Disclaimer : Entry mungkin akan berbentuk panjang dan mencecah lantai. Jadi tarik nafas panjang-panjang sebelum baca. Kalau rasa malas nak dengar aku merepek. Sila tekan butang pangkah. Sekian.
Kisah perjalanan aku kali ni bermula seawal hari Khamis lagi. Malam Khamis, 25 haribulan tu aku dah bertekad dengan mengemaskan beg. Walaupun mak ngan abah masa tu macam kasi tak kasi je aku pi rumah Busu, aku selamba kemas. Dalam kepala otak aku dah merancang macam-macam pasal nak mintak kebenaran parents aku. Malam tu aku tidur nyenyak-nyenyak. Takut esok, kempunan. Hahahaha
Jumaat, 26 Disember.
Aku bangun seawal mungkin dan basuh semua baju yang ada. Siap basuh baju, aku perlahan-lahan pergi cakap dengan mak aku. Yang aku nak pi rumah Busu sebab Busu ajak pi Langkawi. Mak diam dan cakap, pergilah. Okay. Yeayyy!! aku dah bersorak dalam hati. Okay good. Aku terus rancang perjalanan aku. Rancangan yang tak rupa rancangan sangat la. Hahahaha. Pagi tu aku ada urusan bank sikit. Abah mintak aku settle kan hal tu dulu sebelum aku berangkat ke Ipoh. Cepat-cepat aku pi bank dan settle kan hal tu. Hujan renyai-renyai pun aku redah je. Lepas tu aku terus shoot pergi beli tiket. Alhamdulillah, aku dapat tiket pukul 12 tengah hari. Mersing-KL. So aku pun balik, kemas-kemas sikit. Sempat lagi update blog untuk beberapa hari punya. Hehehehe
12 tengah hari, abah hantar aku ke Bus Stand, aku naik bas dan berlepas ke KL. Hujan renyai-renyai. Aku bantai membuta dalam bas. Sebab aku tak tahan sejuk aircond+hujan kat luar. Lagila....aku langsung tak minum or makan sebab nanti aku asyik mintak berhenti nak buang air. -____-" aish..bila macam ni kan, aku mesti selalu terfikir yang bila la aku nak drive sendiri pergi mana-mana. Kalau aku boleh drive sendiri kan, confirm aku tak perlu lagi tak payah makan dan minum semata-mata nak tahan buang air. Sebab anytime aku boleh berenti dekat RnR ataupun stesyen minyak utk buang air.Hehehe. Eh..macam jauh sangat je fikir ni. =P
Aku sampai kat Bukit Jalil lebih kurang pukul 6 petang. Aku telefon Busu. Busu cakap dia lambat sikit sampai. Masa ni bateri phone aku memang dah bengong la. Masa ni aku tengok full bar lagi. Sekali, tak sapai 20 minit lepas tu, terus tinggal 1 bar dan dah bunyi-bunyi tanda nak mampus. Aku dah cuak, gelabah kentang. Aku terus silent kan phone. Aku takut tak sempat je bateri tu bertahan sebelum Busu ambil aku dekat sana. Aku tunggu lama juga la. Dari pukul 6 sampai pukul 8 malam. Dengan tak makannya. Memang pedih sikit la perut.Siap bunyi-bunyi dan orang sebelah dengar. Hahahaha. Lepas tu, Busu call aku dan aku pun gerak dari tempat tunggu bas tu jalan sikit sampai dekat dengan Stesen Monorail. Masa tu memang jammed la. Last-last Busu suruh aku jalan sepanjang pathway tu sambil tengok kereta sebab Busu stuck dalam jammed. Aku pun jalan la sambil mata melilau tengok-tengok plat kereta. Aku ternampak je Honda City, plat Perak terus aku tarik nafas lega. Aku tahan dan terus naik tengah-tengah jalan tu jugak. Yela...dah kereta pun tak bergerak kan. Pak Busu pun terus jalan keluar dari Bukit Jalil naik highway dan menuju ke Ipoh. Dalam kereta aku sempat bagi mesej dekat mak je cakap yang aku dah naik dengan Busu. Lepas tu terus tak boleh on dah handphone tu. Huhuhu.
Busu terus pecut kereta dan berhenti dekat RnR Tapah. Masa tu aku dah membuta menahan lapar. Turun-turun je, aku wajib buang air. Lepas tu terus makan. Aku amek je nasi dengan lauk campur. Makan tak toleh kiri kanan. Hahahaha. Dah kenyang puas hati aku. Lepas tu, naik kereta dan terus gerak ke Ulu Kinta, Ipoh. Sampai ipoh lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sampai-sampai je mandi dan terus cas handphone. Baru rasa segar sikit badan. Borak lebih kurang dengan Busu dan MKH, kemas-kemas baju balik semula. Then, tidur. Itupun jam dah tunjuk pukul 2 pagi. huhuhu
Part II akan diupdate seterusnya. InsyaAllah, mood tengah rajin ni. Aku update cepat-cepat le.
hehehehe
3 comments:
padan muke x reti nak mkn...
gheee...
ingt lg risau pnye pasal...
x pasal2 kne interview dgn mak awak...
hehehe...
mintak maaf ye..buat awak susah hati..-___-"
eh...
ok la wat sye ssh ati...
dapat gak sye berkanalan dgn mak mertua sye...
gheee...
Post a Comment