Friday, December 31

sesak napas

2 hari lepas aku menangis. Tapi aku tahan-tahan. Pastu MKH telefon pun aku macam dah sesak-sesak nafas je menahan masa cakap. Kalau aku terlebih cakap je....confirm aku akan teresak-esak dah cakap dengan dia. Last-last tak cakap.Nanti die dengar je aku nangis. Uuuu...kememeh nye... Malu la camtu.....-___-"

sebab menangis????
Hehehe..kene cerita ke? Nanti kot-kot aku rasa aku kuat dan boleh bercerita hal ni gelak-gelak aku story la. sebab...ni pun ada rasa nak meleleh lagi. Uwaaa....

Thursday, December 30

Part III-Trip to Langkawi.

Hmm, menaip sambil menikmati secawan Nescafe adalah nikmat bukan? Hehehe Hujan renyai-renyai pulak dekat luar tu. Lagi la...effect asap berkepul-kepul keluar dari secawan nescafe bersama dengan aromanya membuatkan hati rasa tenang dan mahu senyum sampai ke telinga.Okay, aku sambung Part III trip ke Langkawi ni. Kalau gaya penceritaan aku harini tak meleret-meleret, mungkin ini adalah Part yang terakhir. Kalau berjela-jela merepek tak tentu hala. Kena la ada Part lagi satu untuk habiskan cerita. Hohoho.

Ahad, 28 November.
Pagi Ahad ni kami semua bangun awal sebab nak catch up schedule untuk hari ni. Kami breakfast dekat chalet tuh je sebab dia ada sediakan mini breakfast dalam package die. Bila kata mini breakfast tuh, maksudnya memang betul-betul mini la. Ada nasi goreng dengan roti. Roti tu kene toast sendiri kalau nak. Dia ada sediakan black cofee dengan tea. Pandai-pandai la tambah gula ke susu kalau nak rasa lain. Aku tak makan sangat pagi tu. Amek orange dengan cofee je sebab aku dah melantak secara puas masa kat dalam bilik. Aku dah sumbat maggie cup secawan lepastu aku makan lagi ayam KFC yang lebih masa makan semalam tu dan aku buat Hot Chocolate. Ye la...orang lain elok tidur lagi aku dah bangun kelaparan. Makan sambil bukak Tv perlahan-perlahan.

Dalam pukul 9 tu dah siap-siap semua, kitorang gerak nak pi naik Cable Car. Aku macam biasa lah tukang baca map. Okay-okay kat depan tu ada simpang nama kampung bla bla kan. Belok kiri. Ada sekali tu macam terlajak, terlepas papan tanda. Nasib baik adik perasan. Kitorang patah balik dan masuk simpang tu. Sign untuk ke Cable Car tu terlindung betul dengan daun-daun pokok. Aish, kalau tourist lain macam kami ni juga tak perasan, mesti dah terlajak sampai ke mana-mana. Lepas tu merajuk tak mahu pergi dah sebab asyik salah jalan. Ha....sape yang rugi? Langkawi jugak kan...

Kami sampai cable cari around 11 jugak la. Masa nak naik tu memang ramai sangat orang. Yela, kan tengah cuti sekolah masa tu. Kami beratur panjang la. Luckily, kitorang adalah 5 orang, maka boleh naik satu Cable Car tak payah kongsi-kongsi dengan orang lain. Sebab maximum dalam satu Cable Car adalah 6 passenger. ^_______^ 
Masa nak gerak keluar.


Entrance of Cable Car.


Dalam Cable car. Aku, adik dan  Pak Busu.

Langkawi dari atas Cable Car.


See...seram sejuk. Aku dah diam tak bercakap je masa nak naik tu. Dah lama-lama baru okay.


Oh..muka riang gembira orang belanja.


Okay. Tengok pakai binoculars. Padahal amende aku tengok pun aku tak pasti. hehehe


Aku dan kakak. Ehehe..Teka dia form bape. 


Okay..Tahu. Poyosss...


Aku suke sengeh lebar-lebarkan? Orang suruh senyum..dia sengih.


with Busu's family.




Ahaa...dats me!! ^___^


Lepas je ke Cable Car. Kitorang gerak pi Telaga 7 pulak. Telaga 7 ni cerita misterinya..dikatakan dulu ada Puteri bertujuh yang dok mandi kat sini. Jadi ada tujuh lekuk yang terbentuk macam kolam untuk puteri-puteri ni mandi.Hihi..Ni dari apa yang aku baca la. Kat sini pun ada air terjun. Kitorang naik sampai part atas sekali. Sebab malas nak rebut dengan ramai-ramai orang dekat air terjun tu. Jadi kami naik kat kolam yang ketujuh.Pheww...semput-semput la naik atas sekali. Nak tempat best-best konon. Kami lepak lebih kurang then balik.

Petang tu, sempat singgah Dataran Lang Kat Kuah. Tak sah la kan kalau pergi Langkawi tapi tak pergi Dataran Lang dan mengambil gambar. Hihi



Thursday, December 23

Part II-Trip to Langkawi.

Sabtu, 27 Disember.
Mula-mula dah janji nak gerak dalam pukul 7 pagi. Breakfast dekat luar. Tetapi.....aku bangun awal pagi tu dah siap solat Subuh. Aku tengok sume orang tak bangun lagi. Emm, takpela, maybe awal sangat kot aku bangun. Dalam area pukul 5 lebih camtu. Aku terjaga pun sebab sejuk nak mati. Aku memang jenis tak tahan sejuk. Dah taw sejuk aku pulak tak reti nak berselimut. Ntah la, aku jenis tak tahan sejuk. Lagi-lagi aircond. Mula la aku ni 2, 3 kali kene bangun buar air. Padahal takde la melantak minum air sangat. Mane datang tah air banyak-banyak yang nak kene buang tu pun aku tak tahu. Hohohoho


Aku pulak dah bangun tu tak reti nak kejut Busu. Aku pi bantai membuta balik. Last-last aku terjaga balik pukul 7 lebih. Kocoh-kocoh aku bangun, mandi dan siap-siap. Tapi aku tetap orang pertama yang siap. Dah pastikan sume barang-barang elektrik di off kan. Kitorang pun gerak la keluar. Naik highway Ipoh, then singgah dekat RnR Sungai Perak. Aku makan nasi lemak dengan ayam goreng. Mula-mula aku ingat nak amek sandwich je. Tapi Busu kata maybe takde berenti dah lagi. Terus je straight sampai Jeti Kuala Kedah. Sebab masa pun macam dah suntuk . Tak tahu lagi dalam perjalanan karang, jammed ke apa kan. 

