.....sambung part yang time aku bercakap tu.
Nak dijadikan cerita hari Khamis, semua pelajar sesi petang wajib ke dewan untuk bacaan Yassin. Sekolah start pukul 12.30 tapi diorang tak leh masuk dalam kelas lagi sebab sesi pagi belum habis lagi waktu exam. Exam abes pukul 1.30. Kalau ada yang tanya kenapa boleh jadi macam tu. Standard la kalau ade sekolah 2 sesi ni. Mesti akan ada kelas yang terapung. Macam kat sekolah aku dulu la. Form 1- Form 3. Sekolah tu ada 2 sesi. Pagi: 4-6 Petang:1-3. So, biasala dalam jadual kami ni awal-awal waktu dah ada kena pergi Makmal/Bengkel. Kongsi kelas pagi dan petang kan. hehehe.
Eh, dah melalut pegi cerita sesi persekolahan pulak. So, kejadian tu berlaku masa tengah baca Yassin ramai-ramai la. Tengah-tengah bacaan tu ada sorang budak perempuan nangis-nangis pergi jumpa cikgu. Dia mengadu pasal membe dia yang dok sebelah tu dah macam meroyan cakap sorang-sorang. Jadi cikgu ni pergi la tengok kan budak ni. Bila cikgu pun sampai, dia pun naik angin la. Apa lagi..dia pun menjerit.
Lepaskan aku!!Lepaskan aku. Jangan pegang-pegang aku.
Cikgu Rubi pun papah budak ni. Aku tengok cikgu-cikgu perempuan lain macam cuak. Aku terus kedepan amek port papah budak tu. Bukan apa..aku paham. Ada antara cikgu-cikgu tu ada anak kecik kat rumah. Takut nanti payah pulak kat rumah. Takut benda tu mengikut.
Badan budak form 2 ni adalah 2 kali ganda saiz aku. Bayang kan...Dia dok menepis-nepis aku. Dengan menggunakan kederat aku yang segitu, aku kena papah dia kuat-kuat. Jalan jauh pulak tu. Tak boleh guna laluan depan kelas sebab takut karang berjangkit pulak dengan yang lain. Aku bawak sambil mulut kumat-kamit. Ape yang aku kumat-kamit pun aku tak tahu.Sekali sekala aku bising suruh dia diam jangan nak meronta-ronta.
Sampai je dekat pejabat, aku pass kan budak ni dekat cikgu yang lagi senior. Aku amek angin dekat luar. Amek napas.. Semputt aku . Tetibe cikgu senior ni panggil aku masuk. Suruh aku tengokkan budak tu sebab dia ada hal. Aku blurr kat situ. Aku toleh kat Ustzh Mazlina dia cakap, Sue tolong ye...akak tak boleh solat. Ahh..sudah..aku la ni kena pergi dekat budak tu.
Perlahan-lahan aku datang kat budak tu. Masa ni dia masih menderam-deram. alaa..macam bunyi..Hins..huh..hhmss.. mendengus-dengus...Aku tarik kerusi dok sebelah dia. Dia dok kat sofa. Aku elok dok sebelah dia. Sambil pandang muka dia. Aku tak tahu nak buat muka apa. Senyum ke...Sengih ke..Garang ke.. Yang penting masa tu aku ingat aku buat-buat muka berani. Dalam hati..tuhan je tahu. Mulut aku kumat kamit. Amende yang aku kumat kamit pun aku tak taw.Cuak doww...
Tengah aku buat muka-berani-tapi-cuak-pastu blur..dengan sekali sentap dia toleh kat aku.
KAU SAPAA HA???
err...saya kan cikgu awak.
AKU TAK SUKA CIKGU. PERGI KAU! BUAT APA KO DEKAT SINI?
eh..eh..awak ingat saya nak sangat ke dok kat sini?(ecehh..berani lak aku menjawab) Ni..awak ada masalah ke ngan cikgu-cikgu? Cikgu-cikgu ada buat salah kat awak ke?
