Hari Sabtu lepas, kebetulan aku makan Kepsi kat Persada dan kebetulan ada autoshow kat situ dan kebetulan aku ada masa dan kebetulan aku tak tahu nak buat apa dan kebetulan lagi aku tak tahu nak pegi mana. Kire berapa banyak perkataan kebetulan.Heh! Tetibe ade teka teki.
Maka, aku pun membawa diri aku ke autoshow tersebut dengan misi " Kereta yang hebat,tuan punya kereta pon mesti hebat dan aku nak ngorat mereka" eh..bukan..nak ngorat tuan punya kereta la kan..hiks! **waktu ni abaikan rupa paras yang disangka budak spm tersebut. HAHAHA
Antara kereta-kereta yang di perhatikan. Perhati sahaja...sebab aku tak tahu apa-apa pun.
Kenari yang dah tak rupa Kenari. Kereta Kancil yang ada Marilyn Monroe baring dekat pintu. Betul ni! Aku tak tipu. Ok..ok..Gamba Marilyn Monroe sahaja bukan orang betul-betul. Nanti semua orang ingat pergi Pameran Hantu kalau Marilyn Monroe ada betul-betul bukan Pameran Kereta.Heh! Baling Selipar dekat Equinox!!
Aku peace jek tepi tuh walaupun aku tak tahu kereta apa belakang tu.
Kereta colour Biru pulak.
Hmm..aku sangat kagum dan teruja sebab aku tak pernah tengok kereta yang biasa-biasa boleh di make up dan di modified sedemikian rupa. Ada satu kereta tu siap letak joy stick dan ade dekat 8 biji screen TV. Itu tak campur dengan Tv Flat screen 32 inch yang ada dekat bonet kereta. Haih! memang kagum gila...Gila pun tak kagum macam aku.
Aku suka kereta yang ada Naruto punya gambar. Siap ada tulis Konoha pastu character-character lain. Itu je yang aku perhati lama-lama. Interior Design kereta-kereta yang ada kat situ cukup cantik dan menarik. Tempat duduk of course la leather kan. Ada kristal-kristal. Ada screen dekat 7, 8 buah, ada joystick..Eh! dah cakap ye tadi ada joystick? HAHA Paling aku tak paham ada Screen dekat Stereng kereta. Motif dia buat macam tu, aku pun tak tahu. Nak kata boleh memandu tanpa melihat hadapan dan memandang stereng sahaja tak lojik. Sebab stereng tuh ada Video Klip Lady GAGA. Takkan la Lady GAGA boleh bagi instruction belok kanan sekarang! Belok kiri 35 darjah keTenggara lagi 5 minit! Ok..Ok..tak lawak. Cuma.. aku macam terfikir-fikir motif dia letak screen TV dekat stereng tu....-____-" tsk..
Yang ini pula deretan kereta Gen2 yang ada park dekat luar Persada. Tak tahu motif mereka letak di sini. Mungkin mahu masuk autoshow tapi tidak dibenarkan sebab tak cukup tempat atau mungkin mereka saja-saja nak "show" kereta mereka yang hebat jugak.
Aku suka kereta colour hitam yang ini. Macam sesuatu sungguh! Heh!
Tidak lupa, terima kasih kepada kawan yang sudi angkut aku ke sini pada hari kejadian. Heh!
Keterujaan tidak berterusan lama sebab memang pengetahuan aku dalam dunia permotoran totally zero!! Jadi keluar je dari Persada tu terus tak rasa apa-apa.
Cuma..aku suka Mitsubishi Lancer.

Ada cerita di sebalik kesukaan aku terhadap kereta ini. Dan cerita itu, cerita pahit yang paling perit aku pernah lalui. Abaikan je la. Cerita lama tak perlu diungkit. ^___^
Choyy!!
4 comments:
cik Equinox bile pulak nk angkut sebijik kete? bole jenjalan sampai S.Alam ni haaa~~~
r3alfarhha: hik3..ade rezeki, insyaAllah~~
keta mainan sudah.....
budak spm xleh bawak keta lagi..
wuhahaha
Dinasor:
amboih2...budak spm pun boleh amek lesen kereta what..hmm..
Post a Comment