Masa ni dekat RnR Sungai Perak. Berenti makan. 

Then, perjalanan diteruskan. Aku ni first time menuju ke Utara. hehe Bila nampak sawah padi terbentang luas, aku jadi teruja yang amat. Macam excited gila dapat tengok sume tu. ^___^.  Turun je dari Plus, Busu tiba-tiba tegur Pak Busu, Eh, minyak tak isi ke? Sekali tengok , ha..memang dah nyala-nyala pun lampu minyak tu. Masa tu masing-masing dah cuak. Karang kalau kereta terberhenti, sume kene tolak kereta ramai-ramai. Hahahaha Turun tol Kuala Kedah then perlahan-lahan jalan cari pam mintak terdekat. Phew, jumpa dengan Petronas. Isi. Full tank. Nasib baik la memang petrol station tu dekat je dan senang nak cari. Lepas je isi minyak , teruskan perjalanan ke Jeti. Masa nak sampai jeti ni ada sorang mamat ni ketuk cermin kereta. Dia tanya.

"Abang nak cari parking ka? Abang nak pi Langkawi?"
"A'ah nak pegi Langkawi"
"Saya boleh tunjuk tempat parking untuk abang."
"Tempat tu teduh tak?"
"Abang ikut je saya bang"

Memang betul la macam garaj betul. Ada bumbung semua. Dia charge RM10 sehari. Tiba-tiba masa nak bayar tu, ada geng abang tu mintak lebih. Masa ni abang yang bawak kitorang tu takde. Pi setel tempat lain.  Dia nak charge RM20 sehari. Aku dah blur kat situ. Eh, tadi cakap RM 10 sehari. Aku nampak je abang tu,  terus cakap  " Awat lagu ni bang. Tadi cakap 10 sehari. Ni pasai apa 20 sehari pulak" Terus abang tu cakap dengan geng dia. "Weh, 10 sehari la. Aku dah deal ngn encik ni. "So, selamat la kat situ. Hahahaha

Sampai je kat Jeti Kuala Kedah terus book ticket feri ke Langkawi. Terlambat sikit. Sebab feri jalan pukul 2.30. So kena la tunggu dekat Jeti tu lebih kurang sejam. 





Naik free dari Kuala Kedah-Langkawi, lebih kurang 2 jam lebih. So, dalam feri tu , duduk sahaha. Dan tidur. Takle watpe la. Hahaha. Sampai je Kuah, Busu dah siap-siap charter kereta. Aku rasa cara ni lebih baik. Sebab, senang kita nak pilih nak pi mana-mana. Tak perlu tunggu or ikut schedule. Masa ni, budak-budak dah cuti sekolah. So, ramailah umat berpusu-pusu kat Langkawi. Hehehe

Kitorang stay dekat Pantai Chenang. Ada banyak resort dekat sana. Pak Busu dah siap-siap book dari Ipoh lagi before pergi. Kalau dah sampai sana baru nak cari memang payah la. So, sampai-sampai je boleh confirmed book dan amek kunci. Terus masuk bilik dan landing. Yeah!! Tak lama pun. Lepas sume siap-siap keluar cari makan sebab masing-masing dah lapar. Last makan masa kat RnR Sg. Perak tu. Masa on the way ke Pantai Chenang dari Kuah, kitorang ade nampaksatu KFC ni. Kitorang patah balik ke Kuah, then makan KFC utk dinner. Masing-masing aku rasa memang dah menggigil perut. Sebab adik terus campak je tutup sos tu. Hahahahaha

Lepas makan tu konon-konon nak jalan-jalan kat Kuah, sekali apa pun takde. Kedai sume tutup. Jadi malam tu. Jalan dekat area Pandak Mayah. Busu borong kain pelikat dengan kain batik. Aku pun belikan jugak untuk MKH. Tak tahu nak bagi ape dah. Huhu




ni masa dekat jeti Kuala Kedah.








Tuesday, December 21

Hikmah

Semua yang berlaku, ada hikmah disebaliknya..

Sigh~~

Monday, December 20

Part I-Trip to Langkawi.

Disclaimer : Entry mungkin akan berbentuk panjang dan mencecah lantai. Jadi tarik nafas panjang-panjang sebelum baca. Kalau rasa malas nak dengar aku merepek. Sila tekan butang pangkah. Sekian. 

Kisah perjalanan aku kali ni bermula seawal hari  Khamis lagi. Malam Khamis, 25 haribulan tu aku dah bertekad dengan mengemaskan beg. Walaupun mak ngan abah masa tu macam kasi tak kasi je aku pi rumah Busu, aku selamba kemas. Dalam kepala otak aku dah merancang macam-macam pasal nak mintak kebenaran parents aku. Malam tu aku tidur nyenyak-nyenyak. Takut esok, kempunan. Hahahaha


Jumaat, 26 Disember. 
Aku bangun seawal mungkin dan basuh semua baju yang ada. Siap basuh baju, aku perlahan-lahan pergi cakap dengan mak aku. Yang aku nak pi rumah Busu sebab Busu ajak pi Langkawi. Mak diam dan cakap, pergilah. Okay. Yeayyy!! aku dah bersorak dalam hati. Okay good. Aku terus rancang perjalanan aku. Rancangan yang tak rupa rancangan sangat la. Hahahaha. Pagi tu aku ada urusan bank sikit. Abah mintak aku settle kan hal tu dulu sebelum aku berangkat ke Ipoh. Cepat-cepat aku pi bank dan settle kan hal tu. Hujan renyai-renyai pun aku redah je. Lepas tu aku terus shoot pergi beli tiket. Alhamdulillah, aku dapat tiket pukul 12 tengah hari. Mersing-KL. So aku pun balik, kemas-kemas sikit. Sempat lagi update blog untuk beberapa hari punya. Hehehehe


12 tengah hari, abah hantar aku ke Bus Stand, aku naik bas dan berlepas ke KL. Hujan renyai-renyai. Aku bantai membuta dalam bas. Sebab aku tak tahan sejuk aircond+hujan kat luar. Lagila....aku langsung tak minum or makan sebab nanti aku asyik mintak berhenti nak buang air. -____-" aish..bila macam ni kan, aku mesti selalu terfikir yang bila la aku nak drive sendiri pergi mana-mana. Kalau aku boleh drive sendiri kan, confirm aku tak perlu lagi tak payah makan dan minum semata-mata nak tahan buang air. Sebab anytime aku boleh berenti dekat RnR ataupun stesyen minyak utk buang air.Hehehe. Eh..macam jauh sangat je fikir ni. =P


Aku sampai kat Bukit Jalil lebih kurang pukul 6 petang. Aku telefon Busu. Busu cakap dia lambat sikit sampai. Masa ni bateri phone aku memang dah bengong la. Masa ni aku tengok full bar lagi. Sekali, tak sapai 20 minit lepas tu, terus tinggal 1 bar dan dah bunyi-bunyi tanda nak mampus. Aku dah cuak, gelabah kentang. Aku terus silent kan phone. Aku takut tak sempat je bateri tu bertahan sebelum Busu ambil aku dekat sana. Aku tunggu lama juga la. Dari pukul 6 sampai pukul 8 malam. Dengan tak makannya. Memang pedih sikit la perut.Siap bunyi-bunyi dan orang sebelah dengar. Hahahaha. Lepas tu, Busu call aku dan aku pun gerak dari tempat tunggu bas tu jalan sikit sampai dekat dengan Stesen Monorail. Masa tu memang jammed la. Last-last Busu suruh aku jalan sepanjang pathway tu sambil tengok kereta sebab Busu stuck dalam jammed. Aku pun jalan la sambil mata melilau tengok-tengok plat kereta. Aku ternampak je Honda City, plat Perak terus aku tarik nafas lega. Aku tahan dan terus naik tengah-tengah jalan tu jugak. Yela...dah kereta pun tak bergerak kan. Pak Busu pun terus jalan keluar dari Bukit Jalil naik highway dan menuju ke Ipoh. Dalam kereta aku sempat bagi mesej dekat mak je cakap yang aku dah naik dengan Busu. Lepas tu terus tak boleh on dah handphone tu. Huhuhu. 


Busu terus pecut kereta dan berhenti dekat RnR Tapah. Masa tu aku dah membuta menahan lapar. Turun-turun je, aku wajib buang air. Lepas tu terus makan. Aku amek je nasi dengan lauk campur. Makan tak toleh kiri kanan. Hahahaha. Dah kenyang puas hati aku. Lepas tu, naik kereta dan terus gerak ke Ulu Kinta, Ipoh. Sampai ipoh lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sampai-sampai je mandi dan terus cas handphone. Baru rasa segar sikit badan. Borak lebih kurang dengan Busu dan MKH, kemas-kemas baju balik semula. Then, tidur. Itupun jam dah tunjuk pukul 2 pagi. huhuhu


Part II akan diupdate seterusnya. InsyaAllah, mood tengah rajin ni. Aku update cepat-cepat le.
hehehehe

salah letak.

Okay, sebenarnya aku salah letak.
pendrive tak tinggal kat rumah ummi. 
ada je dalam beg aku tu. 
aku je malas nak korek-korek.
mintak maaf ye ummi. huhu

sekarang dah jumpa, nak update apa dulu ye? hehehe

Sunday, December 19

SPS-KPKK

Okay.
Sebelum aku lupa dan cerita jadi basi berkulat-kulat, baik aku cerita.

Aku menghadiri temuduga untuk SPS( Skim Perkhidmatan Singkat) Gred 41 dibawah Kementerian Pembangunan, Komunikasi dan Kebudayaan. 
Kejadian berlaku masa hari Selasa minggu lepas. Aku dapat panggilan masa hari Sabtu. Aci dia telefon hari Sabtu. Aku ada dengar cerita dari kalangan yang datang temuduga tu la. Dia kata memang sengaja dorang telefon hari Sabtu sebab hari Sabtu kan biasanya orang sibuk dan calon-calon yang dorang telefon kalau tak angkat, kira burn la interview la. Hehe . Sebab tu salah satu cara dorang nak cut down the numbers of applicant. Pandai jugak dorang ni. 


Masa aku dapat call tu, aku tengah makan kat kebun. Cuba tengok sini.
Cepat-cepat aku basuh tangan then angkat call. Time tu jugak dia suruh catat maklumat. Aku main tulis je atas suratkhabar yang buat alas makan tu. Lepastu aku koyak je bahagian yang aku tulis tu. Hahaha Punya la tak bersedia. 
Dan-dan tu jugak abah decide nak balik hari Ahad so that aku boleh beli tiket dan naik bas hari Isnin. 


Aku berjaya beli tiket bas hari Isnin, pukul 12 tengah hari. Macam biasa la, aku naik Transnasional. Bas dari Mersing ke KL memang akan lalu Pahan, N9 then baru KL. Tapi kali ni aku naik laluan dia pelik sikit. Selalu bas akan lalu Seremban then naik Highway kat Seremban. Kali ni bas lalu Lekas, then Turun Kajang. Pastu naik balik Highway Kajang Silk, pastu keluar tol tu masuk pulak Plus Highway. Lalu Serdang, then Tol Sg. Besi pastu baru sampai KL. Perjalanan macam biasa jugak, 6 jam. Takde pulak bila lalu tempat lain tu masa perjalanan dipendekkkan. Haih. Macam biasa la, naik kematu punggung duduk dalam bas lama-lama. Haish...


Sebelum aku pi KL tu aku pun tak decide nak dok mana. Aku cakap dengan MKH pasal interview tu. Dia kata nak tolong aku. Aku macam dah..."haih..asyik susahkan dia je.Kerja tak dapat-dapat jugak. Huhu" . Aku ingat masa tu nak duk dengan angah je. Tapi nanti macam susah la pulak kalau aku kene naik public transport.Sebab dari tempat angah memang susah nak dapatkan Public Transport kan.  So, aku cakap dengan ummi siap-siap aku nak tumpang rumah dia. In case MKH ada hal /problem masa aku nak pi interview tu aku ade alternatif lain naik Public Transport. hehehe Tapi whatever pun tu suma rancangan dalam otak je sebab aku memang tak plan dan tak ready langsung untuk pergi sendiri. Kira senang cerita sebenarnya aku memang mengharapkan MKH 100% la. Hmm...Terukkan aku?? -____-"

Masa sampai je Bukit Jalil, MKH ambil aku dengan kawan dia. Aku macam segan-segan la sikit. Menyusahkan member tu je. Lagi buat aku rasa bersalah bila MKH cakap yang member tu tak pi amek awek dia pun sebab nak amek aku kat Bukit Jalil. See...aku selalu je menyusahkan MKH. Bila dah susahkan MKH, aku mesti susahkan kawan-kawan dia jugak. Huhuhu

p/s: aku sambung cerita dia nanti. Karang kalau entry cicah lantai, larat ke nak baca? muehehe

Saturday, December 18

aiseyh..tertinggal ke?

tak boleh update.
pendrive tertinggal rasanya dekat rumah ummi. 
aci bagi alasan macam tu?

uwaa....


