Monday, March 1

Pergerakan yang Memenatkan

cuti maulidur rasul ritu..adalah yang paling penat saya pernah rasa

jumaat
pagi2 lepas subuh around 8.00 pagi tuh dah duduk kat perhentian bas nak keluar pegi jalan basar utk naik bas ke kota tinggi. tunggu sampai 8.30 bas tak muncul-muncul. Okay last resort, naik teksi..RM5 sampai ke bus stop even amek mase 5 minit jek.
tunggu bas ke kota, bayar 4.50, sejam kemudian, sampai kota tinggi.
cari bas pergi mersing..(okay..xcari..ade jek kat situ..naik..duduk dalam bas diam2).
bayar RM9..sampai mersing.
sampai mersing dalam pukul 12.sebab ramai sangat yang ting tong tgh2 jalan.kejap2 berhenti..

mersing,
Jom kita pergi masjid.[abah ajak]..ade ceramah.bagi alasan..nak tolong mak masak.[malass] dan penat duduk dalam bas lama2.
lepas makan, duduk2 tengok tv, sambil layan adik buat kerja sekolah.[mengaku add math lingkup**mintak maaf adik..]
lepas solat jumaat, kene despatch makanan kat anak angkat mak.inche polis.
naik motor, kene hon panjang-panjang.gelabah sebab bawak laju sangat, nak terlanggar divider + bekal makanan dah nak tumpah.
berhenti tepi , btol2 baju kurung, betulkan bekal makan. sambung bawak motor.
tunggu tepi sekolah rendah.telefon anak angkat mak macam nak rak, baru angkat tepon.
cakap suruh datang cepat, sebab dah panas, ketiak dah basah, berjurai2 peluh.
lepas anta makanan, cepat2 balik.
sampai rumah mandi,
curi ambik ais dalam peti ais buat mandi-manda.
lepas mandi,lepak ngan abah, layan borak2...layang garu2 badan, layan picit2 kaki, layan cabut2 uban.
solat asar, pastu tolong kait daun jambu, tolong angkat pelepah pisang, dan tolong bakar2.(ptt la mersing makin panas)
mak balik, beli ais krim .makan ramai2 sambil borak2.
maghrib, mandi, tengok tv, makan, borak2 lagi, picit2 lagi, cabut uban lagi.pukul 10 dah tido.hohoho

sabtu.
mersing, 5.30 pagi
bangun, mandi, siap2.
6.30 gerak pi rumah atok kat labis.
9.00, sampai rumah atok.siang2 sayur, tolong mak masak. siap2 kan atok. buat bubur utk atok makan. pakai kan atok pampers. sapukan minyak.
sedara sampai.layan borak2.pastu sediakan makan.
pas asar pergi serting sebab nak jumpa ustaz.sampai serting, telefon2..ustaz lak takde..dah janji awal..mungkin bukan rezeki.
pas maghrib, balik semula labis. sampai dalam pukul 9. isya, terus balik mersing semula.
dalam perjalanan, ade kemalangan.kemalangan tu baru jek berlaku. bomba siap siram air dekat jalan sebab takut licin, minyak tumpah dan terbakar. bahaya. terperangkap lebih kurang sejam lebih.
singgah yong peng, makan malam. pukul 2 pagi baru sampai mersing.
sampai, mandi, terus tidur.

ahad
mersing
lepas subuh, terus basuh baju. tolong mak masak nasi lemak , sambal kupang.
lepas makan, tolong despatch lagi dekat inche polis.
kene sound lagi dengan pakcik pakai myvi putih. [pakcik..xnampak ke motor saya ada tulis P besar??nak saya tampal dekat dahi pakcik kah?saya sudah duduk belah kiri jalan. saya tak bawak laju macam adnan sempit. saya bawak macam makan angin dan bukan tengah2 jalan..]
berhenti dekat tempat semalam, dekat dengan sekolah rendah. telefon suruh datang. tapi lepas 15 minit baru sampai.

"kite belum mandi la sue"
"alaa..bukan nye saya nak bau awak pun kalau belum mandi. lagipun xde syarat suruh mandi sebelum makan.nah..amek. nasi lemak awak.."
"[kalau saya amek upah delivery ni..dah lama kaya]"
(ckp dalam hati..karang die beritahu mak..xke payah?)

lepas zohor, pergi teluk C pulak.pergi melawat mak long kat pondok. makan lagi. ikan kaci masak asam rebus nenas.
pukul 4 setengah , hantar adik balik asrama dkt bandar penawar.
pergi rumah to sidin. abah nak bayar duit air. rupanya ade majlis kenduri kahwin. kene makan lagi.amek sket jek..sebab perut dah penuh.
lepas tu pegi kebun dekat bukit gelugor, pengerang, sg.rengit pula.
tolong siram pokok, sebab dah 2 minggu tak hujan.
tolong sapu minyak hitam dekat kaki pondok, kalau tak anai-anai buat sarang.

pukul 7.30 baru gerak pergi jb.singgah kota, solat, makan.
ada kemalangan dekat kota. jammed lagi. sampai jb dalam pukul 9.30.
salam mak abah, balik bilik.
sampai bilik keluarkan barang2, mandi, isya'.
online kejap..lepas tu tak larat dah..tidur.

sekian
cuti 3 hari yang penat.



No comments: