Sunday, March 28

LUKISAN ALAM










Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu


credit to: http://liriknasyid.com


Bak kata R3alfarhha "cik equinox, take time, stop... and reflect. lihatlah alam sekeliling dengan mata hati."

Saturday, March 27

55!!!! Humang aihhh.....

55!!!!
Apa yang 55 tu? Berat ke? (confirm pwincess gelak guling2 bace!!)
Hantaran ke? Hamboih...55 ribu ke...? ke 55 ringgit sahaja? HAHA
Nombor rumah? Tarikh nikah?
Bukan...bukan.. Semua pun bukan..

SEBENARNYA, ada lebih kurang..

55 blog aku baca. Bercampur. Tak ada spesifik genre. 55 itu ada dalam senarai Google Readers.
Ini tak campur blog-blog yang aku bukak directly sebab dah hafal link dan akan bukak hari-hari.
Yang aku hafal direct link tu, ada la dalam 2, 3 blog juga.

Kenapa aku suka baca blog orang? Ntah la..
Dia macam satu terapi untuk aku.<------Kata-kata dari kawan sekelas dulu.
Aku sangat bersetuju dengan kata-kata dia yang ini.
Oh..dia ada blog juga dan cara penyampaian die bercerita menarik. Bagi aku kan macam ada satu tarikan yang mengajar aku supaya berfikir. (Credit goes to her..kamu tahu kamu siapa kan....^___^)

Okay pasal features Google Readers ni. Application ini ada dalam Google . Boleh sahaja pergi situ dan add subscription. Taip la mana-mana blog address yang kamu suka.
Dan automatically semua entry yang Blog tu ada akan appear pada Readers kamu.

Cuma kekurangan Readers ni, tak boleh lihat layout cantik-cantik pada Blog tersebut. Just a plain and bold word there. Kalau owner Blog ada pasang Lagu best-best kita tak boleh dengar la.
Kalau ada ChatBox, kita tak boleh merepek-repek dan menyebok. Tak boleh nampak Owner punye Network link.

Dannnn yang paling tak best sekali. Tak boleh Komen!! Kalau nak comment pada entry owner kena la pergi blog tersebut.

Pasal tak boleh comment tuh la yang tak best. Sebab memang kita akan jadi silent readers sepenuhnya...which aku rasa memang tak digemari langsung oleh hampir kebanyakan bloggers.

Tapi nak buat macam mana kan.. Kadang-kadang tu ada rasa terbit rasa bersalah juga. Sebab kadang-kadang ada entry dari Bloggers minta Silent Reader muncul. Eceeh... Tak mahu..tak mahu..Nak sembunyi juga.^^

Ehm...Perlukah aku senaraikan semua 55 blog yang aku follow tu? Tak payah la kan...



Yang sebelah kiri tu. List Blog yang aku follow thru Readers.

Motif ko bebel pasal Blog orang kenapa????

Sebab aku suka membaca. Kalau nak ikutkan, tak semua dalam list aku tu pasal personal life sahaja yang mereka cerita. Macam-macam.
Dan melalui pambacaan itu juga aku tahu serba sedikit tentang others people life. Ada antara nya seorang doktor, pensyarah, pelajar dan macam-macam lagi. Dan pengetahuan aku tentang sesuatu perkara itu juga bertambah. Kata orang, lagi banyak membaca, lagi banyak pengetahuan kan..^__^

Kadang-kadang ada antara topik yang disampaikan Bloggers membuat kan aku terkesan. Dan aku akan start berfikir sama.Ada yang boleh bikin aku gelak sorang-sorang depan PC. Ada yang boleh buat aku sedih sama bila mereka bercerita pasal kisah sedih mereka. Ada yang memberikan nasihat walaupun indirectly. Walau apa pun tujuan mereka berblogging ada satu persamaan pada semua Bloggers. Mereka berkongsi cerita.

Dan aku sedar..............

Life is wonderful and human creatures is the most wonderful, great thing that Allah has create ever.
Subhanallah...

Friday, March 26

Break.

"love will find in its way..it's bout time Equinox..u will find ur happiness..mayb not now..but look around, u got ur family, u got great frens, u got me, u got budak kecik minat liverpool n u got urself 2 hold on too..sometimes we wanna 2 b strong, stronger than b4, but smtimes we cant..not bcz we too weak, sometimes we need a break.."

i just love to read her rant. Oh..okay-okay bukan rant. Advice..ngee..^____^

Bukan...bukan dia sahaja. Ramai. Aku rindu kawan-kawan. Semua..Netcentric's moments. Matriks's moments.PEERS's moments. Samura's moments. Aspuri's moment. GEMS's moments.

Orang yang datang dalam hidup aku. Silih berganti. Semua tinggalkan kenangan terindah. Sungguh! Aku akan simpan dan lipat elok-elok kenangan yang dah kita anyam bersama.

Aku benci tulis ini..tapi aku terpaksa.
Aku rindu. Rindu dengan gelak ketawa. Lawak-lawak tak masuk akal. Tembak menembak.
Duduk dan dengar bebelan. Menangis bilamana rakan juga sedih.

sometimes we need a break

YES. and i need that break.

Thursday, March 25

Quote for the Day





I don't give a damn shit for the pieces of crap







Tuesday, March 23

Memasak guna kayu api tapi bukan main pondok-pondok

Korang pernah masak pakai dapur kayu? Tak pernah kan. Aku dengan bangga nya cakap..aku masak pakai dapur kayu. Heh!

Sebab apa pulak aku masak pakai dapur kayu kan? Sebab aku selalu ikut mak ngan ayah aku pi kebun. Boleh kata hampir setiap minggu la aku pi sana. Nih kebun aku...Eh!! kebun mak ngn ayah aku la..



Jangan tak percaya yang aku pernah tidur dekat dalam pondok ni. Ikut pakej..2 hari satu malam. Bayaran kira free of charge. Haa..sape nak??^__^Kira macam main pondok-pondok la pulak kan. Sebab pondok ni saiz dia macam ini dan kami anak beranak tidur dekat sini.
Bila malam kami pasang macam kain buat bidai keliling anjung dekat depan tu. Kira boleh tidur juga la dekat luar tu bile waktu malam.


Lihat tong drum di luar itu? Tong drum tu nak buat tadah air hujan. Hmm..sangat la zaman Mesolitik dan Mesopotamia kan. Haip! Haip! Jangan salah faham. Tong drum tu tadah air hujan untuk siram pokok-pokok sahaja.
Walaupun anda nampak ini adalah pondok kecil...tetapi sudah ada meter air tahu. Kira ada air keluar dari KEPALA PAIP la kan. Macam di rumah-rumah kamu itu! Jadi nya kalau nak masak, mandi, beristinjak..Cheh!(pakai beristinjak pula..-___-") pakai air dari sumber yang lebih terjamin la.

Eh!! tadi mula-mula cakap pasal apa? Masak pakai dapur kayu kan.


Haa..itu dia dapur untuk memasak. Pakai dapur kayu ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kayu api itu di ambil di sekitar kebun. Ini bukan kawasan ada banyak ranting-ranting dan kayu kayan bertaburan. Semestinya kena bawa parang siap-siap kalau ada arahan suruh pergi cari kayu nak buat masak. Dan siapa lagi yang paling layak sekali kena pergi ambil kayu-kayan tersebut kalau bukan aku. Cait!!

Mari aku senaraikan apa yang ada di dalam gambar kalau tidak jelas.
Periuk yang isi dia tengah mendidih tu..ada pisang. Rebus dulu sebab nak masak lemak cili api.
Sebelah periuk tersebut pula, periuk masak nasi. Tinggalkan bara sahaja sebab nak keringkan nasi tu. Ye...bara...bukan Restoran BARA yang ada dekat SEK 7 Shah Alam tersebut. haih...
Seterusnya, ada lesung batu.
Minyak masak buatan sendiri dari kelapa.
Kerusi kayu buatan sendiri. Penat wei nak mencangkung sepanjang memasak. Dengan asap nye lagi.. Kena la duduk. Dan kalau kayu kayan itu buat hal tak nak hidup pula api dia, kena la main tiup-tiup sampai semput dan muka penuh dengan habuk-habuk. -___-"
Api. Itu pun nak cakap ke Equinox??? Orang nampak la....Rejam batu sama diaaa...!!!

Kita kasi close up lagi gambar ini.


Tadaaa!!! Haa...gambar atas tadi tu....memang kabur-kabur sebab asap ye. Bukan sebab masalah teknik pencahayaan ke apa pada camera handphone.

Haih. Memang survivor sungguh la. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadikan aku calon isteri..sila lah tinggalkan pesanan. Sebab pakej terel masak pakai kayu dah berada dalam poket. Eh!!!! Dia suka buang tebiat la.......-___-"

Hehe...apa pun memang pengalaman menarik masak pakai dapur kayu ni. Kene pandai jaga api dan pada masa yang sama nak kene jaga lauk atau nasi yang dimasak tak hangus. Sebab die bukan macam dapur gas dekat rumah kita tu..boleh kawal kecil, besar apinya. Lagipun, memang masalah sikit kalau kayu api tu basah. Yela..karang tiba part yang die basah. Api tu slow je macam nak mati. Dah cepat-cepat kena tiup atau kipas-kipas. Kipas-kipas dan tiup-tiup pun bukan sebarang.. Karang habuk-habuk tu masuk pula dalam makanan kalau tak kena gayanya.

Rasa makanan adalah sama kalau masak pakai kayu dengan pakai dapur gas. Ada beza ke? Rasa aku takde beza la.. Selalu aku masak yang simple-simple sahaja. Tak payah la tiba-tibe teringin nak masak ayam masak kurma pula pakai kayu api. Boleh tu boleh.. tapi..pandai-pandai kau la nak jaga api tu. Heh!

Jadi, bagaimana dengan pengalaman memasak anda pula? Kongsi la.....

Choyy!!

Saturday, March 20

Kaedah Cuba Jaya

Kalau entry ni keluar, maksudnya blogspot tak gila. Okay, okay Blogspot tak gila. Aku jek yang malas nak check setting dia.

Macam mana dengan lagu tema ke Zoo Johor tersebut? Menarik bukan? HAHAHA

Tajuk entry pulak macam nak membunuh.

Kaedah cuba jaya? Kaedah yang digunakan masa buat Kerja Kursus Matematik Tambahan dulu.
Gila dan rasa nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding sebab memang mencabar la.
Kena buat dalam Excel dan masa tu penggunaan Komputer, Internet bukan macam sekarang.
So, kena la buat perlahan-lahan kan.
Heh!

Aku dapat cemerlang tahu untuk Kerja Kursus Matematik Tambahan!

Choyy!!

Friday, March 19

Mari Bercuti Ke Johor!

Masih lagi dalam Mode: Mari Bercuti ke Johor! heh!

Okay-okay, dulu-dulu masa zaman aku kecik-kecik waktu Tadika, aku ada ikut rombongan pergi ke ZOO. Kanak-kanak memang suka ye lihat haiwan-haiwan. Mungkin dari situ mereka akan tahu rupa sebenar kerbau!<----ditujukan kepada aku sebab dulu-dulu aku fikir yang lembu dengan kerbau adalah adik beradik cuma mereka berbeza warna kulit...Heh!!

Perjalanan ke Zoo Johor hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari Bandaraya Johor Bahru.Zoo Johor terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar, Masjid Negeri Johor. Pengunjung dikenakan sebanyak RM 5.00 untuk melawat haiwan-haiwan peliharaan di dalam Zoo ini.OK! Enough Equinox! Kamu sungguh annoying. Mahu membuat karangan pula.

Haiwan-haiwan di dalam Zoo ini sangat best bukan?Tidur dan menunggu masa untuk di beri makanan sahaja. Saksikan gambar bukti ini.


Harimau ini hanya bergelimpangan sambil sangap-sangap sahaja. Amboi-amboi.. Itu sahaja yang dia buat. Lepas tu sambung tidur.-___-"


Yang ni haiwan jenis mergastua. Macam tak percaya aku yang cakap perkataan tu...Mergastua. Mergastua..Mergastua....ok..ok..dah. Baling batu dekat Equinox!

Banyak lagi haiwan-haiwan yang dapat dilihat. Antaranya, buaya, cerpelai, memerang, monyet dan pelbagai lagi. dan pelbagai lagi tu ayat standard la kan kalau dah malas nak bagi contoh masa buat karangan sekolah dulu kan. HAHAHA



Dan yang terakhir sekali, saksikan muka aku yang bangga kerana telah menjejaki Zoo Johor!




Dan dengarlah lagu tema ke Zoo Johor ini. Pergh!! siap lagu tema. HAHAHAHA






choy!!

Thursday, March 18

Sungguh!

