Sebab apa pulak aku masak pakai dapur kayu kan? Sebab aku selalu ikut mak ngan ayah aku pi kebun. Boleh kata hampir setiap minggu la aku pi sana. Nih kebun aku...Eh!! kebun mak ngn ayah aku la..
Jangan tak percaya yang aku pernah tidur dekat dalam pondok ni. Ikut pakej..2 hari satu malam. Bayaran kira free of charge. Haa..sape nak??^__^Kira macam main pondok-pondok la pulak kan. Sebab pondok ni saiz dia macam ini dan kami anak beranak tidur dekat sini.
Bila malam kami pasang macam kain buat bidai keliling anjung dekat depan tu. Kira boleh tidur juga la dekat luar tu bile waktu malam.
Lihat tong drum di luar itu? Tong drum tu nak buat tadah air hujan. Hmm..sangat la zaman Mesolitik dan Mesopotamia kan. Haip! Haip! Jangan salah faham. Tong drum tu tadah air hujan untuk siram pokok-pokok sahaja.
Walaupun anda nampak ini adalah pondok kecil...tetapi sudah ada meter air tahu. Kira ada air keluar dari KEPALA PAIP la kan. Macam di rumah-rumah kamu itu! Jadi nya kalau nak masak, mandi, beristinjak..Cheh!(pakai beristinjak pula..-___-") pakai air dari sumber yang lebih terjamin la.
Eh!! tadi mula-mula cakap pasal apa? Masak pakai dapur kayu kan.
Haa..itu dia dapur untuk memasak. Pakai dapur kayu ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kayu api itu di ambil di sekitar kebun. Ini bukan kawasan ada banyak ranting-ranting dan kayu kayan bertaburan. Semestinya kena bawa parang siap-siap kalau ada arahan suruh pergi cari kayu nak buat masak. Dan siapa lagi yang paling layak sekali kena pergi ambil kayu-kayan tersebut kalau bukan aku. Cait!!
Mari aku senaraikan apa yang ada di dalam gambar kalau tidak jelas.
Periuk yang isi dia tengah mendidih tu..ada pisang. Rebus dulu sebab nak masak lemak cili api.
Sebelah periuk tersebut pula, periuk masak nasi. Tinggalkan bara sahaja sebab nak keringkan nasi tu. Ye...bara...bukan Restoran BARA yang ada dekat SEK 7 Shah Alam tersebut. haih...
Seterusnya, ada lesung batu.
Minyak masak buatan sendiri dari kelapa.
Kerusi kayu buatan sendiri. Penat wei nak mencangkung sepanjang memasak. Dengan asap nye lagi.. Kena la duduk. Dan kalau kayu kayan itu buat hal tak nak hidup pula api dia, kena la main tiup-tiup sampai semput dan muka penuh dengan habuk-habuk. -___-"
Api. Itu pun nak cakap ke Equinox??? Orang nampak la....Rejam batu sama diaaa...!!!
Kita kasi close up lagi gambar ini.
Tadaaa!!! Haa...gambar atas tadi tu....memang kabur-kabur sebab asap ye. Bukan sebab masalah teknik pencahayaan ke apa pada camera handphone.
Haih. Memang survivor sungguh la. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadikan aku calon isteri..sila lah tinggalkan pesanan. Sebab pakej terel masak pakai kayu dah berada dalam poket. Eh!!!! Dia suka buang tebiat la.......-___-"
Hehe...apa pun memang pengalaman menarik masak pakai dapur kayu ni. Kene pandai jaga api dan pada masa yang sama nak kene jaga lauk atau nasi yang dimasak tak hangus. Sebab die bukan macam dapur gas dekat rumah kita tu..boleh kawal kecil, besar apinya. Lagipun, memang masalah sikit kalau kayu api tu basah. Yela..karang tiba part yang die basah. Api tu slow je macam nak mati. Dah cepat-cepat kena tiup atau kipas-kipas. Kipas-kipas dan tiup-tiup pun bukan sebarang.. Karang habuk-habuk tu masuk pula dalam makanan kalau tak kena gayanya.
Rasa makanan adalah sama kalau masak pakai kayu dengan pakai dapur gas. Ada beza ke? Rasa aku takde beza la.. Selalu aku masak yang simple-simple sahaja. Tak payah la tiba-tibe teringin nak masak ayam masak kurma pula pakai kayu api. Boleh tu boleh.. tapi..pandai-pandai kau la nak jaga api tu. Heh!
Jadi, bagaimana dengan pengalaman memasak anda pula? Kongsi la.....
Choyy!!
4 comments:
waaaaaa...cik equinox mengasapkan dirinya di dapur kayu!
kat mane ni cik equinox? mcm best jer tdo kat pondok tuh..bile nk bawak g sane? ade paya tak dekat2 situ, mane tau bole gedebush tengah2 hari bute~~
eheeh...r3alfarhha: ni kat kg.bukit gelugor, mukim pengerang, kota tinggi.
best??haila...ada satu malam tu..dengar bunyi si leher pendek rase dekat jek..@__@
paya takde..ape lak nak mandi paya.dah ade air paip..mandi jek la dalam bilik air tuh ha..
hahahahaha ^^
ado beza la masak pakai dapur kayu n gas....bau n rasa lain skit..
sah2 bau asap baju tu..
perrrrr...
dinasor: memang le baju akan bau asap..haila..
masalahnye..makanan xbau asap le..bau makanan of course...
Post a Comment