Tuesday, November 23

buat test mintak keje macam main teka teki.

Cerita pasal Test yang aku dapat kat IBM tuh.. Tapi memang dah confirm aku tak dapat la kan position tu. Hahaha. Eh..patut sedih la kan. Sebab tak dapat. Ni aci main gelak-gelak hahaha pulak. ngeh3..

Okay-okay..back to the story.

Masa aku dapat test tu aku macam blur la. Amende Aptitude test ni. Lepas mengugel secara berjemaah( bukak tab sebanyak-banyak mungkin) Aku pun dapat tahu ..yang test ni biasanya company-company besar je yang conduct. Dia macam satu level minimum yang candidate kene lepas sebelum boleh pergi next stage. Aku pun tanpa berlengah-lengah pun try google hows this test would be conduct dan hows the questions look like. 


Rupanya test ni lebih dititikberatkan on logical thinking sides. Biasala kan...kata pun apply for developer position(GT). pastu nama pon programmer. Ape lagi yang boleh nak di gambarkan kat situ? Selain dari pelbagai cacing-cacing dan programming language yang kalau tertinggal semicolon pun boleh buat dunia macam nak meletop..hahahaha Gile exaggerate..LOL


Aku pernah pergi test macam  ni masa dekat GEMS programme dulu. Masa tu aku pun tak pernah tengok soalan macam tu. Bila dapat soalan tu aku pun tak taw camne nak tackle..tapi aku macam seronok buat. Sebab kena guessing next number that should be appear on one consequences of number. Contoh nya macam ni la..


23, 33, 24, 35, 25, 37, ?


okay..dekat question mark tu kene letak ape? Letak la nombor 26 kan. Hahahaha..aku suka la bila jujukan macam ni. sebab aku takkan kira dia bertambah sebanyak berapa..berkurang sebanyak berapa. Aku akan otomatik guess the next number. Sepatutnya tak boleh la kan. Kena la kira. Tapi biasala..aku ni kalau bab mengira ni lembap banyakk woo..aku paling benci subjek MATH! Sebab tu aku macam pelik..camne la aku leh lepas Degree IT ni...padahal hampir sume subjek melibatkan logical thinking.


Itu satu part. Untuk part lain pulak dia bagi satu set of Matrix number. or..matrice dalam english. BM dia matriks la.


row/column 1  2 3 4  5
1          3  f e 4  f
2          4  5 3 f  f


okay dia dah bagi camni kan. Lepas tu soalan dia. Reversekan sume nombor kanan ke kiri. Pastu biarkan huruf-huruf je tinggal. pastu die suruh pulak ko tukar sume huruf yang sebelumnya nombor jadikan nombor 3. pastu tambah sume nombor yang ada pada row 2. ko tak pening-pening lalat kat situ?? aku tak pening lalat dah..dah tahap pening gajah wei!!


Yang ni memang banyak kali aku terpaksa kira semula sebab tertinggal step awal-awal...contoh..tinggalkan huruf. Kire kalau awal-awal dah tertinggal camne pulak nak kira yang part akhir kan. Adoii..memang masak...


Itu dah 2 part. Ada lagi 1 part. Soalan yang ni ada 20. Boleh pakai kalkelater. TAPI....soalan dia.. MasyaAllah..memang terbaik la...


contohnya..ada 28% adalah pekerja lelaki. 180 orang dari sume pekerja ade pension scheme. Kira bilangan wanita yang takde pension scheme. Aku tengok soalan ni. Pertama sekali aku buat mengucap. Pastu aku picit2 kat kalkelater. Amende yang aku picit tu..toksahla tanya.Hehehehe


Itu je la.. actually soalan dia memang susah. Sebab dia nak tahu sejauh mana kemahiran berfikir kita. Lagipun memang aku tak prepare sangat. Kemahiran berfikir secara logik pun dah lama aku tak buat. Sudoku pun dah lama aku tinggal. Dok melayan FB pastu melawat blog2 orang lain dan membaca secara rahsia juga. Masa banyak habis kat situ la. Aku rasa..aku patut kurangkan menghadap internet ni. Sebab aku bukak bukak pun mende yang sama jugak .Haishh.....


adakah aku dah tahap addicted terhadap internet???Adoyai...MKH pun ada sound aku. Balik je rumah terus bukak internet. Bukan nak rehat ke ape..muehehehe..budak degil memang selalu tak dengar cakap orang tua...(tua ke awak??)









2 comments:

khamil said...

oit2...
sape tua ha..?
saye nmpak matang je la...
awak nmpak comel jewp slalu...
gheee...

ryan said...

hihi..

okay org matang. awak tak tua.
tapi org matang selalu cepat tua kan??

hahahahaha
(nak highlightkan jugak tua tu..) =P