Sungguh! aku tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Sungguh! aku tak mahu menjadi perosak hubungan orang.
Sungguh! aku tak mahu menyakitkan hati orang.
Sungguh! aku tak mahu berdendam dengan orang.
Sungguh! aku tak kuat.
Sungguh! aku tak mahu menangis lagi.
Sungguh! aku tak mampu nak bertahan.




















Ya Allah. Ujian Mu terlalu berat.
Serasa aku tak mampu menanggungnya.

Wednesday, March 17

Mustang V8 GT Rouch edition versi Equinox

Aku tak pernah pergi autoshow dan takde pun letak dalam Kad001 sekolah rendah bercita-cita nak pergi autoshow. Sebabnya, aku tak tahu sangat pasal kereta ni. Lagi-lagi pasal Mustang V8 GT Rouch edition , Ford Racing Supercharger atau pun sesuatu yang berkaitan dengan NOS Unit. Apa ni?? Kau merepek apa Equinox? Aku pun tak tahu sebab aku cuma suka tengok Jason Statham dalam Death Race. HAHAHAHA


Hari Sabtu lepas, kebetulan aku makan Kepsi kat Persada dan kebetulan ada autoshow kat situ dan kebetulan aku ada masa dan kebetulan aku tak tahu nak buat apa dan kebetulan lagi aku tak tahu nak pegi mana. Kire berapa banyak perkataan kebetulan.Heh! Tetibe ade teka teki.

Maka, aku pun membawa diri aku ke autoshow tersebut dengan misi " Kereta yang hebat,tuan punya kereta pon mesti hebat dan aku nak ngorat mereka" eh..bukan..nak ngorat tuan punya kereta la kan..hiks! **waktu ni abaikan rupa paras yang disangka budak spm tersebut. HAHAHA

Antara kereta-kereta yang di perhatikan. Perhati sahaja...sebab aku tak tahu apa-apa pun.
Kenari yang dah tak rupa Kenari. Kereta Kancil yang ada Marilyn Monroe baring dekat pintu. Betul ni! Aku tak tipu. Ok..ok..Gamba Marilyn Monroe sahaja bukan orang betul-betul. Nanti semua orang ingat pergi Pameran Hantu kalau Marilyn Monroe ada betul-betul bukan Pameran Kereta.Heh! Baling Selipar dekat Equinox!!



Aku peace jek tepi tuh walaupun aku tak tahu kereta apa belakang tu.



Kereta colour Biru pulak.

Hmm..aku sangat kagum dan teruja sebab aku tak pernah tengok kereta yang biasa-biasa boleh di make up dan di modified sedemikian rupa. Ada satu kereta tu siap letak joy stick dan ade dekat 8 biji screen TV. Itu tak campur dengan Tv Flat screen 32 inch yang ada dekat bonet kereta. Haih! memang kagum gila...Gila pun tak kagum macam aku.

Aku suka kereta yang ada Naruto punya gambar. Siap ada tulis Konoha pastu character-character lain. Itu je yang aku perhati lama-lama. Interior Design kereta-kereta yang ada kat situ cukup cantik dan menarik. Tempat duduk of course la leather kan. Ada kristal-kristal. Ada screen dekat 7, 8 buah, ada joystick..Eh! dah cakap ye tadi ada joystick? HAHA Paling aku tak paham ada Screen dekat Stereng kereta. Motif dia buat macam tu, aku pun tak tahu. Nak kata boleh memandu tanpa melihat hadapan dan memandang stereng sahaja tak lojik. Sebab stereng tuh ada Video Klip Lady GAGA. Takkan la Lady GAGA boleh bagi instruction belok kanan sekarang! Belok kiri 35 darjah keTenggara lagi 5 minit! Ok..Ok..tak lawak. Cuma.. aku macam terfikir-fikir motif dia letak screen TV dekat stereng tu....-____-" tsk..



Yang ini pula deretan kereta Gen2 yang ada park dekat luar Persada. Tak tahu motif mereka letak di sini. Mungkin mahu masuk autoshow tapi tidak dibenarkan sebab tak cukup tempat atau mungkin mereka saja-saja nak "show" kereta mereka yang hebat jugak.



Aku suka kereta colour hitam yang ini. Macam sesuatu sungguh! Heh!




Tidak lupa, terima kasih kepada kawan yang sudi angkut aku ke sini pada hari kejadian. Heh!

Keterujaan tidak berterusan lama sebab memang pengetahuan aku dalam dunia permotoran totally zero!! Jadi keluar je dari Persada tu terus tak rasa apa-apa.

