Wednesday, April 20

Aku bangga pada masa itu.

Guru Oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. 

“Proses Fotosintesis berlaku dengan kehadiran cahaya matahari..”kedengaran seorang guru menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Kelihatan 2, 3 orang pelajar kurang memberikan tumpuan. Rupanya di bawah meja mereka buku Dragon Ball GT berubah muka surat.Sekali-sekala mata menjeling keliling takut-takut guru menyedari tindak tanduk mereka.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. 
 
“Kenapa prestasi pelajaran awak makin menurun? Ada apa-apa masalah yang menganggu fikiran awak?”
“Cikgu….” Dia kematian kata disitu. Butir-butir jernih mula bergenang di kelopak mata.
“Eh, saya tak marah awak. Saya cuma tanya je. Takpe…kalau awak ada masalah awak boleh beritahu saya..Jangan pendam kan apa yang awak rasa seorang diri” balas guru muda itu.
“Cikgu, ayah saya sakit. Dia kemalangan sebelum ni, dia yang cari rezeki……”
Air mata si gadis terus berjuraian. Terkadang guru itu menjadi pendengar setia pelbagai ragam dan kerenah manusia.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

“Okay. Hari ni kita belajar ABC. Siapa yang dah tahu ABC?”
Kelihatan 2, 3 orang murid mengangkat tangan tinggi-tinggi. Kelihatan riak bangga di wajah mereka sambil memandang murid-murid yang lain.
“Bagus.Tahniah kepada yang dah tahu. Tapi yang tak tahu jangan risau. Saya akan ajar awak “ ucap cikgu itu penuh bersemangat.
Murid-murid lain yang kelihatan takut kerana tidak tahu ABC sebentar tadi berubah tenang.Pada guru itu mereka meletakkan sejuta harapan yang menggunung agar mereka juga mampu menulis, membaca seperti rakan mereka yang angkat tangan tinggi-tinggi sebentar tadi.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 

Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam dari rumah yang disewa dan hampir 8 jam untuk ke bandar yang terdekat, tidak sedikit pun meletakkan guru itu dalam situasi yang tertekan. Semakin membara semangatnya setiap langkah yang diatur kemas ke sekolah tempatnya mengajar. Wajah murid-murid di sekolah itu memberikan seribu satu pengharapan untuk masa depan mereka yang lebih cemerlang dari apa yang mereka lalui sekarang.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




Something that I proud not only the past few days, but..



forever.

1 comment:

khamil said...

saye pown bangga dengan awak...
muahkz...