Friday, March 19

Mari Bercuti Ke Johor!

Masih lagi dalam Mode: Mari Bercuti ke Johor! heh!

Okay-okay, dulu-dulu masa zaman aku kecik-kecik waktu Tadika, aku ada ikut rombongan pergi ke ZOO. Kanak-kanak memang suka ye lihat haiwan-haiwan. Mungkin dari situ mereka akan tahu rupa sebenar kerbau!<----ditujukan kepada aku sebab dulu-dulu aku fikir yang lembu dengan kerbau adalah adik beradik cuma mereka berbeza warna kulit...Heh!!

Perjalanan ke Zoo Johor hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari Bandaraya Johor Bahru.Zoo Johor terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar, Masjid Negeri Johor. Pengunjung dikenakan sebanyak RM 5.00 untuk melawat haiwan-haiwan peliharaan di dalam Zoo ini.OK! Enough Equinox! Kamu sungguh annoying. Mahu membuat karangan pula.

Haiwan-haiwan di dalam Zoo ini sangat best bukan?Tidur dan menunggu masa untuk di beri makanan sahaja. Saksikan gambar bukti ini.


Harimau ini hanya bergelimpangan sambil sangap-sangap sahaja. Amboi-amboi.. Itu sahaja yang dia buat. Lepas tu sambung tidur.-___-"


Yang ni haiwan jenis mergastua. Macam tak percaya aku yang cakap perkataan tu...Mergastua. Mergastua..Mergastua....ok..ok..dah. Baling batu dekat Equinox!

Banyak lagi haiwan-haiwan yang dapat dilihat. Antaranya, buaya, cerpelai, memerang, monyet dan pelbagai lagi. dan pelbagai lagi tu ayat standard la kan kalau dah malas nak bagi contoh masa buat karangan sekolah dulu kan. HAHAHA



Dan yang terakhir sekali, saksikan muka aku yang bangga kerana telah menjejaki Zoo Johor!




Dan dengarlah lagu tema ke Zoo Johor ini. Pergh!! siap lagu tema. HAHAHAHA






choy!!

3 comments:

Anonymous said...

dinasor tak cute takde ke nok?
*aku panggil ko nok jela dekat2 dgn equinox kan..

muahahhahha..

_PRINCESS_

ryan said...

cuba2 carik jugak dinasor..xde pulak jumpenye..
heh!

**princess saje nak kene baling selipar ngn dinasor!

DinasorCute said...

ini bikin waaa panas sajerr..
asyik dia je cuti2 malaysia..
dinasor xdok pom cuti2 malaysia..
arrr arrr arrrr