Cuma..aku suka Mitsubishi Lancer.


Ada cerita di sebalik kesukaan aku terhadap kereta ini. Dan cerita itu, cerita pahit yang paling perit aku pernah lalui. Abaikan je la. Cerita lama tak perlu diungkit. ^___^

Choyy!!

Tuesday, March 16

Tanah Terselatan Benua Asia

Pada hari Ahad yang lepas, saya bersama rakan saya, Tasha telah mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam negeri Johor. Antara tempat menarik yang telah saya kunjungi adalah Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor.
ayat dah macam karangan kertas 2 pmr bukan??
**Biasa la..praktis.Sementelahan dinasor lebih menganggap saya kanak-kanak pmr dan saje nak meng"up" kan diri yang nampak awet muda..

*****princess confirm tarik-tarik rambut lepas baca statement berani mati ni.


itu dia..tanjung piai. Abaikan tangan tak cute itu(mentang2 bukan tangan aku..terus cakap tak cute.heh!)


Aku dihadapan pintu masuk sebelum meneruskan perjalanan meniti papan2 jalan itu sambil memakai high heels.Usah di tanya adakah tidak terlekat-lekat kasut di papan tersebut kerana hampir-hampir saja aku terjerumus ke lembah Sg.Nil!!wohaa!!

Mentang-mentang lah dah nak pi Tanah Terselatan..posing pun nak landing semacam jek.**Sila bayangkan..aku kene jalan sejauh 653 m sambil memakai heels..hazab tak hazab???



Masa ni ada satu group pelancong. Mungkin mereka dari Kota Singa di tanah seberang. Mereka telah melakukan aksi yang sangat tidak patriotik. Salah seorang dari mereka beria-ia mahu menurunkan bendera Malaysia. Terus kene sound ngn Tasha yang garang itu.heh! Padan muka dia. Ingat cool kah mahu buat begitu??


Yeah!!! Aku sampai jugak akhirnya di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia sambil membuat aksi gedik peace dan belit-belit kaki. Siapa sahaja yang pernah buat macam tu di sini?? Mesti saya sahaja yang pernah kan?HAHAHAHA

Setelah berpanas-panas dan berjurai-jurai peluh, aku pun kembali ke pangkal jalan. Cadangnya nak meneruskan pengembaraan berfaedah dengan menghadirkan diri ke muzium-muzium yang ada sekitar Pontian.

Pilihan pertama adalah Muzium Bugis. 2, 3 kali ulang alik jalan yang sama cari Muzium Bugis tu, malangnya tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya apa yang kami expected tak seperti yang tersergam. Macam rumah tinggal lama dan kami agak Muzium tu tutup hujung minggu. Kebetulan pula, hujan lebat turun mencurah-curah. Memang dah macam hunted building je rasa.Kami yang kecewa meneruskan perjalanan ke Muzium Nenas pula. Malang lagi sekali, bila kami bertanya pada guard yang jaga pondok pengawal tu, dia kata Muzium tutup sebab penjaga dia pergi kenduri kahwin. APAKAH??? (-___-") tskk...

Kecewa dengan keadaan tersebut, kami membawa hati yang lara dan duka pulang ke JB. Walau apa pun, kami amat berpuas hati dengan perjalanan kami ini. Penat yang amat sangat tapi berbaloi-baloi. Pheww!!

Kesimpulannya, budak-budak cuti sekolah, aku pun cuti-cuti Malaysia jugak! Sebab aku kan budak SPM. motippp????????

Terimalah!!!!! jeng..jeng..jeng..muka xsiap penulis..wohaa!!!!!

Monday, March 15

SPM dan sekolah

Hari sabtu pagi ada Mtest KPLI. Start pukul 9.00 pagi dan habis pukul 12 lebih kurang. Alhamdulillah, dapat jawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. (jawab je la..betul salah tuh letak tepi).
Selesai semua sekali, jalan lebih kurang 5 minit, tahan teksi dan balik bilik. Dalam perjalanan...

" Adik dari sekolah ke? Dah cuti sekolah pun kene pergi sekolah lagi ye? Ade pekse ye?"
" Ye pakcik. Ade pekse ( dalam pale dah fikir, wahh! hebat pakcik ni..tahu ade Mtest hari ni.Ntah2 anak die pun amek test ni jugak!)"

