Why i said this?
Kejadian 1
Pada satu pagi yang hening, kelihatan seorang gadis mendaki tangga menuju ke tingkat 4 sebuah bangunan go.men. Bangunan itu adalah HR bagi sebuah kemen.terian. Gadis merupakan pelajar sebuah universiti yang memohon untuk melakukan latihan industri di kemen.terian tersebut. Bidang yang dipohon adalah dibawah Unit komunikasi korporat kerana pelajar merupakan pelajar di bidang tersebut.
Pelajar berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab. Tetapi, pegawai tiada kerana bertugas diluar kawasan. Staff memproses permohonan sambil menambahkan note buat pegawai sekembalinya beliau dari bertugas.
"pelajar ini cantik.Bak model.Tinggi lampai.Berkulit putih. Sila lihat gambar dalam resume. Malangnya die minat untuk berpraktikal di UKK bukan Bahagian kita."
Balas pegawai. "Ahh, tak kira. Kita mesti letakkan die ditempat kita. Tak perlu sebarang tapisan. Tak perlu lihat resume dan kelayakan sebagainya. Telefon sekarang. Kata permohonan diterima dan minta lapor diri pada tarikh yang dimohon."
Staff menurut arahan. Balasan dari pelajar adalah negatif. Pelajar dinasihatkan oleh pensyarah sendiri untuk menolak permohonan sekiranya tawaran tidak selari dengan bidang pelajaran.
Pegawai menggigit jari. Mengarahkan permohonan ke Unit yang sepatutnya dipanjangkan dengan nada yang kecewa dan marah. Berharap akan ada lagi yang secantik pelajar memohon untuk Latihan Industri.
Di dalam fail ada sejumlah surat pelajar yang memohon untuk Latihan Industri di bahagian tersebut. Tapi kerana tiada rupa paras menarik persis model. Permohonan dihantar ke cawangan-cawangan lain.
Betul atau tidak. Rupa paras adalah penting.Bagaimana yang tiada rupa paras menarik tapi berkebolehan, berwibawa dan bervisi besar? Sila back off. Tiada tempat buat anda di HR kemente.rian tersebut.
Kejadian 2
Dia adalah seorang pelajar praktikal di Bahagian tersebut. Latihannya bakal tamat dalam masa sebulan lagi. Dia agak cantik. Kurus dan bermekap. Bergaya dan pandai memainkan peranan apabila berhadapan dengan berlainan gender. Tidak ringan tulang tapi rupa paras dan presenting of PR menutup segala cacat cela. Menggunakan konsep 'im try to entertain you as you pleased and like'.
Sebelum latihan praktikal tamat ditawarkan untuk menjawat jawatan yang menajadi buruan semua penganggur. Tanpa sebarang tapisan, temuduga dan permohonan. Ditawarkan secara lisan dan jawatan khas untuk dia diwujudkan. Tawaran dibuat oleh Big boss. No one can object this order.
People out there send their application. Photocopy their qualification cert and all that. Send their application. Finally, the letter were send to waste basket. No person in charge will look for their application. Alasan?
Tarikh dah tamat. Tak perlu tengok application lagi.
Adil atau tidak terpulang untuk anda menilainya. Saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan. Anda baca, anda simpulkan. Tidak perlu provokasi. Ini cuma pandangan seorang pekerja biasa yang bertaraf kontrak. Tiada jaminan diterima masuk bekerja secara tetap.
Jika ada yang membaca menuduh saya iri hati dengan kecantikan orang lain dan mengharapkan saya mendapat layanan sebegitu juga. Silakan. Itu hak anda. Tapi sila baca semula tajuk di atas.
Tidak ada rupa.
1 comment:
adalah tidak patut menggunakan kuasa yg ada dgn cara begitu...
patut la orang ramai bnyk mengadu kerajaan tidak pandai wat keje...
rupe2nye kerana orang atasan menyalah guna kuasa...
Post a Comment