Tuesday, March 16

Tanah Terselatan Benua Asia

Pada hari Ahad yang lepas, saya bersama rakan saya, Tasha telah mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam negeri Johor. Antara tempat menarik yang telah saya kunjungi adalah Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor.
ayat dah macam karangan kertas 2 pmr bukan??
**Biasa la..praktis.Sementelahan dinasor lebih menganggap saya kanak-kanak pmr dan saje nak meng"up" kan diri yang nampak awet muda..

*****princess confirm tarik-tarik rambut lepas baca statement berani mati ni.


itu dia..tanjung piai. Abaikan tangan tak cute itu(mentang2 bukan tangan aku..terus cakap tak cute.heh!)


Aku dihadapan pintu masuk sebelum meneruskan perjalanan meniti papan2 jalan itu sambil memakai high heels.Usah di tanya adakah tidak terlekat-lekat kasut di papan tersebut kerana hampir-hampir saja aku terjerumus ke lembah Sg.Nil!!wohaa!!

Mentang-mentang lah dah nak pi Tanah Terselatan..posing pun nak landing semacam jek.**Sila bayangkan..aku kene jalan sejauh 653 m sambil memakai heels..hazab tak hazab???



Masa ni ada satu group pelancong. Mungkin mereka dari Kota Singa di tanah seberang. Mereka telah melakukan aksi yang sangat tidak patriotik. Salah seorang dari mereka beria-ia mahu menurunkan bendera Malaysia. Terus kene sound ngn Tasha yang garang itu.heh! Padan muka dia. Ingat cool kah mahu buat begitu??


Yeah!!! Aku sampai jugak akhirnya di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia sambil membuat aksi gedik peace dan belit-belit kaki. Siapa sahaja yang pernah buat macam tu di sini?? Mesti saya sahaja yang pernah kan?HAHAHAHA

Setelah berpanas-panas dan berjurai-jurai peluh, aku pun kembali ke pangkal jalan. Cadangnya nak meneruskan pengembaraan berfaedah dengan menghadirkan diri ke muzium-muzium yang ada sekitar Pontian.

Pilihan pertama adalah Muzium Bugis. 2, 3 kali ulang alik jalan yang sama cari Muzium Bugis tu, malangnya tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya apa yang kami expected tak seperti yang tersergam. Macam rumah tinggal lama dan kami agak Muzium tu tutup hujung minggu. Kebetulan pula, hujan lebat turun mencurah-curah. Memang dah macam hunted building je rasa.Kami yang kecewa meneruskan perjalanan ke Muzium Nenas pula. Malang lagi sekali, bila kami bertanya pada guard yang jaga pondok pengawal tu, dia kata Muzium tutup sebab penjaga dia pergi kenduri kahwin. APAKAH??? (-___-") tskk...

Kecewa dengan keadaan tersebut, kami membawa hati yang lara dan duka pulang ke JB. Walau apa pun, kami amat berpuas hati dengan perjalanan kami ini. Penat yang amat sangat tapi berbaloi-baloi. Pheww!!

Kesimpulannya, budak-budak cuti sekolah, aku pun cuti-cuti Malaysia jugak! Sebab aku kan budak SPM. motippp????????

Terimalah!!!!! jeng..jeng..jeng..muka xsiap penulis..wohaa!!!!!

6 comments:

Anonymous said...

"aku budak SPM"
*muntah!

Sekian..

_PRINCESS_

R3alfarhha said...

"Muzium tutup sebab penjaga dia pergi kenduri kahwin"

ryan said...

Msz to Princess: see..dah ckp..kompem..musti jeless..

Msz to farhha: seyes wei! aku tanye sendiri..die memang mcm xkasik masuk muzium tuh..cait!!

karipap pusing said...

eh penulis
sentap sayep
da la ari tuh xdapt pg sner
ces

DinasorCute said...

bestnyo leh jenjalam...

ryan said...

Msz to karipap:
lain kali ada rezeki, jemput la ke sana. sambil menikmati keindahan alam, boleh juga mencipta rekod utk diri sendiri ^__^

Msz to Dinasor:
Jemput la datang ke Negeri Johor.
***promot2...