Pakcik ni dok cerita pasal anak dia SPM tahun ni. Bagi nasihat kat aku suruh belaja betul-betul.(ok masa ni dah start rase pelik..sebab pakcik ni kerap ulang...anak pakcik pun macam adik juga..). Sampai la satu part ni memang betul-betul buat aku sentap.

"Adik target berapa tahun ni?"
"haa?target?Tak target pun. Tak berani nak cakap. Apa2 pun tunggu interview nanti"
"........."(beberapa lama dan mcm tgh fikir2)
"Kenapa pakcik?"
"SPM sekarang ada interview ye.Pakcik tak tahu pulak."
"err...setahu saya SPM memang xde interview pakcik."
"dah tuh..adik tadi cakap ada pekse"
"ye la saya pekse, pekse nak jadi cikgu"
"????adik bukan sebaya anak pakcik yang nak SPM tuh la ye?"
"sapa kata? saya ni dah 23 pakcik. Camne pulak nak SPM nye.."
"pakcik mati-mati ingat adik nih sekolah lagi."
"err...hehehehehe"

sambil buat muke kelam..pandang luar dan satu hembusan nafas yang panjang dilepaskan..
haih.....-____-" saya tak suka situasi itu.

Friday, March 12

exam!

esok
aku ade exam
doakan aku

lulus ngn jayanya

choyy!!!

Thursday, March 11

kau lah raja drama terhebat aku pernah jumpa seumur hidup aku

Bila aku dengar lagu Drama King- MUH ft Black nih aku teringat kat satu makhluk nih..
heh!
Serius..memang kena sangat dengan perangai kau!!!

Kali pertama
Aku mengenalimu
Mahu bersama X2
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Ohh.. Ohh..
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

haih..tang part nih memang kena sangat...first2 memang ayat kau dengan aku memang cukup tangkap leleh la...unfortunately aku pun cair!!memang macam gampang giler!!cilakeee jek aku rase...
bodoh la aku kan....boleh tertipu dengan keperibadian jadah tuh...padahal semua tuh pun dusta dan palsu..heh!!

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hatimu tahan
Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
mahkotamu
Raja drama

sampai bile nak berlakon???tak payah tanye la...aku rasa sampai bila-bila kot...memang patut drama king nih goes to him!! tidak kau penat..hahaha..memang..aku rase dia memang xkan pernah penat..lagi-lagi masa tukar cerita..reka-reka cerita..pergh!!!memang terbaekkk la kan!!
sekali lagi aku rase mcm..Ohh-he-give-me-a-damn-shit!!

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengerja hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah
Ku kenal dulu

haih! memang serius...aku tahu dah penipuan kau..tapi bila aku tanya..memang pandai...ko siap gunakan nama kawan kau untuk mengelak...kesian gila dekat kawan kau tu..x pasal-pasal nama dia memang kena guna kaw2 punya la..sebab nak tutup dan nak cover kesalahan kau kan...
okay..kalau kau nak cakap aku bodoh sebab percayakan kau...terima kasih saje la..aku tahu..tapi jangan la nak bodoh kan aku sampai ke sudah..cukup-cukup la dengan perangai hodoh kau tuh..
aku rase..kalau orang lain...dah buat macam tu...akan rasa takut..bersalah..tapi kau memang hebat..cukup hebat....kat sana kau cerita lain..kat sini kau cerita lain...ape seronok sangat agaknya buat macam tu???



Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan

Sampai bila?
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
mahkotamu
Raja drama

Panggilanmu
Gelaranmu
Baru ku tahu

Kau bertahta
Bagai maharaja di angkat sembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama? X2

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila raja drama? X2

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

sampai habis pun lagu ni..memang kau lah tu...takde sape dah...
aku harap kau tahu la...
yang kau memang

!!!!!!!!!!drama king!!!!!!!!!!!!!

art of love

I’m saying sorry in advance cos this won’t always go to plan
Though we don’t mean to take our love for granted

It's in our nature to forget what matters
How when the going is getting tough
And we’re all about giving up


itu yang kau cakap..aku terima sewajarnya..tapi pernah kau fikir perasaan aku?pernah kau tanya apa yang aku rasa? kau sangat mementingkan diri kau, perasaan kau!! orang lain??kau fikir?
aku xpernah rasa yang kita kena take a break utk look back upon apa yang kita dah lalui...tapi..bile keadaan menekan..kau terus putus asa..kau tak berusaha..sedangkan aku terkapai-kapai cari jalan yang terbaik untuk kita berdua....

