Monday, April 25

peringatan untuk diri sendiri

as'salamualaikum.
inilah antara cerita antara perempuan dan lelaki.
lihatlah begitu mudah seorang muslimat di rosak di sebabkan perhubungan yg tidak halal.
Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

**********************************************************************
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...
****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...
27.(terputus hubungan)- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..- si lelaki mencari mangsa baru..- dan kejadian terus berulang..
ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

nak tau tak? mst ada antara semua yg fikir,
'tapi bf aku bukan macam ni, aku dah kenal lama dgn dia'
'ala, tayah putus dgn bf aku pun takpe, aku bukan nya jumpa pun dgn dia, sms je. cinta jrk jauh'
'bf aku pdiam, mana ada gatal nak jmpe2 ni, dia pmalu la so takdenya berzina'
'ala, aku akan tetap pastikan aku tak mkn ckp dia kalau dia minta bukan2. tp couple tu aku taknak putus sbb aku syg dia'

byk lagi dalam kepala stgah2 org.
saya tak salah kan kamu kalau kamu tetap rsa couple yg kamu bt hari ni, tak dosa walhal berdosa.
tapi kamu harus tahu, tak kira sbaik mana pun kamu sbagai seorang wanita mahu pun lelaki. kita ada hati dan perasaan, sdikit sebyk kita tetap akan mlakukan dosa tanpa kita sedar mahupun sedar.
syaitan dan nafsu kita sentiasa ajak kita melakukan kejahatan.
time solat, kamu solat cepat betul, sbb fikirkan si dia, takpun kamu sdg mesej dgn dia tu yg solat cepat.
apa kamu lupa, Allah yg mencipta kamu. tapi kamu lebih mgingati dosa.
couple itu mdtgkan zina.
dan sejauh mana pun kekasih kamu itu, zina yg tak dapat kamu elak adalah zina hati.
yg mana, zina hati bermaksud ingin, harap dan bayang.
minat someone tak salah tp bila minat seseorg sampai bg hadiah, surat. boleh jd termasuk zina hati.
tp kalau kmu hnya minat dan simpan, insyaAllah itu tidak.
dan biarpun kamu berfikir kamu couple tak bt ape2, kamu cuma nak hbungan smpai ke pekhwinan.
tp igt, biarpun niat kita baik, ingatlah, niat tidak mghalalkan cara.
insyaAllah byk lagi cara dalam mmbina sebuah perhubungan yg suci lagi halal.

saya pun pernah bt kesilapan, saya pun pernah jadi seperti kamu.
saya pun pernah cari jalan supaya boleh kata couple tak smstinya salah.
tapi tak kira apa pun cara saya bt, apa yg benar itu tetap benar.
dan kehidupan yg lebih bahagia adalah kehidupan yg penuh dgn keredhaan dari NYA.
insyaAllah, ni utk saya, keluarga, rakan2 dan smua:)
wallahualam.

 artical ni sy copy..link die..saya lupa..




Thursday, April 21

CPMI perlu Dia. Salah! Aku Perlu Dia.

She’s leaving me so suddenly..without any sign.

Rindu dia.

Dia yang melayan karenah aku.
Dia yang melayan mood aku.
Dia yang melayan pelahapnya aku.
Dia yang melayan  merepeknya kata-kata aku.
Dia yang melayan masa diamnya aku.
Dia yang melayan gosifan liar aku.
Dia yang melayan masa jiwangnya aku.
Dia yang melayan teguran sinisku.

Fue....Aku rindu kau!


 Kau takde...
Aku jadi pendiam.
Aku jadi Workaholic. 
Aku jadi Kurus…Eh?

Wednesday, April 20

Aku bangga pada masa itu.

Guru Oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. 

“Proses Fotosintesis berlaku dengan kehadiran cahaya matahari..”kedengaran seorang guru menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Kelihatan 2, 3 orang pelajar kurang memberikan tumpuan. Rupanya di bawah meja mereka buku Dragon Ball GT berubah muka surat.Sekali-sekala mata menjeling keliling takut-takut guru menyedari tindak tanduk mereka.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. 
 
“Kenapa prestasi pelajaran awak makin menurun? Ada apa-apa masalah yang menganggu fikiran awak?”
“Cikgu….” Dia kematian kata disitu. Butir-butir jernih mula bergenang di kelopak mata.
“Eh, saya tak marah awak. Saya cuma tanya je. Takpe…kalau awak ada masalah awak boleh beritahu saya..Jangan pendam kan apa yang awak rasa seorang diri” balas guru muda itu.
“Cikgu, ayah saya sakit. Dia kemalangan sebelum ni, dia yang cari rezeki……”
Air mata si gadis terus berjuraian. Terkadang guru itu menjadi pendengar setia pelbagai ragam dan kerenah manusia.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

“Okay. Hari ni kita belajar ABC. Siapa yang dah tahu ABC?”
Kelihatan 2, 3 orang murid mengangkat tangan tinggi-tinggi. Kelihatan riak bangga di wajah mereka sambil memandang murid-murid yang lain.
“Bagus.Tahniah kepada yang dah tahu. Tapi yang tak tahu jangan risau. Saya akan ajar awak “ ucap cikgu itu penuh bersemangat.
Murid-murid lain yang kelihatan takut kerana tidak tahu ABC sebentar tadi berubah tenang.Pada guru itu mereka meletakkan sejuta harapan yang menggunung agar mereka juga mampu menulis, membaca seperti rakan mereka yang angkat tangan tinggi-tinggi sebentar tadi.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 

Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam dari rumah yang disewa dan hampir 8 jam untuk ke bandar yang terdekat, tidak sedikit pun meletakkan guru itu dalam situasi yang tertekan. Semakin membara semangatnya setiap langkah yang diatur kemas ke sekolah tempatnya mengajar. Wajah murid-murid di sekolah itu memberikan seribu satu pengharapan untuk masa depan mereka yang lebih cemerlang dari apa yang mereka lalui sekarang.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




Something that I proud not only the past few days, but..



forever.