Wednesday, December 15

theee...^________^

aku nak buat ayat budak-budak zaman sekarang. 
Serius.
Sumpah tak tipu. Aku bahagia sangat semalam. 
Aku dan dia. Err..tambah lagi satu. Kesakitan.
Boleh pulak nak sakit. Tapi takpe. Allah kata sakit adalah penghapus dosa-dosa kecil.

Aku sayang dia. Serius. Sumpah tak tipu. Aku bahagia sangat.
Okay. Bila aku dah ulang dua kali sebut benda yang sama. Aku pulak yang rasa annoying.
Awak. Bila kita boleh sama-sama macam tu lagi?

p/s: rasanya tak boleh selalu-selalu.tapi nak jugak selalu-selalu. How?

Monday, December 13

Putar-putar

Balik dari kebun hari Ahad semata-mata sebab aku kena panggil pergi interview hari Selasa.
Okay. Rasa bersalah di situ. Sebab abah dah plan nak cari kayu buat pagar hari Ahad tu. Tapi sebab kena balik, tak dapat la buat pagar. Double bersalah. 

Hidup bukan semudah kita sebut a.b.c. Err..walaupun nama blog ni a.b.c takde la pulak aku nak cakap yang blog ni menunjukkan hidup aku semudah tu.
Bila kita nak kan sesuatu pasti akan ada halangan yang muncul lalu menyebabkan hajat kita itu tak semudah yang disangkakan untuk kita capai.
Lalu dengan cepat kita akan berkeluh kesah dan mungkin satu helaan nafas HMMPHH or HAIHHH akan dilepaskan. Oh..nama nafas tu mengeluh.

Bila dah mengeluh mesti terfikir. Aish..ni kenapa tak reti nak bersyukur ni? Okay. Salah diri sendiri sebab tak bersemangat waja dan jitu. Kecekalan takde. Yang ada cuma kata-kata hangat-hangat tahi ayam.

Manusia yang paling susah buat keputusan ialah Aku. Bila suruh pilih lagi la. Bertambah-tambah susah. Boleh tahap menangis .

cerita adalah random. Otak tengah kusut. Sape ade buat terapi otak? 

Friday, December 10

kempis punggung.

Ini macam kalu hari-hari...boleh kempesss punggung. Maka akan leperlah ia...jadi apabila proses pelaburan saham di bilik termenung menjadi semakin sukar dan.....Ahh!! tak payah la aku cerita.

Yang penting..
selsema boleh bikin hati panas dan mulut pun ringan je nak mengeluarkan kata-kata yang agak tajam di pendengaran.

Sekian. 
Kejap lagi,4 jam lagi dalam kenderaan bergerak dan dalam perut rasa dah bergelodak.
Jangan aku muntah sudah.


Friday, December 3

Cuti


okay 
tengok gamba ni dulu. lain2 aku cite kemudian naa..

him.


yes. 
thats him.
my lil brother.
not little anymore.
ohh..dah besar rupanya ko ye.
he's on fifth former.
at SMKA Bandar Penawar.
have his exam this year.
dah nak abes pun rasanya..
All The Best! For your SPM. ^^


Sunday, November 28

Ekstrejezait..

Ahahaha...Melebih-lebih pulak cerita pasal MKH tuh kan? Sampai 3 entry aku taruk. Itu tak termasuk entry tulis kat langit bagai...Haiyoo....gatal sungguh anak pakcik R nih..

Okay.okay..back to myself.
Kejap-kejap..yang dikatakan 'myself' tuh macam mana ye?
Emm..pikir jap. 
Haish..lama sangat fikir.Teeet..abes masa. Dah, tak payah fikir.


Ni nak tanya ni. What do u think, when somebody write bout yourself?
Nak rasa happy tak? Ke..rasa berbunga-bunga? Ke rasa teruja?
Hahahaha


Hey..hey...one more thing.
I had this conversation with my oldies buddy.
Dia cakap..kadang-kadang bila borak dengan aku..dia macam cuak sikit, sebab aku macam boleh teka amende yang dia buat. Dan ape yang aku teka tu adalah betol..


Contoh. 
Dia ngaku dia tak boleh lupa ex dia. 
Dan..aku dengan selambanya tembak..
Ko mesti stalker dia kan? Kalau bukak FB mesti ko bukak FB dia kan? Lepastu kalau dia ada blog, mesti ko bukak blog dia kan?
Dia ngaku. Ye.
Ko ni stalker dia apee..???
Ha'ah.
Ko jangan cakap yang ko siap printscreen wall FB dia, blog dia dan ko right-clik, save as..setiap picture yang dia upload kan?
Demmmm!!!! aku tak suke cakap ngan ko. Kenapa ko teka semua betol?
Erk???? OMG!! Sorry....hihihihi



Hahahahaha. Sorry kawan...aku teka je. Tak sangka pulak betol....
Jangan mare arr..aku takde kuasa psikik ke apa. So, jangan tetibe tak nak jadi kawan aku pulak nanti. ^______________^


 

Saturday, November 27

Bertemu muka

Pertama kali aku berjumpa dengan dia..masa 31 Ogos. Tapi rasanya ..itula perjumpaan paling sekejap. Sebab....bas yang aku naik tu sangat la menghazabkan. Hahahaha. Perjalanan dari Ipoh sampai Melaka amek masa sampai 6 jam. Sebab bas tu berhenti dekat 2 tempat. Satu dekat Klang and one more at Seremban. Berhenti dekat 2 tempat ni je amek masa dekat 2 jam. Memang panas la punggung aku dalam bas tu. Dah la aku dok sebelah lelaki. Nasib baik la budak tu turun dekat Klang. Dan lepas tu takde sape dah duduk sebelah aku. Hehehehe. 

Aku sampai je kat Melaka Central dah pukul 5 lebih. Aku cepat-cepat cari surau lepas tu Jama' kan sekali Zohor dengan Asar. Aku siap je solat, dia telefon. Aku cakap ada kat Surau. Dia kata nanti dia datang. Aku masa tu dah berdebar-debar dah. Yela...dekat 13 tahun tak jumpa. Ni jumpa mesti masing-masing dah berubah kan. Selalu contact thru Phone and YM kan. Ni dah jumpa depan-depan. Mesti segan woo...huhuhu

So, aku pun dah siap kemas barang semua. Aku pun keluar surau...Keluar-keluar je..dia dah ada tunggu kat situ. Ehehehehe. Aku pun tarik senafas....pastu.Sengehh  dekat dia....Aiyaa...tuh jek aku mampu buat time tuh kot!! =P 

Pastu pakai kasut. Jalan elok-elok.(dalam hati ni Tuhan je tahu tapi muka control and cover abes laa..) Maintain sengeh... Pastu sampai je depan-depan......