Things that we never thought we’d gonna say, gonna say them
Things that we never thought we’d play, gonna play them
It ain’t perfect, but it’s worth it
And it’s always getting better
It’s gonna take some time to get it right

aku tak tahu apa yang kau rasa..bila aku tanya kau mengelak..bila aku soal, kau ubah topik..
aku tahu..kau letak aku dalam permainan yang kau cipta..aku tak tahu kenapa aku macam avatar yang kau mainkan dalam warcraft..ko manipulasi hidup aku 180 darjah...

Cause I’m still learning the art of love
I’m still trying to not mess up
So whenever I stumble let me know
You need to spell it out
You need to spell it out
You need to spell it out
You need to spell it out for me
Cause I’m still trying to learn the art of love


aku cuba buat yang terbaik..sedaya yang aku mampu..tapi pernah kau hargai?
aku nak kau jujur, sesuatu hubungan takkan mampu bertahan kalau ada penipuan..
aku dah beritahu lama..aku cuma mahu kejujuran..bukan penipuan yang kau cipta khas utk aku..


If I forget to get the door
Remind you that you’re beautiful
I know my detail requires more attention
If I ever hurt you it’s not my intention
Cause we’re gonna make our mistakes
Find out how much your heart can take
But I know that you got my back
And baby I got yours


kalau aku pernah sakitkan hati kau..aku mintak maaf...aku tahu aku tak sempurna..aku cuma mahu kau terima aku seadanya..aku tahu kau perlukan sokongan..aku sokong cita-cita kau..aku sokong keputusan kau..tak tak..bukan sebab aku nak jaga hati kau...cuma aku tahu..itu impian kau..dan aku gembira untuk kau..

Cause I’m still learning the art of love
I’m still trying to not mess up
So whenever I stumble let me know
You need to spell it out
You need to spell it out
You need to spell it out
You need to spell it out for me
Cause I'm still trying to learn the art of love

Sometimes I’m gonna miss
I’m still learning how to give
I’m not giving up
I’m still learning how to love
Learning how to love…
Learning how to love

aku masih belajar...menerima dan memberi...kau hanya perlu ucapkan..bukan biar aku buat kesimpulan sendiri..bukan aku tetapkan jalan...kita sama-sama..aku ada kau..dan kau ada aku..

Cause I’m still learning the art of love
I’m still trying to not mess up
So whenever I stumble let me know
You need to spell it out
You need to spell it out
You need to spell it out
You need to spell it out for me
Cause I'm still trying to learn the art of love
(The art of love)

Still learning (art of love)
Still learning (art of love)
Still learning (art of love)
Still trying to learn the art of love
Still learning, I'm still learning (art of love)
Still learning (art of love)
I'm gonna get it sometimes, cause I'm still learning
Still learning (art of love)
Still learning (art of love)
Still learning (art of love)
The art art of love


kau tak memberi peluang pada hati kau...dan kau tak memberi peluang pada keadaan..
aku xsempurna..aku tahu dan aku sedar..
kau cuma perlu beritahu..
dan aku akan ubah.bukan untuk kau..untuk diri aku juga
kebaikan untuk kita berdua
aku masih belajar...

kesenian cinta..

Monday, March 1

what if......

what if
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

saya
menjadi
setiausaha

YANG BERHORMAT

?
?
?
?

Pergerakan yang Memenatkan

cuti maulidur rasul ritu..adalah yang paling penat saya pernah rasa

jumaat
pagi2 lepas subuh around 8.00 pagi tuh dah duduk kat perhentian bas nak keluar pegi jalan basar utk naik bas ke kota tinggi. tunggu sampai 8.30 bas tak muncul-muncul. Okay last resort, naik teksi..RM5 sampai ke bus stop even amek mase 5 minit jek.
tunggu bas ke kota, bayar 4.50, sejam kemudian, sampai kota tinggi.
cari bas pergi mersing..(okay..xcari..ade jek kat situ..naik..duduk dalam bas diam2).
bayar RM9..sampai mersing.
sampai mersing dalam pukul 12.sebab ramai sangat yang ting tong tgh2 jalan.kejap2 berhenti..