Tuesday, April 19

Dia dan Keinginan

“Hoiii!! Cepat-cepat..Rehat..!!!”

“Yana!! Awak ni takde adab sopan ke? “ Pn. Salmah menjerit dari balik meja guru.

Kelihatan Yana terkulat-kulat sambil tersengih-sengih duduk kembali dalam barisan.Muka memang mintak penampar sulung dari Pn.Salmah. Bukan apa,sengaja dibuat-buat memek muka yang pada perasaannya amat cantik sekali. Sedangkan kalau nak diikutkan dari pandangan pelajar-pelajar lain macam Kerang Busuk.Kerang yang busuk tu pun lagi cantik dari muka si Yana tu.

“Yang awak sibuk nak rehat sangat kenapa? Saya tak habis cakap lagi. Mengalahkan awak pulak yang nak kena sediakan makanan kat kantin tu!”bebelan Pn.Salmah bersambung.

Hairan benar beliau dengan perangai si Yana ni. Bila tiba je hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan, mesti lain benar perangai pelajarnya itu. Pelajaran pada waktu pagi langsung tidak diendahkan. Sekejap-sekejap pandangan mata nya mesti menoleh ke arah kantin. Macam ada yang menarik sangat di kantin tu.Orang kata, macam ada yang memanggil-manggil. Masalahnya, perangai ni mesti berlaku pada waktu tertentu sahaja. Dan mesti berlaku sebelah pagi. Lepas je rehat, takde pulak dia menoleh lagi waima menjeling pun tidak.

Sengaja Pn.Salmah melambat-lambatkan waktu rehat kanak-kanak Tadika Kemas pada hari tu. Pelajar lain ada yang kelihatan resah. Almaklumlah, kalau lambat rehat. Lambatla mereka dapat main permainan-permainan yang ada disediakan pihak tadika. Lego dengan rumah permainan dah macam melambai-lambai mintak disepahkan. Makanan yang disediakan di kantin pun dah terbau-bau. Pn. Salmah menelek satu persatu wajah anak kecil dihadapannya. Pandangannya tertumpah pada wajah Yana. Hampir bergenang air mata di kelopak mata Yana. Kejap-kejap dia menoleh ke arah kantin. Kejap-kejap dia membetulkan silanya. Badan di goyang kekiri ke kanan. Macam orang meratib pun ada. Tak sampai hati Pn. Salmah melihatkan apa yang berlaku.

“Baiklah, saya akan lepaskan awak semua untuk rehat.Okay, Hamzah, macam biasa”ujar Pn. Salmah sambil tersenyum mengangguk pada Hamzah yang menjadi Ketua Kelas Tadika itu.Hamzah bangun dan berdiri.

“Bangun semuaaaaa”

Pelajar lain bingkas berdiri. Yana hampir melompat. Dah macam buat Starjump pun ada. Pelajar di belakang dan hadapan Yana hampir melompat dek terkejut.

“Terima kasih Cikgu”

“Terima kasih Cikgu”bergema suara 20 pelajar kanak-kanak di dalam ruang Tadika itu.

Yana terus berlari memakai kasut.Hanya satu yang sempat disarung. Lagi sebelah di jinjit nya berlari ke Kantin. Sampai sahaja di Kantin , kasut disusun di tepi dinding. Dengan gerakan sepantas Bayangan Pawaka Naruto, Yana sudah siap mencuci tangan dan memegang mangkuk untuk mendapatkan makanan waktu rehatnya.

“Fuhh..Nampaknya dapat nombor 1 lagi hari ni. Boleh la pilih yang besar-besar”desis hati kecil Yana.

“Aaaaa…nak yang tu..yang tu..yang ni dengan yang ni taw”kata Yana sambil tangannya sibuk menunjuk-nunjuk makanan kegemarannya itu.

“Nah nak” ucap Makcik Kiah sambil meletakkannya kedalam mangkuk Yana.

Yana tersenyum lebar tanda kepuasan. Satu hela nafas yang panjang dilepaskan. Seperti dia baru sahaja menunaikan satu misi yang amat penting dalam tugasan Mission Impossible.

Yana terus duduk menunggu rakan-rakan yang lain. Tangannya sibuk mengutil-ngutil makanan kegemarannya itu dan disuapkan perlahan-lahan kedalam mulut. Peraturan supaya menunggu bacaan doa dan rakan-rakan lain sebelum makan macam tak pernah hadir dalam kamus hidup Yana waktu itu.

Setelah doa makan dibaca, ucapan jemput makan pada guru dan ucapan terima kasih pada Makcik Kiah, Yana terus menyuap Jemput-jemput Udang ke dalam mulut. Sambil menutup mata dia menikmati makanan yang amat-amat ditunggunya dari pagi tadi. Rasanya yang lazat seperti dia telah terbang ke petala ke tujuh langit.

Dicapai nya lagi dua jemput-jemput tersebut dan disumbat ke dalam mulut sekaligus. Tinggal lagi satu dengan mulut penuh terus dia beratur minta tambah.Perlakuannya di perhatikan Pn. Salmah dari tadi. Baru lah Pn. Salmah tahu yang rupa-rupanya jemput-jemput yang diidamkan pelajar yang bernama Yana.