Lama dah ko tunggu? Mana tiket aku?  
Wah..dah tak sabar nak balik ke terus tanya tiket ni?
(gulp..bukan tak sabar la deyy..dah tu je yang terlintas dalam kepala..lutut dah ketaq ni..)
Jom duduk kat kerusi tu dulu..
Okay...


Duduk je..masing-masing senyap. (Aisehh..aci senyum sendiri-sendiri je? Takle jadi ni..)
Penyudahnya....aku yang dok pok pek pok pek. Dia senyum je. Pastu gelak-gelak. 
Takde borak apa sangat. Lagipun masa memang suntuk. Dalam 15 minit je gitu. Lepas tu, dah nak kena naik bas. Aku pun masa tu tak makan lagi. Rushing nak pi beli makanan sket. Yang dia ni rajin pulak melayan aku kesana kesini. Hihihihi


Dalam pukul 6.15 camtu..bas pon sampai. Aku naik. Dia hantar sampai dalam bas. Pastu say bye bye. Dan bas pun bergerak meninggalkan Melaka Central dengan seribu rahsia dan kenangan. 


Haiyoo..ayat last tu macam novel pulak. Tak boleh blaa....hahahahaha



Friday, November 26

Nak dijadikan cerita..

.....

masa aku Darjah 3, aku satu kelas dengan MKH. Aku pindah JB masa darjah 3 la kan, tahun 1996. Masa aku masuk tu dah bulan 3. Kebanyakan yang dalam kelas tu memang dah sama-sama dari darjah 1 dan pra-sekolah, jadi aku terkontang kanting la sorang-sorang takde membe. Masa aku mula-mula masuk kelas tu, aku tak suka sangat.Macam tak diterima dalam kelas tu pun ada. 

Reason pertama aku tak suka, half of the class were non-malay. Aku datang dari area Alor Gajah, which tempat tu ada jugak non-malay tapi most of them takde la yang speaking berabuk. Ni masa aku sampai je JB, mostly dalam kelas tu anak tokey-tokey, anak peguam, anak pegawai-pegawai. Kira aku macam terkena kejutan budaya la sikit. Dorang banyak speaking-spekong kan. Ehh?? sikit ke? Macam banyak je. Huhuhu 

Reason kedua kenapa aku tak suka. Kebanyakan yang saing dengan aku ke sekolah tu, sume kelas lain-lain. Kuning,Biru ngan Merah. Aku sangat sedih sebab masa abah registerkan aku tu, aku kena masuk kelas Hijau. Aku cakap dengan abah, boleh tak nak tukar kelas masuk biru ke, kuning ke. Sekurang-kurangnya yang baye-baye aku dekat Blok aku duduk tu satu kelas dengan aku. Tapi tak dapat. Nak tak nak aku kena jugak masuk 3 hijau. Grr....-___-"

Reason seterusnya lagi, aku masuk-masuk je Kelas 3 hijau tu...aku kena duduk dalam group yang semua budak lelaki tapi tetibe aku sorang perempuan. Adeeihh..aku sangat benci. Dah le takde kawan. Memang otomatik aku jadi seorang yang sangat pendiam. Hahaha. Macam tak percaya pulak bila ingat-ingat balik yang aku ni boleh jadi pendiam pulak masa tu. Tapi, sekejap je aku duduk sorang-sorang, 4 hari lepas aku masuk , ada sorang lagi budak baru masuk kelas tu dan duduk sebelah aku. Anak askar. Aku kasik nama cik A je la. Hehehehe Ade cerita best pasal cik A dengan MKH ni. Hihihihihi Itu nanti lain part aku cerita. Eh..banyak nau lain part. Nampak macam blog ni nak cerita pasal dia je. Ceit....suke enterprem taw dia nih. Grrr...@____@

Tapi yang paling penting sekali......aku SEBENARNYA TAK NOTICED PUN YANG AKU DENGAN MKH SATU KELAS MASA DARJAH 3 HIJAU TU. yelaa...dah kata tak suka kelas tu kan. Jadi memang tak ingat la sangat apa-apa kejadian masa darjah 3. Ini pun MKH yang bagitahu aku yang kitorang pernah satu kelas masa darjah 3.Kesian kan aku?? Sangat la ignorance dulu-dulu. Mana peduli orang sekeliling. Aku aci selamba buat hal sendiri je. Agaknya...kalau kumpul-kumpul balik kawan-kawan yang satu kelas dengan aku masa sekolah rendah dulu. Aku memang tak dapat cam langsung. Memang sungguh ignorance. Matilaa...hahahahaha


Dah. Jom tengok muka serabai aku. Dahle macam lelaki. Tapi elok pulak pakai anting-anting. Geli hati betul..

Darjah 1 kot masa amek gamba ni. Aku rasa sampai aku Darjah 3 pun muka aku segitu gak. Hahahahaha





Thursday, November 25

Serius.

Okay. Tajuk macam poyo kan. Serius mende tah. Takde la.. Ni kan ada dalam list aku yang ketiga tu. Nampak? Nampak? Num 3? Apaa diaaa....? Serius dengan si Dia tu la.
MKH!!


Hambik..pendek2 aku bagi nama. Ohh..nama nak enterprem aje. Kalau masuk nama ayah sampai 4 perkataan. Aku ni...segitu je ha. Pendek. Dah-dah. Takde rayuan. Dalam ni aku kasik perkataan je. 


Emm..nak cerita pasal hikayat aku ngn dia ni. Sampai kesudah pun tak habis. Lagipun tak terlarat aku nak habiskan dalam satu entry. Time by time aku akan cerita pasal dia ni kalau aku teringat sumtin or secara tibe-tibe datang mood gatal. Aku cerita jugak laa...hahaha


MKH orang Melaka. Err..Jasin. Err..nak kena kecikkan scope lagi ke? Tak payah la kan. Cukup la tu tahu Melaka. Karang kasik alamat rumah siap-siap...aku yang pi meminang dia. Hahahaha..(dah start daa.......gatal la tuh..gatal la tuh..)