mersing,
Jom kita pergi masjid.[abah ajak]..ade ceramah.bagi alasan..nak tolong mak masak.[malass] dan penat duduk dalam bas lama2.
lepas makan, duduk2 tengok tv, sambil layan adik buat kerja sekolah.[mengaku add math lingkup**mintak maaf adik..]
lepas solat jumaat, kene despatch makanan kat anak angkat mak.inche polis.
naik motor, kene hon panjang-panjang.gelabah sebab bawak laju sangat, nak terlanggar divider + bekal makanan dah nak tumpah.
berhenti tepi , btol2 baju kurung, betulkan bekal makan. sambung bawak motor.
tunggu tepi sekolah rendah.telefon anak angkat mak macam nak rak, baru angkat tepon.
cakap suruh datang cepat, sebab dah panas, ketiak dah basah, berjurai2 peluh.
lepas anta makanan, cepat2 balik.
sampai rumah mandi,
curi ambik ais dalam peti ais buat mandi-manda.
lepas mandi,lepak ngan abah, layan borak2...layang garu2 badan, layan picit2 kaki, layan cabut2 uban.
solat asar, pastu tolong kait daun jambu, tolong angkat pelepah pisang, dan tolong bakar2.(ptt la mersing makin panas)
mak balik, beli ais krim .makan ramai2 sambil borak2.
maghrib, mandi, tengok tv, makan, borak2 lagi, picit2 lagi, cabut uban lagi.pukul 10 dah tido.hohoho

sabtu.
mersing, 5.30 pagi
bangun, mandi, siap2.
6.30 gerak pi rumah atok kat labis.
9.00, sampai rumah atok.siang2 sayur, tolong mak masak. siap2 kan atok. buat bubur utk atok makan. pakai kan atok pampers. sapukan minyak.
sedara sampai.layan borak2.pastu sediakan makan.
pas asar pergi serting sebab nak jumpa ustaz.sampai serting, telefon2..ustaz lak takde..dah janji awal..mungkin bukan rezeki.
pas maghrib, balik semula labis. sampai dalam pukul 9. isya, terus balik mersing semula.
dalam perjalanan, ade kemalangan.kemalangan tu baru jek berlaku. bomba siap siram air dekat jalan sebab takut licin, minyak tumpah dan terbakar. bahaya. terperangkap lebih kurang sejam lebih.
singgah yong peng, makan malam. pukul 2 pagi baru sampai mersing.
sampai, mandi, terus tidur.

ahad
mersing
lepas subuh, terus basuh baju. tolong mak masak nasi lemak , sambal kupang.
lepas makan, tolong despatch lagi dekat inche polis.
kene sound lagi dengan pakcik pakai myvi putih. [pakcik..xnampak ke motor saya ada tulis P besar??nak saya tampal dekat dahi pakcik kah?saya sudah duduk belah kiri jalan. saya tak bawak laju macam adnan sempit. saya bawak macam makan angin dan bukan tengah2 jalan..]
berhenti dekat tempat semalam, dekat dengan sekolah rendah. telefon suruh datang. tapi lepas 15 minit baru sampai.

"kite belum mandi la sue"
"alaa..bukan nye saya nak bau awak pun kalau belum mandi. lagipun xde syarat suruh mandi sebelum makan.nah..amek. nasi lemak awak.."
"[kalau saya amek upah delivery ni..dah lama kaya]"
(ckp dalam hati..karang die beritahu mak..xke payah?)

lepas zohor, pergi teluk C pulak.pergi melawat mak long kat pondok. makan lagi. ikan kaci masak asam rebus nenas.
pukul 4 setengah , hantar adik balik asrama dkt bandar penawar.
pergi rumah to sidin. abah nak bayar duit air. rupanya ade majlis kenduri kahwin. kene makan lagi.amek sket jek..sebab perut dah penuh.
lepas tu pegi kebun dekat bukit gelugor, pengerang, sg.rengit pula.
tolong siram pokok, sebab dah 2 minggu tak hujan.
tolong sapu minyak hitam dekat kaki pondok, kalau tak anai-anai buat sarang.

pukul 7.30 baru gerak pergi jb.singgah kota, solat, makan.
ada kemalangan dekat kota. jammed lagi. sampai jb dalam pukul 9.30.
salam mak abah, balik bilik.
sampai bilik keluarkan barang2, mandi, isya'.
online kejap..lepas tu tak larat dah..tidur.

sekian
cuti 3 hari yang penat.