Tapi fikirkan yang aku tak sanggup ulang alik dari KL ke Putri yang Berjaya tu kan dan boleh dapat rumah lain yang okay tak salah aku nak cuba ubah environment kan. Lagipun banyak perancangan yang perlu dilakukan sepanjang tahun ni. Kerangka agenda cuma ada dalam kepala. Belum dapat diterjemahkan lagi. Hmm..

Perihal rumah baru ni aku akan ceritakan nanti. Macam mana proses pencarian and so on . Itupun kalau cerita aku terfokus. Kalau cerita aku bersimpang siur memang sikit je la cerita pasal rumah. Selebihnya cerita hal lain.

Saya bukan journalist. Tapi nak tulis karangan ringkas pun fail. Pfftt!!




Monday, January 9

Kemas yang bukan tadika tu oi.

Ohoo hoi!

Rupanya penat jugak kemas barang nak pindah ni . Barang yang besar-besar bila kita kemas tak rasa penat sebab dia besar-besar kan. Kalau barang yang kecik-kecik tu rasa rimas sangat masa kemas tu. Rasa macam 'eh2, apesal la tak abes2 lagi barang ni? ' Lepas tu mula la rasa nak campak je semua dalam beg plastik besar.

Ingat lagi, masa datang KL awal tahun lepas cuma bawak satu travel bag. Then balik rumah ambil barang-barang lain. Katil lipat yang Polis Hutan punya tu. Almari kecik dan satu beg baju. Open drawer satu dan meja lipat satu. Rasanya kalau barang-barang ni letak dalam bonet Viva pun muat sekali angkut. Tapi, yang pelik nya ni, dah 3 kali gerak angkat barang pun tak habis-habis barang-barang kat rumah tu. Aku nak buat muka pelik lagi ke atau aku nak buat-buat buang je barang-barang yang bertambah tu? How come eh, within a years aku mampu tambah barang 3, 4 kali ganda dari barang yang asal masa aku mula-mula bawak dulu.? 

Okay. Salahkan sales boleh? Tak boleh. Sebab rasanya setiap kali sooo.gooo tuh punye Scard sales aku tak pernah miss. mane oleh salahkan shopping kompleks yang buat sales. Kena salahkan diri sendiri sebab berusaha rajin dan gigih untuk menyahut seruan sales tersebut. kan. kan. kan?

Ni dah kemas-kemas bilik baru dan rasanya saiz adalah setengah kali ganda besar dari bilik yang dulu. Nampaknya keadaan macam ni boleh mendatangkan bahaya. Ada harapan aku akan berusaha secara gigih dan rajin memenuhkan lagi space yang ada. MKH, please stop me from doing dat this year!! ohh nooo... **ikat diri sendiri kat pagar rumah tak kasik pegi sales.

Hei, tapi seronok bukan bila sales? Bayangkan la, kalau harga asal 2, 3 ratus tetibe dia tulis kat situ, 70 persen. Aiyoo yoo.. bertebaran la hakak mengumbah beg-beg yang ada. Lagi satu penyakit hakak ni dek non, tengah akak jalan-jalan sekali hakak nampak orang ramai-ramai berkerumun. Huii...ape lagi akak pun misti la nak memeriahkan suasana lagi. Terus je ringan kaki hakak pegi tempat orang ramai-ramai tuh. Sekali sampai je hakak tengok dorang tengah kumbah beg. Hakak pun ape lagi..sama-sama la naik syeh! Gila tau dek non..! hakak mane boleh miss kalau macam tu gayanya. Hihihihi Ops!! hepi pulak hakak bile ingatkan balik.

Tengok dah pusing ke lain cerita. Siap tukar kata ganti nama diri lagi. Nampak sangat aku happy bile cerita pasal sales. Hahahaha Okay la sambung kemas rumah petang karang.

upah MKH kemas kan barang boleh?


Tuesday, January 3

Lain awal, lain akhir

hye 2012. please be nice to me.

Boleh cakap macam tu? My list with the title "kono buat eh jang" were too long . Panjang sangat derr.

Permulaan aku pada tahun ini di khabar kan dengan berita baik bahawa kontrak kerja akan disambung. Bermakna ada setahun lagi rezeki untuk aku menerima bayaran sebagai pekerja. Bagaimanapun perancangan awal telah dibuat. Tidak boleh tidak tidak. Pekerjaan lain harus di cari secepat mungkin. Bukan tidak bagus atau tidak baik pekerjaan yang ada sekarang ini. Cuma keadaan status atau syarat-syarat nya amat tidak berpatutan sekali. Setahun mungkin boleh. Tetapi dua tahun? Cukup lah rasanya.

Rakan ada yang ingin membantu. Memberikan link-link yang berkaitan untuk aku mohon kerja yang ditawarkan. Tidak cukup dengan itu, ada yang sanggup membantu sehingga berjaya di panggil temuduga. Agenda ada tersemat di kepala. Cuma apabila tiba masa untuk perlaksanaan nya masih berkira kira dengan hati. Apakah mungkin aku mampu untuk melaksanakan nya?

Serasa kadang-kadang berharap agar masa kembali berputar supaya dapat aku jejak kembali jalan yang dipilih dan membuat pilihan yang lain. Ingin juga rasa hati melihat apakah natijahnya sekiranya bukan jalan itu yang di pilih. Atau mungkin keadaan akan jadi lebih baik atau sebaliknya? Terlalu banyak yang bermain di minda.

Hati yang berbolak balik adalah hati yang tidak disukai Allah. Tiada yang tetap dalam pendiriannya. Tiada yang tetap dalam pekerjaannya. Nauzubillah.

Sekadar coretan untuk tatapan sendiri. Tulisan tanpa perancangan. Inilah hasilnya. Konon ingin bersifat cool pada awalnya berubah menjadi kata-kata yang banyak tersiratnya dari apa yang tertera.



Maaf atas kekurangan diri