Aci kan aku terus lompat pegi list nombor 5?
Hahahaha.. Ade lepas ni kene sound baik punya. Apesal terus lompat nombor 5? Nombor 3 ngn 4 ape pasal tak mahu cerita. Kihkihkih.....
Jawapan aku? Sajeeee....aku kan pendengki....blueekk!! =P
Cerita pasal marking paper ni.....Aku dikehendaki menanda kertas untuk peperiksaan akhir tingkatan 1 dan 2. Ya Allah..macam-macam perasaan ada masa aku menanda kertas student ni.
Masa tanda tu. Bila baca je jawapan. Nak tergelak ada. Menggeleng ade. Mengeluh ada. Aku pelik. Soalan memang straight to the point. Soalan KBKK pun ada la dalam 2,3 soalan. Yang lain semua boleh jawab punya. Lagipun takda la skema sangat aku tanda.
Disayangi Allah.
Diredhai Allah.
Allah lebih sayang kat kita.
Macam ni pun aku bagi markah penuh apa. Ada satu soalan tu.
Soalan. Bagaimanakah seseorang itu ingin menuntut ilmu?
Jawapan. Betapa di gunung.
Aiyarkk..deyyy..ni kertas agama la..bukan paper sejarah melayu zaman silam. Boleh aci bertapa bagai semata-mata menuntut ilmu?
Pastu ada soalan tanya pasal malam istimewa pada bulan ramadhan. bila tulis lailatulqadar or ape2 yang student tuh eja..aku paham as lailatulqadar memang aku kasik betul je. Then next question is, apakah kelebihan pada malam tersebut?
jawapan dorang...pokok-pokok bersujud. Aiyarkk..sayang oii.......awat dok cerita habaq tang pokok bersujud tuh..hang pernah nampak kaa? idak kan?? dah tu..yang hang dok melalut tulis pokok sujud..langit esoknya mendung bagai pasai apaa???
Tak menangis menanda jawapan diorang??
Ade tu..bila aku tengok tulisan. alhamdulillah..cantik kemas. Sedap mata aku nak membaca dan kasik markah-markah yang hebat. Sekali....aku baca..dari mukasurat 1 sampai 3..dia bantai kasik soalan je. Jawapann.....nan hado!!! aku pangkah. tulis markah 0. tapi aku tulis jugak. "terima kasih sebab berusaha menjawab kertas agama." Ye la kan. Ape la yang dapat kita expect dari seorang student yang memang kene pergi kelas intervensi which that class specialize for those yang takle membaca,mengira dan mengeja pun. At least, bila dia datang exam dan tulis juga dekat kertas tu. Aku sedap hati la. ^_____^ Aku doakan dia akan berjaya dalam hidup. Sebab aku nampak dia nak juga berusaha datang kelas. Dan duduk depan dengar aku menceceh dekat depan kelas dari budak lain yang boleh membaca tapi dah macam bijak sangat dan kurang sopan dengan cikgu-cikgu. InsyaAllah...mudah-mudahan Allah mudahkan perjalanan hidup dia.aminnn..
Nak dijadikan cerita. Aku tanda kertas agama ni agak strict sikit. Bila aku sampai sekolah aku tanya Ustzh Mazlina. Dia kata kelas dia pun ada yang dapat A. Tapi kelas yang aku tanda..takde sorang pun dapat A. Jadi nak tak nak aku kene tanda semula. Bagi markah pada jawapan yang boleh diterima dan aku tanda 4 kertas dalam masa 1 hari. Alhamdulillah..Allah mudahkan kerja aku. Aku betul-betul laju masa tanda tapi aku dapat baca semua jawapan tanpa tertinggal sikit pun. Bukan apa. Aku tak mau la jadi tak adil masa menanda. Yang mana patut dapat markah aku tak bagi markah pulak kan.
Bila dah habis tanda semua markah kena key-in dalam sistem. Jadi cikgu yang bertanggungjawab dapat la buat analysis then susun kedudukan pelajar. Sekolah tu masih lagi menggunakan konsep streaming class. Konsep ni kira..kalau ko pandai..ko masuk la kelas depan-depan. Macam tu la.. Hehehehe
No comments:
Post a Comment