Asalnya aku dengan dia sama sekolah rendah dulu. Twit twit! aku pernah cerita kan yang aku dulu sekolah rendah sampai 2 sekolah? Yang MKH ni satu sekolah rendah masa aku dah pindah JB. Err..tapi masalahnya..masa sekolah rendah aku tak de la kawan dengan dia ni. Mungkin sebab aku blur. Ntah. Dia kata dia ada hint-hint gak. Tapi...mane la budak yang berusia 10 tahun dengan kepala otak asyik fikir nak main getah, tangkap pepatung  waktu rehat nak paham hint-hint tersebut kannnn. Misti la aku tak paham... Cube cakap terang-terang macam Izhar Halqi. Aku suka kau. haaa..misti aku paham...hahahahaha

Tapi..aku saing dengan dia ni masa naik Van pergi sekolah. Ada la aku borak sikit-sikit dalam Van dengan dia. Aku ni bukan apa. Nak kata sombong tu takde la. Cuma aku tak pandai berkawan. Dulu aku skemaaaaa wooo.. Pemawass...Dah tu aku rasa macam semua orang tak nak kawan ngan aku. Aku dulu lone ranger pergi sekolah agama. Boleh aci selamba lalu tengah padang pastu bila sampai tempat helikopter landing tu. Aku pi ketuk-ketuk badan heli tuh. Hahahah Punye la jakon....


Dah tu pulak aku memang tak berteman pergi sekolah tu. Sorang-sorang. Sampai sekolah baru aku bercakap. Itu pun ada la dalam 2, 3 orang yang aku bertegur sapa. Lain-lain aku senyum je. Ntah la ek. Ape pesen tah aku time tuh. 


Nak dijadikan cerita....okay..nanti sambung. Dah..ade keje nak buat. Hehehe.





Wednesday, November 24

Marking Paper.

Aci kan aku terus lompat pegi list nombor 5?
Hahahaha.. Ade lepas ni kene sound baik punya. Apesal terus lompat nombor 5? Nombor 3 ngn 4 ape pasal tak mahu cerita. Kihkihkih.....

Jawapan aku? Sajeeee....aku kan pendengki....blueekk!! =P

Cerita pasal marking paper ni.....Aku dikehendaki menanda kertas untuk peperiksaan akhir tingkatan 1 dan 2. Ya Allah..macam-macam perasaan ada masa aku menanda kertas student ni. 

Masa tanda tu. Bila baca je jawapan. Nak tergelak ada. Menggeleng ade. Mengeluh ada. Aku pelik. Soalan memang straight to the point. Soalan KBKK pun ada la dalam 2,3 soalan. Yang lain semua boleh jawab punya. Lagipun takda la skema sangat aku tanda. 


Disayangi Allah.
Diredhai Allah.
Allah lebih sayang kat kita.


Macam ni pun aku bagi markah penuh apa. Ada satu soalan tu.


Soalan. Bagaimanakah seseorang itu ingin menuntut ilmu?
Jawapan. Betapa di gunung.


Aiyarkk..deyyy..ni kertas agama la..bukan paper sejarah melayu zaman silam. Boleh aci bertapa bagai semata-mata menuntut ilmu? 


Pastu ada soalan tanya pasal malam istimewa pada bulan ramadhan. bila tulis lailatulqadar or ape2 yang student tuh eja..aku paham as lailatulqadar memang aku kasik betul je. Then next question is, apakah kelebihan pada malam tersebut?
jawapan dorang...pokok-pokok bersujud. Aiyarkk..sayang oii.......awat dok cerita habaq tang pokok bersujud tuh..hang pernah nampak kaa? idak kan?? dah tu..yang hang dok melalut tulis pokok sujud..langit esoknya mendung bagai pasai apaa???


Tak menangis menanda jawapan diorang??


Ade tu..bila aku tengok tulisan. alhamdulillah..cantik kemas. Sedap mata aku nak membaca dan kasik markah-markah yang hebat. Sekali....aku baca..dari mukasurat 1 sampai 3..dia bantai kasik soalan je. Jawapann.....nan hado!!! aku pangkah. tulis markah 0. tapi aku tulis jugak. "terima kasih sebab berusaha menjawab kertas agama." Ye la kan. Ape la yang dapat kita expect dari seorang student yang memang kene pergi kelas intervensi which that class specialize for those yang takle membaca,mengira dan mengeja pun. At least, bila dia datang exam dan tulis juga dekat kertas tu. Aku sedap hati la. ^_____^ Aku doakan dia akan berjaya dalam hidup. Sebab aku nampak dia nak juga berusaha datang kelas. Dan duduk depan dengar aku menceceh dekat depan kelas dari budak lain yang boleh membaca tapi dah macam bijak sangat dan kurang sopan dengan cikgu-cikgu. InsyaAllah...mudah-mudahan Allah mudahkan perjalanan hidup dia.aminnn.. 


Nak dijadikan cerita. Aku tanda kertas agama ni agak strict sikit. Bila aku sampai sekolah aku tanya Ustzh Mazlina. Dia kata kelas dia pun ada yang dapat A. Tapi kelas yang aku tanda..takde sorang pun dapat A. Jadi nak tak nak aku kene tanda semula. Bagi markah pada jawapan yang boleh diterima dan aku tanda 4 kertas dalam masa 1 hari. Alhamdulillah..Allah mudahkan kerja aku. Aku betul-betul laju masa tanda tapi aku dapat baca semua jawapan tanpa tertinggal sikit pun. Bukan apa. Aku tak mau la jadi tak adil masa menanda. Yang mana patut dapat markah aku tak bagi markah pulak kan. 


Bila dah habis tanda semua markah kena key-in dalam sistem. Jadi cikgu yang bertanggungjawab dapat la buat analysis then susun kedudukan pelajar. Sekolah tu masih lagi menggunakan konsep streaming class. Konsep ni kira..kalau ko pandai..ko masuk la kelas depan-depan. Macam tu la.. Hehehehe








Tulis kat langit pakai neon laser boleh tak?

Hye awak. 

Yes! Awak la. 

Ye..tak payah toleh-toleh belakang. 

Awak yang tengah baca tu.

Kenapa senyum-senyum pulak tu???

Buat muke serius cepat! 

Saya nak cakap sesuatu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










Boleh tak saya nak tulis dekat langit pakai neon laser supaya awak dapat nampak ape yang saya nak cakap tu? huhuhu T______T



p/s: sape-sape rasa nak muntah tu.... 
Boleh terus amek baldi dekat hujung tu ye
.muahahaha

Tuesday, November 23

buat test mintak keje macam main teka teki.

Cerita pasal Test yang aku dapat kat IBM tuh.. Tapi memang dah confirm aku tak dapat la kan position tu. Hahaha. Eh..patut sedih la kan. Sebab tak dapat. Ni aci main gelak-gelak hahaha pulak. ngeh3..

