Tuesday, April 19

Dia dan Keinginan

“Hoiii!! Cepat-cepat..Rehat..!!!”

“Yana!! Awak ni takde adab sopan ke? “ Pn. Salmah menjerit dari balik meja guru.

Kelihatan Yana terkulat-kulat sambil tersengih-sengih duduk kembali dalam barisan.Muka memang mintak penampar sulung dari Pn.Salmah. Bukan apa,sengaja dibuat-buat memek muka yang pada perasaannya amat cantik sekali. Sedangkan kalau nak diikutkan dari pandangan pelajar-pelajar lain macam Kerang Busuk.Kerang yang busuk tu pun lagi cantik dari muka si Yana tu.

“Yang awak sibuk nak rehat sangat kenapa? Saya tak habis cakap lagi. Mengalahkan awak pulak yang nak kena sediakan makanan kat kantin tu!”bebelan Pn.Salmah bersambung.

Hairan benar beliau dengan perangai si Yana ni. Bila tiba je hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan, mesti lain benar perangai pelajarnya itu. Pelajaran pada waktu pagi langsung tidak diendahkan. Sekejap-sekejap pandangan mata nya mesti menoleh ke arah kantin. Macam ada yang menarik sangat di kantin tu.Orang kata, macam ada yang memanggil-manggil. Masalahnya, perangai ni mesti berlaku pada waktu tertentu sahaja. Dan mesti berlaku sebelah pagi. Lepas je rehat, takde pulak dia menoleh lagi waima menjeling pun tidak.

Sengaja Pn.Salmah melambat-lambatkan waktu rehat kanak-kanak Tadika Kemas pada hari tu. Pelajar lain ada yang kelihatan resah. Almaklumlah, kalau lambat rehat. Lambatla mereka dapat main permainan-permainan yang ada disediakan pihak tadika. Lego dengan rumah permainan dah macam melambai-lambai mintak disepahkan. Makanan yang disediakan di kantin pun dah terbau-bau. Pn. Salmah menelek satu persatu wajah anak kecil dihadapannya. Pandangannya tertumpah pada wajah Yana. Hampir bergenang air mata di kelopak mata Yana. Kejap-kejap dia menoleh ke arah kantin. Kejap-kejap dia membetulkan silanya. Badan di goyang kekiri ke kanan. Macam orang meratib pun ada. Tak sampai hati Pn. Salmah melihatkan apa yang berlaku.

“Baiklah, saya akan lepaskan awak semua untuk rehat.Okay, Hamzah, macam biasa”ujar Pn. Salmah sambil tersenyum mengangguk pada Hamzah yang menjadi Ketua Kelas Tadika itu.Hamzah bangun dan berdiri.

“Bangun semuaaaaa”

Pelajar lain bingkas berdiri. Yana hampir melompat. Dah macam buat Starjump pun ada. Pelajar di belakang dan hadapan Yana hampir melompat dek terkejut.

“Terima kasih Cikgu”

“Terima kasih Cikgu”bergema suara 20 pelajar kanak-kanak di dalam ruang Tadika itu.

Yana terus berlari memakai kasut.Hanya satu yang sempat disarung. Lagi sebelah di jinjit nya berlari ke Kantin. Sampai sahaja di Kantin , kasut disusun di tepi dinding. Dengan gerakan sepantas Bayangan Pawaka Naruto, Yana sudah siap mencuci tangan dan memegang mangkuk untuk mendapatkan makanan waktu rehatnya.

“Fuhh..Nampaknya dapat nombor 1 lagi hari ni. Boleh la pilih yang besar-besar”desis hati kecil Yana.

“Aaaaa…nak yang tu..yang tu..yang ni dengan yang ni taw”kata Yana sambil tangannya sibuk menunjuk-nunjuk makanan kegemarannya itu.

“Nah nak” ucap Makcik Kiah sambil meletakkannya kedalam mangkuk Yana.

Yana tersenyum lebar tanda kepuasan. Satu hela nafas yang panjang dilepaskan. Seperti dia baru sahaja menunaikan satu misi yang amat penting dalam tugasan Mission Impossible.

Yana terus duduk menunggu rakan-rakan yang lain. Tangannya sibuk mengutil-ngutil makanan kegemarannya itu dan disuapkan perlahan-lahan kedalam mulut. Peraturan supaya menunggu bacaan doa dan rakan-rakan lain sebelum makan macam tak pernah hadir dalam kamus hidup Yana waktu itu.

Setelah doa makan dibaca, ucapan jemput makan pada guru dan ucapan terima kasih pada Makcik Kiah, Yana terus menyuap Jemput-jemput Udang ke dalam mulut. Sambil menutup mata dia menikmati makanan yang amat-amat ditunggunya dari pagi tadi. Rasanya yang lazat seperti dia telah terbang ke petala ke tujuh langit.

Dicapai nya lagi dua jemput-jemput tersebut dan disumbat ke dalam mulut sekaligus. Tinggal lagi satu dengan mulut penuh terus dia beratur minta tambah.Perlakuannya di perhatikan Pn. Salmah dari tadi. Baru lah Pn. Salmah tahu yang rupa-rupanya jemput-jemput yang diidamkan pelajar yang bernama Yana.




1 comment:

khamil said...

comel2...
gheee...