Pertama kali aku berjumpa dengan dia..masa 31 Ogos. Tapi rasanya ..itula perjumpaan paling sekejap. Sebab....bas yang aku naik tu sangat la menghazabkan. Hahahaha. Perjalanan dari Ipoh sampai Melaka amek masa sampai 6 jam. Sebab bas tu berhenti dekat 2 tempat. Satu dekat Klang and one more at Seremban. Berhenti dekat 2 tempat ni je amek masa dekat 2 jam. Memang panas la punggung aku dalam bas tu. Dah la aku dok sebelah lelaki. Nasib baik la budak tu turun dekat Klang. Dan lepas tu takde sape dah duduk sebelah aku. Hehehehe.
Aku sampai je kat Melaka Central dah pukul 5 lebih. Aku cepat-cepat cari surau lepas tu Jama' kan sekali Zohor dengan Asar. Aku siap je solat, dia telefon. Aku cakap ada kat Surau. Dia kata nanti dia datang. Aku masa tu dah berdebar-debar dah. Yela...dekat 13 tahun tak jumpa. Ni jumpa mesti masing-masing dah berubah kan. Selalu contact thru Phone and YM kan. Ni dah jumpa depan-depan. Mesti segan woo...huhuhu
So, aku pun dah siap kemas barang semua. Aku pun keluar surau...Keluar-keluar je..dia dah ada tunggu kat situ. Ehehehehe. Aku pun tarik senafas....pastu.Sengehh dekat dia....Aiyaa...tuh jek aku mampu buat time tuh kot!! =P
Pastu pakai kasut. Jalan elok-elok.(dalam hati ni Tuhan je tahu tapi muka control and cover abes laa..) Maintain sengeh... Pastu sampai je depan-depan......
Lama dah ko tunggu? Mana tiket aku?
Wah..dah tak sabar nak balik ke terus tanya tiket ni?
(gulp..bukan tak sabar la deyy..dah tu je yang terlintas dalam kepala..lutut dah ketaq ni..)
Jom duduk kat kerusi tu dulu..
Okay...
Duduk je..masing-masing senyap. (Aisehh..aci senyum sendiri-sendiri je? Takle jadi ni..)
Penyudahnya....aku yang dok pok pek pok pek. Dia senyum je. Pastu gelak-gelak.
Takde borak apa sangat. Lagipun masa memang suntuk. Dalam 15 minit je gitu. Lepas tu, dah nak kena naik bas. Aku pun masa tu tak makan lagi. Rushing nak pi beli makanan sket. Yang dia ni rajin pulak melayan aku kesana kesini. Hihihihi
Dalam pukul 6.15 camtu..bas pon sampai. Aku naik. Dia hantar sampai dalam bas. Pastu say bye bye. Dan bas pun bergerak meninggalkan Melaka Central dengan seribu rahsia dan kenangan.
Haiyoo..ayat last tu macam novel pulak. Tak boleh blaa....hahahahaha
5 comments:
hehehe...
mse 2 bln puase la syg...
mmng la awak x mkn lg...
gheee...
ha'ah.
looopaa laa..cite dah lama kan.
suruh awak cerita awak takmo cite. blueek
bkn x mau...
x reti la...
klu reti sye dah buat buku novel tau...
hahaha...
eleehh..buku novel konon. suruh start cakap je. terus diam. haishh..
hahaha...
diam ke..?
ade ckap gakkan..?
gheee...
Post a Comment