Okay-okay..back to the story.

Masa aku dapat test tu aku macam blur la. Amende Aptitude test ni. Lepas mengugel secara berjemaah( bukak tab sebanyak-banyak mungkin) Aku pun dapat tahu ..yang test ni biasanya company-company besar je yang conduct. Dia macam satu level minimum yang candidate kene lepas sebelum boleh pergi next stage. Aku pun tanpa berlengah-lengah pun try google hows this test would be conduct dan hows the questions look like. 


Rupanya test ni lebih dititikberatkan on logical thinking sides. Biasala kan...kata pun apply for developer position(GT). pastu nama pon programmer. Ape lagi yang boleh nak di gambarkan kat situ? Selain dari pelbagai cacing-cacing dan programming language yang kalau tertinggal semicolon pun boleh buat dunia macam nak meletop..hahahaha Gile exaggerate..LOL


Aku pernah pergi test macam  ni masa dekat GEMS programme dulu. Masa tu aku pun tak pernah tengok soalan macam tu. Bila dapat soalan tu aku pun tak taw camne nak tackle..tapi aku macam seronok buat. Sebab kena guessing next number that should be appear on one consequences of number. Contoh nya macam ni la..


23, 33, 24, 35, 25, 37, ?


okay..dekat question mark tu kene letak ape? Letak la nombor 26 kan. Hahahaha..aku suka la bila jujukan macam ni. sebab aku takkan kira dia bertambah sebanyak berapa..berkurang sebanyak berapa. Aku akan otomatik guess the next number. Sepatutnya tak boleh la kan. Kena la kira. Tapi biasala..aku ni kalau bab mengira ni lembap banyakk woo..aku paling benci subjek MATH! Sebab tu aku macam pelik..camne la aku leh lepas Degree IT ni...padahal hampir sume subjek melibatkan logical thinking.


Itu satu part. Untuk part lain pulak dia bagi satu set of Matrix number. or..matrice dalam english. BM dia matriks la.


row/column 1  2 3 4  5
1          3  f e 4  f
2          4  5 3 f  f


okay dia dah bagi camni kan. Lepas tu soalan dia. Reversekan sume nombor kanan ke kiri. Pastu biarkan huruf-huruf je tinggal. pastu die suruh pulak ko tukar sume huruf yang sebelumnya nombor jadikan nombor 3. pastu tambah sume nombor yang ada pada row 2. ko tak pening-pening lalat kat situ?? aku tak pening lalat dah..dah tahap pening gajah wei!!


Yang ni memang banyak kali aku terpaksa kira semula sebab tertinggal step awal-awal...contoh..tinggalkan huruf. Kire kalau awal-awal dah tertinggal camne pulak nak kira yang part akhir kan. Adoii..memang masak...


Itu dah 2 part. Ada lagi 1 part. Soalan yang ni ada 20. Boleh pakai kalkelater. TAPI....soalan dia.. MasyaAllah..memang terbaik la...


contohnya..ada 28% adalah pekerja lelaki. 180 orang dari sume pekerja ade pension scheme. Kira bilangan wanita yang takde pension scheme. Aku tengok soalan ni. Pertama sekali aku buat mengucap. Pastu aku picit2 kat kalkelater. Amende yang aku picit tu..toksahla tanya.Hehehehe


Itu je la.. actually soalan dia memang susah. Sebab dia nak tahu sejauh mana kemahiran berfikir kita. Lagipun memang aku tak prepare sangat. Kemahiran berfikir secara logik pun dah lama aku tak buat. Sudoku pun dah lama aku tinggal. Dok melayan FB pastu melawat blog2 orang lain dan membaca secara rahsia juga. Masa banyak habis kat situ la. Aku rasa..aku patut kurangkan menghadap internet ni. Sebab aku bukak bukak pun mende yang sama jugak .Haishh.....


adakah aku dah tahap addicted terhadap internet???Adoyai...MKH pun ada sound aku. Balik je rumah terus bukak internet. Bukan nak rehat ke ape..muehehehe..budak degil memang selalu tak dengar cakap orang tua...(tua ke awak??)









Rant..

Aku suka menangis tiba-tiba.
Aku jarang bercerita.
Bukan sebab aku tak suka
Aku tak mahu letak beban aku pada orang lain.

Aku tukang karut di rumah.
Kadang-kadang saja bikin kecoh.
Bukan sebab aku ni mak kepoh.
Tapi sebab semua adik-adik aku pendiam belaka.


Aku selalu keliru.
Aku selalu takut.
Mampukah aku beri yang terbaik untuk orang yang aku sayang.
Family, dia, dan kawan-kawan.

Orang kata, hidup kena selalu positif.
Aku rasa aku bukan positif tapi optimis.
Kadang-kadang rasa nak jatuh.
Tapi kadang-kadang rasa kuat macam Wonderpet.


Detik perjalanan hidup yang aku dah lalui.
Buat aku menghargai apa yang aku ada sekarang.
Ya Allah, jangan lah kau tarik nikmat kebahagiaan ini.
Sesungguhnya, hamba mu amat lemah dan tak berdaya.




Monday, November 22

Part II

.....sambung part yang time aku bercakap tu.

Nak dijadikan cerita hari Khamis, semua pelajar sesi petang wajib ke dewan untuk bacaan Yassin. Sekolah start pukul 12.30 tapi diorang tak leh masuk dalam kelas lagi sebab sesi pagi belum habis lagi waktu exam. Exam abes pukul 1.30. Kalau ada yang tanya kenapa boleh jadi macam tu. Standard la kalau ade sekolah 2 sesi ni. Mesti akan ada kelas yang terapung. Macam kat sekolah aku dulu la. Form 1- Form 3. Sekolah tu ada 2 sesi. Pagi: 4-6 Petang:1-3. So, biasala dalam jadual kami ni awal-awal waktu dah ada kena pergi Makmal/Bengkel. Kongsi kelas pagi dan petang kan. hehehe.

Eh, dah melalut pegi cerita sesi persekolahan pulak. So, kejadian tu berlaku masa tengah baca Yassin ramai-ramai la. Tengah-tengah bacaan tu ada sorang budak perempuan nangis-nangis pergi jumpa cikgu. Dia mengadu pasal membe dia yang dok sebelah tu dah macam meroyan cakap sorang-sorang. Jadi cikgu ni pergi la tengok kan budak ni. Bila cikgu pun sampai, dia pun naik angin la. Apa lagi..dia pun menjerit.
Lepaskan aku!!Lepaskan aku. Jangan pegang-pegang aku.
Cikgu Rubi pun papah budak ni. Aku tengok cikgu-cikgu perempuan lain macam cuak. Aku terus kedepan amek port papah budak tu. Bukan apa..aku paham. Ada antara cikgu-cikgu tu ada anak kecik kat rumah. Takut nanti payah pulak kat rumah. Takut benda tu mengikut.

