Thursday, January 12

cari dan telefon.

Tajuk dah macam program Gores dan Menang pulak kan? Hah ha.

Harini takde nak cerita pasal kisah Gores menggores tu pun. Ni cerita pasal hal aku cari rumah tu.

Aku dah start berkira-kira nak cari rumah bila office pindah ke putrijaya tuh. Masa tu keputusan nak pindah tidaklah begitu menebal. Masih ada ragu-ragu dan malas dan tak kuasa dan macam-macam lagi lah faktor luaran. Lagipun, rumah yang ada kat Sen.tul tu dah elok sangat. Aku suka duduk kat situ. Comfortable.   Affordable. Adorable....? Hah ha.Okay-okay memang adorable la kan. View cantik. Malam-malam boleh nampak KLCC ngn KLIA... Both tower tuh memang cantik dengan lampu kelip-kelip lagi. Warna warni pulak tuh. Okay..Jap. Aku baca semula ayat tadi dan aku perasan KLIA? Mane nampak weh. KL Tower! Ok dats it.Baru betul. Kadang-kadang kalau cuaca malam okay. Langit terang dan tak berawan, boleh nampak lampu-lampu kat Genting Highlands. Ok. Maybe bukan. Tapi, ntah la. Aku tak pernah cek betul-betul. Ape pasal banyak sangat perkataan okay dalam perenggan kat atas?Pfft!! -___-'


Proses pencarian aku mudah je. Sebab aku cari kat mudah.com. Mula-mula memang tension jugak la. Sebab bile aku kecik kan skop searching bilik sewa kat situ , result semua macam tak membuka hati. Ade yang tulis Apartment tapi sebenarnya bila aku datang tengok the block was just a flat. Bukan nak menghina ke apa. Takde niat. Aku tak kisah pun kalau duduk kat Flat. Sebab dari kecik pun aku memang duk kat Flat Kuarters Polis tuh. Tapi tolong lah tulis realiti yang sebenar bila nak iklan kan bilik. Yang mencari macam aku ni senang nak deal dan  senang nak buat keputusan.Sampai 7, 8 bilik jugak la aku pergi semata-mata nak pastikan aku dapat rumah yang okay. Masa searching tu aku dapat idea untuk duduk bukan dalam kawasan putrijaya tapi duduk kat area yang berdekatan dengan ofis aku. Kawasan pejabat aku tuh memang dah ada kat sempadan putrijaya dengan kawasan sekitarnya pun. Aku pun try search bilik yang ada kat kawasan deng.kil, dan ka.jang. Pu.chong pun aku sebat sama. Takpela jauh sikit. Kalau dekat tapi terpaksa menanggung kos lebihan, susah jugak . Masa pencarian bilik tuh, MKH ada teman sama untuk bagi pandangan bilik yang kami tengok tu okay ke tak.

Antara ciri-ciri bilik yang aku nak mesti ada parking space. Ambil pengajaran dari keadaan bilik yang lama. Susahnya nak parking. Bila dah dapat parking mesti jauh. Bila tido malam kat tingkat 16 tu, terfikir-fikir ape la yang jadi dekat kereta tu kan. Ni bila berpeluang cari bilik lain, aku cari with parking space. Alhamdulillah, ada 2, 3 rumah teres yang available parking space. Tapi ada satu rumah tu, siap cakap, siapa cepat, dia dapat parking dalam porch . Dan ada 3 biji kereta untuk satu rumah tu. Huhuhu. Silap-silap aribulan boleh jadi gaduh kan. Ye la..yang selalu balik cepat dari opis la dapat parking dalam porch. Yang lain-lain silalah parking di bahu jalan. Okay, rumah tu reject. Plus rumah lain dengan harga yang lebih kurang sama je boleh bagi bilik yang space nye lagi besar dan parking kereta dalam porch sentiasa. Hah Ha.

Nak dapat bilik sewa rasanya tak susah. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada. Cari dekat internet. Call dan tengok rumah. Plus kena tengok kawasan jugak. Macam kawasan rumah aku sekarang ni komuniti Melayu ramai cuma attitude tu Melayu kawasan kampung la. Yang jenis ahli mesyuarat tingkap tak kira masa. Pasal hal ahli mesyuarat tingkap ni, bila-bila nanti aku snappy-snappy gambar kat rumah tuh dan cerita perihal diorang.

Kekurangan cari rumah melalui internet ni pulak. Kita memang kene berserah pada nasib dan takdir mudah-mudahan Allah kasi Housemate atau Roomate yang baik. Yang boleh bekerjasama dengan kita. Boleh lebih kurang dan tak buat hal yang pelik-pelik dalam rumah. Heh He Alhamdulillah. Setakat ni semuanya okay. Pandai-pandai la kita jaga dan bawak diri. Kalau pun kita ni jenis yang pembersih sangat, tak boleh jugak nak suruh orang lain ikut cara kita sepenuhnya.Bilik dia nak tunggang langgang ke, macam tempat tikus beranak ke suka hati die. Kawasan awam macam ruang tamu ke memang kena jugak kemas sama-sama. Kalau buat sepah jugak mungkin boleh gunakan cara diplomasi untuk bagitahu sama ada kita suka atau tak satu-satu perkara yang rakan serumah kita buat. Dia tak nak bertungkus lumus macam kita pun tak kisah. Cukuplah sekadar sedap mata kita menengoknya.Ye la, kita baru je duduk dengan dia sebulan. Mana nak tahu perangai dia dekat rumah mak ayah dia selama dia hidup tu kan. Kaedah aku senang je.Kalau aku rasa aku nak buat, aku akan buat. Tapi kalau dah banyak kali house chores tu aku yang buat. Kau tengok je tak buat apa-apa sumbangan. Memang aku buat bodoh je la lepas tu. Aku buat pun aku takkan lebih kurang dah. Aku buat yang part aku je. Yang lain-lain sila buat sendiri. Sekian. Aku malas nak merempan lebih-lebih.Karang lain pulak jadinya. Hihihi

so, sekarang ni officially aku nak bagitahu aku dah dok deng.kil. ^___^



Macam ade org kesah kau dok mana pun cik senah oii!!.tddmka. Pfft!!







3 comments:

khamil said...

gheee...
saye kan kisah awak duk mne...
klu saye x amik kisah ssh la idup saye...
huhuhu...

ryan said...

apesal lak susah hidup? hmm...

khamil said...

ssh la...
xtau dimana nak mencari kekasih yg dicintai...
gheee...