#pastu GPK 1 menyampuk. Dah-dah..awak jangan layan dia bercakap#
Oh...tak boleh ea. okay-okay...saya diam.
Dah tu aku terkebil -kebil je la pandang dia. Dia tak pandang pun muka aku. Nasib baik woo.. Pastu ade sorang staff sekolah ni pandai sket dalam bab-bab gini. Nama dia Abg Shah. Abg Shah ni tanya dia.
ko nak keluar ke tak ni?
AKU NAK KELUAR!!!!CEPAT BUKAK KASUT AKU!!
#masa ni aku tersenyum sorang2 kat sebelah. eh2..benda ni tahu pulak pakai kasut. ni benda yang terlintas dalam pale aku pada waktu tu. macam hape je kann..boleh pulak pikir benda-benda macam tu.hahaha. masa dia cakap tu..dia pandang aku..maksudnya dia nak suruh aku la tuh kan bukak kasut dia. banyak cantikkk muka dia. aku buat bodo jek..hahahaha padan muke ko..aku keras kepala#
CEPATTT LAAA!!!! AKU NAK KELUAR NI!!!
....abg shah tu cakap ngn aku.....
cikgu...tolong bukak kasut dia ye. dengan stokin sekali. 'dia' nak keluar ni.
#aku pun bukak je la....malas nak banyak soal.pastu aku diri tepi budak tu. aku nak blah, tapi abg shah tu tak bagi sebab dia kata kena ada cikgu perempuan gak. nak tengok-tengokkan budak tu la kiranya.#
ko nak keluar ikut kaki mana ni? jari apa?
IBU JARI KAKI KIRI!!!!AKU NAK KELUAR!!!
yela...yela..nak kasik ko keluar la ni..sabar kejap..ko ni lelaki ke pompuan?
AKU LELAKI!!!
ko janji tak lepas ko keluar ni ko takkan kacau umat manusia lagi?
AKU JANJII!!
kalau ko mungkir janji??
AKU MATI!!
#waahh...ni betul-betul punya perjanjian ni.aku pikir#
okay..sekarang..ikot aku. ko kena masuk islam dulu.Ash hadu alla...
#abg shah tu baca la 2 kalimah syahadah pastu budak tu ikot la. takde bantah2 der..lepas je habis baca kalimah syahadah tu..abg shah tu tekan je ibu jari kaki kiri budak tu..budak tu terus menjerit..#
WARGHHHH!!!!!!!!
#lepas tu budak tu terus macam tak sedarkan diri#
Lepas tu abg shah tu suruh aku kejut budak tu. Aku pun kejut la dia. Aishah..bangun..aishah bangun. Budak tu bangun-bangun je dia tanya aku. Cikgu saya kat mana ni? Kenapa dengan saya? Apa yang terjadi. wahh..dah macam drama kan. Aku senyum je la cakap dengan dia.
Awak tak sedar diri tadi. Awak pengsan. Awak tak makan ke sebelum pergi sekolah tadi? Wahh..considerate sungguh aku kan. Hahahaha
Lepas tu aku kasik dia roti ngn air mineral suruh dia minum. Suruh dia rehat. Aku pun dah telefon mak dia suruh datang ambil. Hari tu ada exam. Aku cakap nanti-nanti je la buat exam tu. Aku suruh dia berehat dekat rumah betul-betul . Pastu aku pun tengok jam dah nak pukul 2. Aku pun ada kelas masa tu. Aku rushing la kelam kabut kemas barang-barang aku. Nak kena pi jaga kelas pulak.
Itula serba sedikit pengalaman aku. Selalu aku tengok dari jauh je. Masa aku dekat Samura dulu pun ada jugak berlaku macam ni. Tapi masa tu aku dok kat luar jek. Ni betul-betul berlaku depan aku dan aku involve secara tak langsung. hehehe
Aku takde la berani sangat benonye...cuma kebetulan masa tu aku penuh dengan ke'blur'an..sebab tu aku selamba dok tepi budak tu dok tengok muke budak tu terkebil-kebil. Kalau ingat-ingat balik..meremang jugak bulu roma aku.
Choii!!