Badan budak form 2 ni adalah 2 kali ganda saiz aku. Bayang kan...Dia dok menepis-nepis aku. Dengan menggunakan kederat aku yang segitu, aku kena papah dia kuat-kuat. Jalan jauh pulak tu. Tak boleh guna laluan depan kelas sebab takut karang berjangkit pulak dengan yang lain. Aku bawak sambil mulut kumat-kamit. Ape yang aku kumat-kamit pun aku tak tahu.Sekali sekala aku bising suruh dia diam jangan nak meronta-ronta.

Sampai je dekat pejabat, aku pass kan budak ni dekat cikgu yang lagi senior. Aku amek angin dekat luar. Amek napas.. Semputt aku . Tetibe cikgu senior ni panggil aku masuk. Suruh aku tengokkan budak tu sebab dia ada hal. Aku blurr kat situ. Aku toleh kat Ustzh Mazlina dia cakap, Sue tolong ye...akak tak boleh solat. Ahh..sudah..aku la ni kena pergi dekat budak tu. 

Perlahan-lahan aku datang kat budak tu. Masa ni dia masih menderam-deram. alaa..macam bunyi..Hins..huh..hhmss.. mendengus-dengus...Aku tarik kerusi dok sebelah dia. Dia dok kat sofa. Aku elok dok sebelah dia. Sambil pandang muka dia. Aku tak tahu nak buat muka apa. Senyum ke...Sengih ke..Garang ke.. Yang penting masa tu aku ingat aku buat-buat muka berani. Dalam hati..tuhan je tahu. Mulut aku kumat kamit. Amende yang aku kumat kamit pun aku tak taw.Cuak doww...

Tengah aku buat muka-berani-tapi-cuak-pastu blur..dengan sekali sentap dia toleh kat aku. 
KAU SAPAA HA???
err...saya kan cikgu awak.
AKU TAK SUKA CIKGU. PERGI KAU! BUAT APA KO DEKAT SINI?
eh..eh..awak ingat saya nak sangat ke dok kat sini?(ecehh..berani lak aku menjawab) Ni..awak ada masalah ke ngan cikgu-cikgu? Cikgu-cikgu ada buat salah kat awak ke?
#pastu GPK 1 menyampuk. Dah-dah..awak jangan layan dia bercakap#
Oh...tak boleh ea. okay-okay...saya diam.

Dah tu aku terkebil -kebil je la pandang dia. Dia tak pandang pun muka aku. Nasib baik woo.. Pastu ade sorang staff sekolah ni pandai sket dalam bab-bab gini. Nama dia Abg Shah. Abg Shah ni tanya dia. 

ko nak keluar ke tak ni?
AKU NAK KELUAR!!!!CEPAT BUKAK KASUT AKU!!
#masa ni aku tersenyum sorang2 kat sebelah. eh2..benda ni tahu pulak pakai kasut. ni benda yang terlintas dalam pale aku pada waktu tu. macam hape je kann..boleh pulak pikir benda-benda macam tu.hahaha. masa dia cakap tu..dia pandang aku..maksudnya dia nak suruh aku la tuh kan bukak kasut dia. banyak cantikkk muka dia. aku buat bodo jek..hahahaha padan muke ko..aku keras kepala#
CEPATTT LAAA!!!! AKU NAK KELUAR NI!!!
....abg shah tu cakap ngn aku.....
cikgu...tolong bukak kasut dia ye. dengan stokin sekali. 'dia' nak keluar ni. 
#aku pun bukak je la....malas nak banyak soal.pastu aku diri tepi budak tu. aku nak blah, tapi abg shah tu tak bagi sebab dia kata kena ada cikgu perempuan gak. nak tengok-tengokkan budak tu la kiranya.#
ko nak keluar ikut kaki mana ni? jari apa?
IBU JARI KAKI KIRI!!!!AKU NAK KELUAR!!!
yela...yela..nak kasik ko keluar la ni..sabar kejap..ko ni lelaki ke pompuan?
AKU LELAKI!!!
ko janji tak lepas ko keluar ni ko takkan kacau umat manusia lagi?
AKU JANJII!!
kalau ko mungkir janji??
AKU MATI!!
#waahh...ni betul-betul punya perjanjian ni.aku pikir#
okay..sekarang..ikot aku. ko kena masuk islam dulu.Ash hadu alla...
#abg shah tu baca la 2 kalimah syahadah pastu budak tu ikot la. takde bantah2 der..lepas je habis baca kalimah syahadah tu..abg shah tu tekan je ibu jari kaki kiri budak tu..budak tu terus menjerit..#
WARGHHHH!!!!!!!!
#lepas tu budak tu terus macam tak sedarkan diri#

Lepas tu abg shah tu suruh aku kejut budak tu. Aku pun kejut la dia. Aishah..bangun..aishah bangun. Budak tu bangun-bangun je dia tanya aku. Cikgu saya kat mana ni? Kenapa dengan saya? Apa yang terjadi. wahh..dah macam drama kan. Aku senyum je la cakap dengan dia.
Awak tak sedar diri tadi. Awak pengsan. Awak tak makan ke sebelum pergi sekolah tadi? Wahh..considerate sungguh aku kan. Hahahaha

Lepas tu aku kasik dia roti ngn air mineral suruh dia minum. Suruh dia rehat. Aku pun dah  telefon mak dia suruh datang ambil. Hari tu ada exam. Aku cakap nanti-nanti je la buat exam tu. Aku suruh dia berehat dekat rumah betul-betul . Pastu aku pun tengok jam dah nak pukul 2. Aku pun ada kelas masa tu. Aku rushing la kelam kabut kemas barang-barang aku. Nak kena pi jaga kelas pulak. 

Itula serba sedikit pengalaman aku. Selalu aku tengok dari jauh je. Masa aku dekat Samura dulu pun ada jugak berlaku macam ni. Tapi masa tu aku dok kat luar jek. Ni betul-betul berlaku depan aku dan aku involve secara tak langsung. hehehe

Aku takde la berani sangat benonye...cuma kebetulan masa tu aku penuh dengan ke'blur'an..sebab tu aku selamba dok tepi budak tu dok tengok muke budak tu terkebil-kebil. Kalau ingat-ingat balik..meremang jugak bulu roma aku.

Choii!!