Ahad, 28 November.
Pagi Ahad ni kami semua bangun awal sebab nak catch up schedule untuk hari ni. Kami breakfast dekat chalet tuh je sebab dia ada sediakan mini breakfast dalam package die. Bila kata mini breakfast tuh, maksudnya memang betul-betul mini la. Ada nasi goreng dengan roti. Roti tu kene toast sendiri kalau nak. Dia ada sediakan black cofee dengan tea. Pandai-pandai la tambah gula ke susu kalau nak rasa lain. Aku tak makan sangat pagi tu. Amek orange dengan cofee je sebab aku dah melantak secara puas masa kat dalam bilik. Aku dah sumbat maggie cup secawan lepastu aku makan lagi ayam KFC yang lebih masa makan semalam tu dan aku buat Hot Chocolate. Ye la...orang lain elok tidur lagi aku dah bangun kelaparan. Makan sambil bukak Tv perlahan-perlahan.
Dalam pukul 9 tu dah siap-siap semua, kitorang gerak nak pi naik Cable Car. Aku macam biasa lah tukang baca map. Okay-okay kat depan tu ada simpang nama kampung bla bla kan. Belok kiri. Ada sekali tu macam terlajak, terlepas papan tanda. Nasib baik adik perasan. Kitorang patah balik dan masuk simpang tu. Sign untuk ke Cable Car tu terlindung betul dengan daun-daun pokok. Aish, kalau tourist lain macam kami ni juga tak perasan, mesti dah terlajak sampai ke mana-mana. Lepas tu merajuk tak mahu pergi dah sebab asyik salah jalan. Ha....sape yang rugi? Langkawi jugak kan...
Kami sampai cable cari around 11 jugak la. Masa nak naik tu memang ramai sangat orang. Yela, kan tengah cuti sekolah masa tu. Kami beratur panjang la. Luckily, kitorang adalah 5 orang, maka boleh naik satu Cable Car tak payah kongsi-kongsi dengan orang lain. Sebab maximum dalam satu Cable Car adalah 6 passenger. ^_______^
Masa nak gerak keluar.
Entrance of Cable Car.
Dalam Cable car. Aku, adik dan Pak Busu.
Langkawi dari atas Cable Car.
See...seram sejuk. Aku dah diam tak bercakap je masa nak naik tu. Dah lama-lama baru okay.
Oh..muka riang gembira orang belanja.
Okay. Tengok pakai binoculars. Padahal amende aku tengok pun aku tak pasti. hehehe
Aku dan kakak. Ehehe..Teka dia form bape.
Okay..Tahu. Poyosss...
Aku suke sengeh lebar-lebarkan? Orang suruh senyum..dia sengih.
with Busu's family.
Ahaa...dats me!! ^___^
Lepas je ke Cable Car. Kitorang gerak pi Telaga 7 pulak. Telaga 7 ni cerita misterinya..dikatakan dulu ada Puteri bertujuh yang dok mandi kat sini. Jadi ada tujuh lekuk yang terbentuk macam kolam untuk puteri-puteri ni mandi.Hihi..Ni dari apa yang aku baca la. Kat sini pun ada air terjun. Kitorang naik sampai part atas sekali. Sebab malas nak rebut dengan ramai-ramai orang dekat air terjun tu. Jadi kami naik kat kolam yang ketujuh.Pheww...semput-semput la naik atas sekali. Nak tempat best-best konon. Kami lepak lebih kurang then balik.
Petang tu, sempat singgah Dataran Lang Kat Kuah. Tak sah la kan kalau pergi Langkawi tapi tak pergi Dataran Lang dan mengambil gambar. Hihi
3 comments:
wah...
bestnye langkawi...
nak g...
gheee...
cable car 2 bleh naik 2 org je x..?
hehehe...
tak boleh. hahahaha
jadi nanti kite kene pegi ramai2..baru besttt!!!
alala...
nak naik berdua jewp...
ghuuu...
x bleh kite g tmpat lain je la...
hahaha...
Post a Comment